09 September 2012

Sehari Bersama Pak Teh Mid Dalam Wang Baling, Kedah

Sabtu, 8/9/2012 setelah janji diatur aku bersama-sama otai Gerik dan Otai Baling berkesempatan turun ke Chemur, Ipoh sekali lagi untuk mencuba nasib.


6.15 pagi mula bergerak dari Gerik.
 
 
Sebelum ke laman, kami berhenti di sebuah kedai makan untuk mengalas perut.Kalau dah ke lama nanti dah tak ingat nak makan....

 
 

BH pertama mencecah jaring.
 
Seorang sahabat dari Ipoh teruja dengan ketitir.
 
 
Baru mula memasang pikat dan mendapat hasil pertama, cuaca berubah wajah. Mendung diikuti hujan. Kami bertempiaran lari bencari perlindungan. BH ketitir dan Tekukur yang tadi menyahut garang hilang entah ke mana. Tidak beberapa lama selepas itu hujan mula berhenti namun cuaca masih mendung. Kami berlegar mencari sasaran namun ternyata tiada lagi yang mahu menyahut cabaran. Puas kami meronda akhirnya terpaksa berehat untuk mengalas perut.
 
Rupa-rupanya Pakteh Nat Ali dan Pakteh Mid dari awal lagi dah berjanji untuk membawa bekal. jadi kami pun apa lagi...menjamu selera sambil berbual panjang tentang hari hujan dan BH yang tidak mahu melawan.

video
 


Janji perut berisi.

Senyum tawa memenuhi kemeriahan memikat kali ini walaupun BH tidak melawan.

Jangan malu dan segan. banyak nasi dan lauknya...eeee 

Bermacam cerita sambil mengisi perut.....

Otai Gerik tetap sabar....
 
 

Laman terakhir --- bersantai sambil menunggu BH turun ke racik....
 
Hasil : 4 ekor untuk hari ini...buat penyejuk hati...
Lain kali datang lagi...............

08 September 2012

Jambul

Seekor Merbah Jambul yang cantik dan galak telah datang bermain di sekitar rumahku. Namun sayang gagal ditangkap... tak ada rezeki.
 
video



02 September 2012

Lawin Utara

Bersama Otai Pak Ya ke Felda Lawin Utara mencuba nasib. Seekor BH Kasar ( A+) Kocak Gondang menjadi sasaran.

Lokasi : Persekitaran padang SK Felda Lawin Utara.
Masa   : 8.30 pg - 10.30 pagi.
Hasil : 2 ekor ketitir Pertama : Suara C(lain diburu lain yang dapat)
                                  Kedua : Suara A.(cantik)

Angga: Pokok Teja.

 
BH bersuara C menerjah jaring akhirnya setelah beberapa kali angga diubah.
 

Lokasi ke2

Felda Lawin Utara.
Kategori : Suara A (Banyak derak)
Gaya melawan: Banyak menunggu sambil berderak. Baik sebagai bakal pikat.

 
Angga : Pokok Sentang muda.


 

 

 
 
Selepas Bh dimasukkan ke dalam uncang..kami pun balik.... cukup untuk hari ini....BH yang disasarkan masih gagal dibawa balik. Sasaran akan datang Naga Seru... di mana dikau...

01 September 2012

Hadiah Hari Lahirku.

Hampir sebulan cuti tidak turun memikat. Setelah puas menyambut raya dan puasa sunat syawal yang masih belum terpenuh lagi, keinginan untuk menjengah laman terus menghantui diri.Hari ini  1 September Hari yang bermakna bagiku dan jiranku juga mengadakan majlis kenduri perkahwinan anak perempuannya. Pengurusan majlis telah diserahkan kepada saudara maranya yang terdekat. Kami yang tinggal sekampung hanya sekadar tumpang memeriahkan majlis sahaja.
8.00 pagi setelah sarapan aku memenuhi hasratku untuk ke laman kerna majlis kenduri telah ada yang menguruskannya. Aku ke Kuala Rui dengan hasrat untuk cuba menjaring BH yang telah bertahun gagal dipikat.Bukan aku sahaja yang gagal, otai-otai Gerik dan dari luar juga gagal menjaringnya. Mungkin terlalu cegar agaknya.
BH yang diidamkan ini bersuara kasar ( A) , banyak deraknya dan ada qua tandang. Inilah yang membuatkan ramai  yang tergila-gilakannya.
Aku ke lokasi permainan BH itu. Setelah diamati aku fikir mungkin ada rezeki jika aku memasang pikat di atas  pelepah pokok kelapa gading berhampiran rumah nyonya cina yang tidak jauh dari situ. Angga ini telah lama aku fikirkan kerna aku selalu melihat kelibat BH ini di sekitar pokok itu.
Aku tidak berikir panjang dan terus memasang pikat di atas pelepahnya.
 
Seperti biasa pikat tidak menunggu lama. Belum siap dipasang dah berkerja...jaga tuannya....
Tak lama dia memanggil, BH yang diidam menyahut dari tepi jalan sambil menatuk pasir... sebentar kemudian terus mengepak menuju ke arah pikatku.
Apa lagi makin ditubinyalah bila melihat kelibat gu tidak jauh dari situ. Sebentar kemudian aku mendengar beberapa derakkan tajam. Tak pasti aku pikat atau BH kerna ada gangguan dari belakangku oleh seorang sahabat yang datang untuk menyahut ikan loma kerna sekarang musimnya. Bengang juga kerna sedang asyik diganggu sebegitu.
Sebentar kemudian suasana senyap. BH dan pikat yang sedari tadi tidak berhenti meratuh dan berderak sudah senyap. Aku  bingkas bangun dan meninjau jebak yang di pasang. Wah... kelihatan seekor BH telah sangkut di jaringnya....aku terus menerpa....
 

 
Agak cantik BHnya hampir seiras dengan pikatku. Aku terus mencapai uncang dan memasukkannya. Setelah itu aku pun terus pulang. Cukuplah hari ini berjaya menjaring BH yang lama diburu. Akhirnya mau juga dia ke rumah aku....jom balik makan kenduri...
 

15 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kepada teman-teman seangkatan. Aku mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Terima kasih atas sokongan teman-teman yang menjadi inspirasi buat aku terus membuat paparan di sini. Maaf andai ada kata-kata atau ayat yang mencuit hati dan tulisan dan ejaan yang kekadang banyak sekali salahnya..... sekian.




Semoga  kali ini memberi banyak makna.......

21 Julai 2012

Layan sahaja

Hari ini tiada ativiti. Kebetulan pula hari pertama berpuasa. Untuk mengisi masa yang ada aku membawa pikatku meronda sekitar Gerik sambil dengar-dengar kalau ada yang mencabar.

Lokasi Pertama :  Belakang SK Bt 4, Gerik.
Masa                  : 8.30 pagi

video






Selepas menjaring di belakang SK Bt4, Gerik, aku ke Bersia mengajak Syukur untuk ke laman.
Lokasi ke2 :  Bersia Timur Bersama Syukur.
Masa           : 9.30 pg.
Hasil            : Tiada BH yang tampil.

Selepas itu kami ke Kg Bersia untuk mendengar kalau-kalau ada yang berani mencabar.

Lokasi    :   Kg Bersia
Masa      :   11.00 pg.
Hasil       : Seekor BH bersuara C.


BH kedua tercantik pernah diperolehi. Bila dia akan beraksi sebagai pemikat tak pasti lagi.





Cukuplah untuk hari ini sambil menunggu tibanya malam.

20 Julai 2012

Selamat Berpuasa


Tazkirah Ramadhan.
Bulan Ramadhan itu awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirnya adalah kemerdekaan (dilepaskan) dari neraka. Lapangkanlah dada untuk memuhasabah diri. Siapakah kita di sisi Allah s.w.t Layakkah kita mendapat rahmat dan keampunanNya...

16 Julai 2012

Memburu BH bersuara A+

Tarikh      : 15 Julai 2012
Masa        : 9.00 pg - 12.30 ptg
Tempat    : Salak, Sungai Siput Utara, Perak.

video


 
BH pertama menggegar jaring.Bersuara  C+


BH ke2 menggegar jaring. Bersuara C bawah dan qua tandang.

Memburu 2 ekor BH yang bersuara A+.  Gagal menjaring kerana BH yang dihajati masih melarikan diri jauh dari pikat.

09 Julai 2012

Tanah Hitam

Semakin ramai peminat ketitir sekarang ini. Di mana sahaja pasti ada yang mencuba nasib dalam memburu sang ketitir yang hebat. Malahan nasib seseorang juga berbeza-beza. Ada yang baru belajar tapi dah punya pikat yang cukup hebat. Ada yang dah bertahun-tahun memikat dan memburu sang ketitir yang hebat dan memenuhi catarasa masih dalam pencarian. Malah pencarian ini semakin sukar kerna menilai seekor ketitir tidaklah mudah. Ada kala semasa memikat cukup hebat, namun apabila disimpan bertahun tidak menjadi. Kemenjadiannya amat rendah dan sangat menguji kesabaran dan kecekalan.

Bagi peminat yang sangat menggilai hobi ini, ribuan duit sanggup dikeluarkan untuk mendapatkan seekor pemikat yang ada qua tandangnya. Meskipun ketitir dah penuh mengelilingi rumah, masih ada lagi yang sanggup membayar jika ada pikat yang bagus.

Dalam memburu ketitir yang hebat di laman pada hari sabtu yang lalu 7.7.2012 aku berkesempatan untuk ke Tanah Hitam, lokasi ketitir yang cukup menggamit rasa. Seharian memburu bersama Pateh Mat Ali, namun hasilnya hanya seekor. Belum dengar bunyi, belum sempat berderak dah terjun ke angga. BH lain yang diburu lain pulak yang dapat. Tak apalah janji ada untuk buah tangan balik ke Gerik.


Dah lama mengejar BH bersuara kasar (B) namun masih tidak berjaya akhirnya kami pun pulang.

02 Julai 2012

Pulau Cheri Lenggong

Pulau Cheri Lenggong memang lokasi yang terkenal dikalangan pemikat tekukur, ketitir dan ayam hutan. Tidak rugi singgah disini sekali sekala untuk merasai cabaran memikat di kawasan ini. Walaupun namanya bermula dengan pulau namun Pulau Cheri hanyalah sebuah kampung tradisional yang dikelilingi dengan hutan. kini wajahnya telah berubah. Hutan hutan telah diganti dengan getah dan kelapa sawit. Walaupun hutannya telah bertukar penghuni jatinya ketitir, tekukur dan ayam hutan tetap setia menunggu disini.
       Pagi ini Ahad 1 Julai aku berkesempatan ke lokasi ini bertemankan Pak Teh Mat Ali otai ketitir yang tidak pernah jemu turun ke laman. Seawal 7.00 pagi aku bertolak ke rumah Pak Teh Mat Ali. Sudah lama berhajat untuk ke Pulau Cheri kerana kawasan ini memang tempat tumpuan para pemikat.
Tiba aku di rumahnya, Pak Teh telah siap menunggu. Kami terus bertolak ke Lenggong.
      Dalam perjalanan kami ke Lenggong, tiba-tiba aku dihubungi Otai Pak Ya. Otai Pak Ya yang tidak dapat ikut serta kerana ada tugas penting meminta kami menunggu beberapa orang sahabat dari Sungai Petani yang ditemui di Air Suda sedang tercari-cari lokasi untuk memikat.
      Kami berhenti di Balai Polis Air Kala untuk menunggu mereka datang. Sambil menunggu ketibaan mereka aku mengeambil kesempatan untuk  memasang pikat di sebatang pokok kipas sumatera tidak jauh dari situ untuk menyegarkan pikat. Aku tahu memang ada ketitir di situ kerana sudah beberapa kali cuba memikat disana tapi tidak berjaya kerana BH kurang garang di kawasan itu. Setelah dinaikkan pikat terus berkerja namun tidak ada yang datang mencabat...
      Tidak beberapa lama selepas itu sahabat dari Sungai Petani pun tiba dan kami saling berkenalan. Tanpa melengahkan masa kami meneruskan perjalanan ke Lenggong. Sebelum masuk ke Pualau Cheri kami singgah di Pekan Lenggong untuk mengalas perut.

Nasi lemak daun pisang cukup enak.


Sambil menunggu BH turun ke angga gebang panjang la nampaknya...


Padang ragut Kg Luat lokasi ke tiga

Sesekali bergambar bagus juga untuk kenangan...

Abang Mat pakar membuat jebak...jangan lupa teman punya satu.

Tahniah sahabat dari Sungai Petani, walaupun hari ini BH tidak melawan kome berjaya juga bawa balik enam ekor. Kome memang hebat... Kami balik kosong aja walaupun memikat hingga 5.00  petang...tak ada rezeki hari ini nampaknya... hingga jumpa lagi... 

23 Jun 2012

Pemanas Pikat

Lebih kurang 2 bulan tak turun ke laman. Kesibukan dengan tugas memaksa diri melupakan seketika qua tandang atau derak berlapis yang selalu terngiang-ngiang di telinga.
Hari ini ada sedikit kesempatan untuk turun ke laman. Masa yang ada tidak dibiarkan berlalu. Aku bersama Pak Karim turun ke laman untuk memanaskan pikat yang dah lama terperap kat rumah.
Hari ini kami merayau di sekitar Gerik sahaja mengintai laman lama kot-kot ada yang baru muncul.
Semalam dah berjanji dengan Pak Karim. Pagi ini lebih kurang 8.00 pagi kami melangkah ke lokasi yang dah lama ditinggalkan.
Kami sampai ke laman di sekitar pejabt JKR. Suasana sunyi. Aku macam biasa terus memasang pikat dan pak Karim ragu-ragu kerana belum ada kelibat BH di sekitar itu.
Aku terus memasang pikat kerana yakin tika ini BH masih di tanah mencari makan. Seperti biasa pikatku terus memanggil. dua tiga patah seekot BH menyahut di tengah padang. Pak Karim segera memasang pikatnya. Seekot BH menembak bak sewah menuju ke arah pikatku. Pikatku terus berderak. Bh tidak menunggu lama.Belum dengar suara dan derak dah terjun ke angga.
Belum sempat dengar suara dan deraknya dah terjun.

Setelah BH yang baru dimasukkan ke uncang, aku segera memindahkan pikat ke pokok yang lain. Aku memilih dahan pokok mangga yang agak cantik. Setelah pikat di naikkan, dia terus berkerja seperti biasa. BH segera menyahut namun derak dan quanya hanya kepada pasangannya sahaja. Aku lantas menurunkan pikat kerna yakin BH itu tidak akan turun. Aku memilih pokok ara yang tidak jauh dari situ. Kedengaran seekor BH meratuh di sana. Aku lantas memasang pikat  dan seperti biasa pikatku terus berderak. Aku yakin BH tidak jauh kerana itulah kebiasaanya. jika BH berada berdekatan dia akan terus berderak. Ku segera beredar dan memerhati dari jauh kelibat seekor BH melayang ke atas pokok macang tidak jauh dari situ. Pikat meratuh dan berderah. BH menerpa ke arah pikatku.Berderak  kasar dan.. pelepap... tak sempat dengar deraknya lagi...

Cantik derak dan suaranya. Boleh disimpan.

Aku segera menurunkan pikat dan memasukkan BH ke dalam uncang. Tanpa menunggu lama aku terus mencari pokok lain pula untuk dinaikkan pikatku. Aku terus sahaja ke hujung padang dan memilih  angga di pokok ara. Tak lama kemudain muncul seekor BH yang lebih kasar. Berderak dan meratuh namun kurang menyengat. Aku biarkan sahaja pikatku terus memujuk BH terjun. Tak lama kemudian BH menyelinap dan terus ke angga. Berakhir sudah. Aku terus menurunkan BH dan mengajak Pak Karim balik. Cukuplah sesi memanaskan pikat hari ini.

Kurang ummm tapi bolehlah...

08 April 2012

Batu 6 Banda Riang Bersia.

Seawal 8.00 pagi aku memotong rumput di sekeliling rumahku. Rumput yang dah panjang selalu perlu ditebas dahulu sebelum turun ke laman memikat. Hampir pukul sembilan baru siap. Selepas itu aku menghubungi Pak Karim kalau-kalau dia ada masa di waktu ini kerana aku pasti Otai Gerik ni selalu sibuk untuk memenuhi tempahan pelanggannya. Pak Karim memang terkenal di daerah ini sebagai pembekal susu kambing segar. Sesiapa sahaja yang berhajat untuk mendapatkan susu kambing pasti akan dipenuhinya. 
Pak Karim berhajat untuk turun ke laman pada pukul 10.00 pagi. Aku pun bersiap sementara menunggu Pak Karim. Sementara menunggu Otai Gerik aku beermain-main dengana anak ketitir yang aku pelihara. Kini dah boleh makan sendiri. sedang aku asyik melayan si anak ini tetiba Pak Karim menghubungiku menyatakan tidak dapat bersama kerana ada permintaan tambahan.
Aku mencapai tiang dan masuk ke kereta.Tiba-tiba Pak Ya menghubungiku dan ingin ikut serta. Jam dah hampir 10.30 pagi. Dapat sejam pun jadilah katanya.
Aku terus ke rumahnya. Pak Ya siap menunggu dengan tiang dan pikatnya. Kami terus ke Batu 6 Bersia untuk meninjau qua tandang yang belum berjaya dijaring oleh otai-otai Gerik. Aku dan Pak Ya terus memasang pikat walau pun suasana sunyi. Pak Ya memilih angga di pokok mengga dan aku memilih pokok jambu keling. Pikat Pak Ya terus meratuh manakala pikatku hanya berderak dua tiga kali. Rupa-rupanya BH ada berhampirannya. Hampir 10 minit pikatku berlawan derak dengan BH dan pikat Pak Ya juga namun BH tidak mahu juga terjun. Memang BH ini betul-betul liat. Hampir 30 minit kami menunggu akhirnya kami mengalah. Kami bergerak ke lokasi lain berhampiran dewan orang ramai Batu 6 tidak jauh dari lokasi yang pertama.
Pak Ya memilih angga di pokok petai belalang dan aku memilih angga di pokok teja. Kedua-dua pikat terus berkerja dan kelihatan BH mula menghampiri pikat Pak Ya. Pikatku juga kedengaran berderak bersilih ganti. Tak lama kemudian BH terjun ke angga pikat Pak Ya. Dia bingkas bangun untuk mengambilnya.

Otai Pak Ya tersenyum puas dengan pikat barunya yang baru menjaring BH yang ke7.
Kasar,cantik dan lebat sekali.

Hampir 30 minit BH berperang dan meracau dengan pikatku namun tidak juga mengena. Jam dah pikul 12 th. Aku mengajak Otai Pak Ya balik kerana mahu membeli makanan. Isteriku tidak memasak kerana ketiadaan bekalan air. Aku menuju ke arah pikatku untuk menurunkannya. Rupa-rupanya seekor BH telah tersangkut disana. Inilah kalau angga yang dipilih tersorok sukar nak dilihat. Aku lantas menurunkannya dan memasukkan BH ke karung. Selepas itu kami pun balik. Hampir 1jam 30 minit juga kami memikat hari ini. Jadilah untuk rezeki hari ini.

BH bersuara C kurang merangsangkan.


07 April 2012

Kg Seterus Sauk

Sebahagian besar penduduk Gerik dilanda krisis air yang besar. Bermula pada hari khamis yang lalu hingga kini masalah ini sedang giat diusahan utuk memulihkan keadaan. Bekalan air terputus akibat bencana alam.
Hari ini sabtu adalah hari cuti hujung minggu. Sejak semalam aku berjanji bersama Pak Karim untuk pergi memikat di Kg Seterus, Sauk, Lenggong kerna ada yang mencabar sedang menunggu. Selepas subuh aku ke pasar untuk membeli sedikit sarapan untuk keluarga. Lebih kurang jam 8.00 pagi aku bersama Pak Karim bertolak ke tempat yang telah dibincangkan. Aku membawa bersama 2 ekor pikat yang lama dan seekor yang telah menjaring 7 ekor dalam beberapa bulan ini. 
Walau pun masih berbelah bagi tentang lokasi namun kami gagahi juga ke Kg Seterus.Tiba di sana kami mencari lokasi yang dikhabarkan. Walaupun sesat akhirnya kami tiba juga ke lokasi tersebut.Kami mula meninjau persekitaran perumahan dan kelihatan sepasang ketitir sedang bercumbuan di tepi jalan.
Pak Karim mencapai tiang dan memasangkan pikatnya. Aku turut bergegas sambil mendengar kelibat suara kasar yang dikhabarkan.
Aku memilih angga wayar elektrik merentang berhampiran anak kelapa sawit muda berhampiran kawasan perumahan tersebut. Setelah dinaikkan pikatku terus berkerja seperti biasa. Kelihatan seekor BH menyelinap masuk ke atas wayar elektrik tersebut. Ia meniti sambil menggelelngkan kepalanya. Pikat mula berderak tajam dan BH terus terjun. 

Setelah memasukkan BH ke karung kedengaran BH berderak garang di kawasan kelapa sawit berhampiran. Aku segera memindahkan pikatku dengan segera. Aku memilih sehelai pelepah yang mendatar untuk memasang pikatku. Setelah dinaikkan dia pun terus berkerja. Kedengaran seekor BH meratuh garang. Suara sederhana tetapi tajam. Aku berselindung di sebalik pokok kelapa sawit tidak jauh dari situ. Tiba-tiba BH menerpa dan hinggap di pelepah bahagian belakang jebakku. BH melepaskan qua tandang. Bulat dan tajam. Terpegun aku mendengarnya. Pikatku berderak. BH tidak dapat terus menyerang kerana daun yang aku letakkan dibahagian belakang jebak menjadi halangan. 
Tiba-tiba BH terbang membuat satu pusingan dan terus ke atas angga dan zuppp jebakku mengena lagi. Qua tandang lagi. Cantik sekali bh meliharkan diri-cirinya dan warna bulunya.

Qua tandang BH ke2
Setelah BH dimasukkan ke karung aku mengubah pikatku ke sebatang pelepah kelapa sawit tidak jauh dari situ. Kedengaran BH meratuh panjang tidak jauh dari tempat itu. Suaranya lebat di tengah dan bulat hujungnya. Aku menunggu. Pikat terus memanggil dan BH menyahut daru jauh. Tiba-tiba Pak Karim kedengaran memberi isyarat untuk bergerak ke lokasi lain. Aku segera menurunkan pikatku. seekor BH meluncur terbang keluar dari pokok bersebelahan. Rupanya BH sudah hampir. Namun kuteruskan niatku kerna Pak Karim sedang menunggu. 

Kami singgah di beberapa lokasi walau pun menarik namun tiada kelibat BH di sana. Pak Karim mencadangkan  kami ke Padang Grus kerana dia berminat dengan seekor BH yang belum berjaya dijaring. Aku bersetuju namun dalam perjalanan aku teringat kawasan persekitaran PLKN di tepi jalan menghala ke Gerik.Aku terus singgah di sana dan Pak Karim mengikut sahaja. Dalam perjalanan aku melihat Pak Karim terlena kerana keletihan. Semalam terpaksa mengangkut air katanya.
Aku terus mesuk ke jalan PLKN dan menemui lokasi yang agak menarik. Anak getah muda. Aku berhentikan kereta di tepi jalan dan terus keluar. Pak Karim masih terlena. Kedengaran beberapa BH bersahut-sahutan tidak jauh dari situ. Aku mencapai pikatku dan memilih lokasi sebatang dahan getah muda. Setelah siap dipasang pikatku terus berkerja.BH masih jauh. Aku mencapai pikat kedua untuk dipasang di sebatang pokok getah muda tidak jauh dari situ dan aku boleh melihat dengan jelas. Aku berpatah balik ke kereta sambil memerhati pikatku yang masih meratuh.Kelihatan seperti seekor ketitir dihujung jebakku. Aku amati betul-betul rupanya memang seekor BH telah terjaring. Terlalu pantas sehingga ku sendiri tidak tahu untuk menilai BH tersebut. Walau bagaimanapun aku bergegas untuk menurunkannya dan masukkan ke dalam karung.

Aku naikkan semula pikat ditempat yang sama. Kedengaran pikatku yang kedua sedang memanggil gu. Kelihatan beberapa ekor BH terbang masuk ke arahnya. Pikat berderak. BH diam dan turun ke tanah. Tidak melawan. Pak Karim terbangun dan mengajak aku ke lokasi yang disukainya. Aku segera meurunkan kedua-dua pikatku dan kami bergerak ke Padang Grus. Semasa melintasi restoran Tasik Raban jam hampir ke pikul 12 th. Aku terus mengajak Pak Karim singgah untuk BH yang menyahut cabaran. Akhirnya kami pun pulang. Aku akan datang lagi..... 

01 April 2012

Bakal pikat yang hebat

video

3 minggu lalu aku terpaksa menerima kehadiran sepasang anak ketitir yang jatuh dari sarangnya kerana ditiup angin yang kuat. Hingga sekarang masih belum pandai makan sendiri. Masih perlu disuap lagi. inilah cara bagaimana memberi anak ketitir makan. Bapanya memang selalu aku perhatikan kerana punya suara yang kasar dan siap dengan qua tandang. Namun hingga kini dia belum mahu duduk di rumahku. Mungkin hajat yang telah lama agaknya dia berikan anaknya kepadaku.

Walaupun musim hujan masih belum berakhir dan musim mengeram telur di serata tempat namun aktiviti memikat tetap diteruskan juga. Beberapa ekor BH berjaya dijaring. Ada yang cukup menarik untuk disimpan dan ada yang masuk kandang sahaja.
Sg Siput


Sg Siput


Sg Siput

Sg Siput

Sg Siput
 Beberapa ekor BH yang berjaya dijaring ketika berkesempatan ke Sungai Siput bersama Pak Ali dan Pak Karim Otai Gerik.Hanya beberapa keping gambar sahaja yang diambil. Keasyikan memikat hingga terlupa untuk mengambil gambar kenangan.

Pak Ya dan Pak Karim sedang santai di tepi jalan sementara menunggu BH terjun di Padang Grus beberapa minggu yang lalu.

Pak Bidin dan rakan-rakan dari Batu Kurau ketika berkunjung ke Gerik untuk mencari pikat baru petang tadi.