Hampir sebulan cuti tidak turun memikat. Setelah puas menyambut raya dan puasa sunat syawal yang masih belum terpenuh lagi, keinginan untuk menjengah laman terus menghantui diri.Hari ini 1 September Hari yang bermakna bagiku dan jiranku juga mengadakan majlis kenduri perkahwinan anak perempuannya. Pengurusan majlis telah diserahkan kepada saudara maranya yang terdekat. Kami yang tinggal sekampung hanya sekadar tumpang memeriahkan majlis sahaja.
8.00 pagi setelah sarapan aku memenuhi hasratku untuk ke laman kerna majlis kenduri telah ada yang menguruskannya. Aku ke Kuala Rui dengan hasrat untuk cuba menjaring BH yang telah bertahun gagal dipikat.Bukan aku sahaja yang gagal, otai-otai Gerik dan dari luar juga gagal menjaringnya. Mungkin terlalu cegar agaknya.
BH yang diidamkan ini bersuara kasar ( A) , banyak deraknya dan ada qua tandang. Inilah yang membuatkan ramai yang tergila-gilakannya.
Aku ke lokasi permainan BH itu. Setelah diamati aku fikir mungkin ada rezeki jika aku memasang pikat di atas pelepah pokok kelapa gading berhampiran rumah nyonya cina yang tidak jauh dari situ. Angga ini telah lama aku fikirkan kerna aku selalu melihat kelibat BH ini di sekitar pokok itu.
Aku tidak berikir panjang dan terus memasang pikat di atas pelepahnya.
Seperti biasa pikat tidak menunggu lama. Belum siap dipasang dah berkerja...jaga tuannya....
Tak lama dia memanggil, BH yang diidam menyahut dari tepi jalan sambil menatuk pasir... sebentar kemudian terus mengepak menuju ke arah pikatku.
Apa lagi makin ditubinyalah bila melihat kelibat gu tidak jauh dari situ. Sebentar kemudian aku mendengar beberapa derakkan tajam. Tak pasti aku pikat atau BH kerna ada gangguan dari belakangku oleh seorang sahabat yang datang untuk menyahut ikan loma kerna sekarang musimnya. Bengang juga kerna sedang asyik diganggu sebegitu.
Sebentar kemudian suasana senyap. BH dan pikat yang sedari tadi tidak berhenti meratuh dan berderak sudah senyap. Aku bingkas bangun dan meninjau jebak yang di pasang. Wah... kelihatan seekor BH telah sangkut di jaringnya....aku terus menerpa....
Agak cantik BHnya hampir seiras dengan pikatku. Aku terus mencapai uncang dan memasukkannya. Setelah itu aku pun terus pulang. Cukuplah hari ini berjaya menjaring BH yang lama diburu. Akhirnya mau juga dia ke rumah aku....jom balik makan kenduri...
hadiah yang cantik.
BalasPadamtahnia bang..
salam
jaka
Istimewa BH ni kerana seperti pernah dipelihara orang sebelum ini... tunggu penampilannya..
BalasPadamcantik cikgu bh ni.. simpan.
BalasPadamKurang juga Pak Su....tebal bulu kapasnya...bulu pelipisnya pun agak tebal...tapi bolehlah disimpann...kebanyakkan sahaja....
BalasPadammacam mane nk tgok burung tu elok ke takkk..
BalasPadamada paruhnya, ada sayapnya boleh terbang, ada bunyinya dan ada mcm ketitir......haa haa haa..
BalasPadam