28 Januari 2011

Kembali lagi da....

Hari ini Sabtu 29 Jan 2010.. aku kembali. dah sekian lama berehat panjang dek cuaca yang tak mengizinkan dan penangan sewah merobek pikatku...
Walaupun cuaca redup dan hujan gerimis... aku tetap turun juga melepaskan gianku... dari seawal jam 7.00 pagi aku menunggu dan menunggu sinar mentari memancar.. namun tidak juga kunjung tiba.Aku mengambil keputusan bergerak ke Kuala Rui mencari regu buat pikatku yang dah lama berehat selepas dikekah sewah.
Walaupun gerimis pagi aku tetap memasang pikatku seperti biasa-.... sudah terlalu lama tak ke laman belum siap dipasang dia dah mula berkerja... kelam kabut aku dibuatnya....Namun BH jauh kedengaran..mungkin kesejukan agaknyan kerana semalam hujan lebat.....
Lama pertama 15 minit aku tunggu..pikat terus memanggil...namun tiada kunjung tiba... aku ubah ke pokok jambu....20 minit menunggu... tiada yang hampir. Bunyi BH dari kejauhan.. pikat terus memanggil...
Laman ketiga... dahan mati pokok teja... aku memasang pikatku.... seperti biasa dia terus sahaja berkerja...kedengaran BH menelinap masuk ke pokok teja...aku mundur agak jauh..... seekor BH berderak... melompat ke dahan mati...meniti sambil menggelengkan kepalanya.... pikat menggelengkan kepalanya...BH meniti dan melompat kedahan yang semakin hampir....zupppp singgah ke angga jebakku...pikat qua bertalu-talu..aku deras melangkah...BH dah masuk jaring....


Tiba-tiba HP aku berdering...rupanya Ah Cai Lenggong datang mencari aku..... aku khabarkan kepadanya aku berada di Kuala Rui...dia dah arif dengan tempat ini...

 

Aku mencapai karungku dan memsukkan BH ke dalamnya... aku pasang semula pikatku di tempat yang sama.... pikat terus berkerja..memanggil gu lagi. Kedengaran BH meratuh di atas pokok durian tidak jauh dari situ... pikat melepaskan deraknya....BH menyelinap masuk ke pokok teja itu... sekali lagi pikat meratu dan berderak bersilih ganti. BH tidak kurang hebarnya...meratuh dan berderak.sesekali pikatku melepaskan qua tandangnya... BH semakin beram...melompat ke dahan mati. Meniti dan terus meniti dahan ke dahan sambil menggelengkan kepalanya. Pikatku berputar putar di dalam jebak.. sesakali meratuh sesekali berderak bersilih ganti.... BH semakin hampir.....pikat berderak...zuppp BH terjun....BH kedua masuk karung.....



Sedang aku memasukkan BH ke dalam karung....Ah Cai muncul secara tiba-tiba..... riuh rendah sebentar dibuatnya.... aku sekali lagi memasang pikatku di tempat yang sama.... Ah Cai terus memasang pikat tandangnya yang hebat di hujung dahan pokok durin tidak jauh dari pikatku....
Banyak yang dibualkan dengan Ah Cai tentang BH yang masuk jaringnya... kedua-dua ekor pikat terus berkerja.... kedengaran BH merata-rata meratuh di atas pokok...kami terus berbual-bual sambil meneliti seekor BH yang kasar dan banyak derak di atas pokok tidak jauh dari pikat Ah Cai...namun angga yang dipilih tidak begitu cantik...walaupun BH dah hampir namun sukar nak terjun.... 20 minit berlalu BH tidak juga mahu hampir....pikat masih berkerja.....akhirnya Ah Cai mengubah pikatnya........ belum pun sempat pikatnya di masang HPnya berdering....nelayan sungai dah memanggilnya mengambil ikan..itulah kerjanya sebagai peraih ikan sungai dari penangkap ikan di Sungai Perak. Kerja perlu diutamakan... lantas dia  bergegas ke KG Perah mengambil ikan......
Aku masih menunggu BH bersuara kasar dan banyak deraknya hampir.Pikat terus berkerja....tidak beberapa lama kemudian....BH kelihatan menyelinap masuk ke pokok teja...aku mula teruja....BH meniti dahan mati sambil menggelengkan kepalanya..pikat berderak dan memusing-musing di dalam jebak. Pikat berdeak...BH berderak...pikat meratuh....BH meratuh di dahan mati berhadapan pikat.... meratuh dan berderak bersilih ganti keduanya... 1 jam berlalu.. tiba-tiba seekor sewah menyelinap masuk ke pokok teja dan hinggap di atas dahan mati tidak jauh dari pikatku...BH bertempiaran lari...aku bingkas bangun berlari....sewah meluncur laju bila melihat aku menerpa ke arahnya...selamat pikatku....
Aku berundur semula...sewah sebentar tadi sudah hilang entah ke mana....sebentar sahaja pikat ku kembali meratuh.... jam sudah hampir ke pukul 1.00 petang. Cuaca redup sahaja...tidak terasa masa berlalu...aku akan menunggu hingga ke pukul 1.00 ptg jika ada rezekiku ada lah...jika tidak aku beredar ajalah...lain kali aku datang lagi....

17 ulasan:

  1. tahniah... tapau 2.... denak hebat tu...

    BalasPadam
  2. Salam..tahniah saudara..denak yg baik berserta dgn jebak insyaAllah pasti berhasil..denak saya pun dah mula membunuh...seronok tk terkata bila rapun membidas...moga2 boleh mikat bersama 1 hari nanti...byk yg saya nk belajar dr saudara.Sekian..

    BalasPadam
  3. Salam...Tahniah....cantik bro pikat/denak....
    hati2 bro....sewah byk skrg....sy kat ipoh x bleh melaman lg nih....hujan, sewah, helang, jebon byk sume tempat ader.....Aduh...tension2...

    BalasPadam
  4. Bro,

    Aku tak pandai sgt main merbuk, cuma bela saje je dgr bunyi, Aku baru lepaskan seko merbok yg aku dah bela dekat 2 tahun, kat rumah dah le malas nak mengatuh, sesekali cuma derak je.
    Aku lepaskan, dia dtg balik kat ladung aku tangkap kasi kwn aku.
    Burung tu memang jinak, yg peliknya kawan aku try masuk jebak first time terus mengatuh, siap derak dan tangkap seko, esoknya aku sendiri ikut dia pasang tangkap lagi seko.
    Yg mengherankan bila masuk jebak burung tu terus jadi rajin mengatus siap derak, adake pikat merbuk yg jenis memang tak bunyi rumah? tapi bila masuk jebak gantung terus on.
    Melepas aku, dah le nak cari pikat merbuk susah.
    Ajis melaka

    BalasPadam
  5. Terima kasih kerana memberi ulasa.Untuk Ajis Malaka... pikat yang aku dok bawatu pun bukan dari jenis yang rajin meratus dan berderak kat rumah cuma sekali sekala sahaja dia berbunyi tetapi kalau bawa kat laman... belum siap pasang dah berkerja dan gu cukup marah dengan suara dia.Jarang balik kosong. Aku ingat hang punya pikatpun cam tu jaga lah. Susah nak dapat... dah lama main baru jumpa seko aja...

    BalasPadam
  6. assalammualaikum bang

    nak tanya apa istemewanya sisik 37 tu ???....

    BalasPadam
  7. Kata orang tua-tua sisik 37 tu sisik pikat paling baik. Mudah dapat gu, tak memilih lawan, tak memilih tempat atau pokok untuk memikat... itu kata orang tua-tua.Praktikalnya aku kurang suka sisik 37 sebab tak menjadi. Aku paling suka sisik 40 sebab aku dah nikmati permainannya.Kat rumah aku sekarang 4 ekor bakal pikat sisiknya 40. Pikat aku sekarang pun sisik 40... tak meragam, tak pilih laman, tak pilih gu apa sahaja teradap pasti masuk uncang...

    BalasPadam
  8. Assalammualaikum, saya nak tanya selain derak dan sisik, apakah tanda fizikal perlu ada pada pikat? kalau boleh abg cerita dari kepala sehingga kaki dan gambarnya sekali

    BalasPadam
  9. assalammualaikum bro

    BalasPadam
  10. assalammualaikum bro, Dalam halaman petua orang lama,bro ada menulis tentang alis mata. Alis mata macamana menjadi penggemar ketitir?. minta bro terang dgn lebih lanjut.

    BalasPadam
  11. Maaf kerana ada banyak bab lagi belum disiapkan... perlahan-lahan..InsyaAllah akan menyusul...

    BalasPadam
  12. Salam....bro, boleh beri petua menjinak ketitir baru dapat.

    BalasPadam
  13. salam.... bro boleh beri petua menjinak merbok.

    BalasPadam
  14. Menjinakkan merbok perlukan kesabaran. Gantung sarangnya setinggi aras pinggang. Pastikan selamat.Lokasinya tempat ramai orang lalu lalang spt di dapur, pintu utama dll. Seminggu 2X mandikan dia dan suapkan kacang hijau sebanyak 21 biji setiap kali. Insya Allah cepat jinaknya.

    BalasPadam
  15. salam bang,
    bole tlg jelaskan pengiraan sisik (40) tu dari mana kemana

    BalasPadam
  16. Dikira dari pangkal kaki hingga hujung bahagian jari tengah dan ditambah kedua-dua kaki akan dapat jumlahnya.Sisik yang pecah bertentangan dicantum kira satu. Mengapa tiga jari lagi tak dikiran tak le teman tahu... diwarisi dari orang lama.

    BalasPadam