08 April 2012

Batu 6 Banda Riang Bersia.

Seawal 8.00 pagi aku memotong rumput di sekeliling rumahku. Rumput yang dah panjang selalu perlu ditebas dahulu sebelum turun ke laman memikat. Hampir pukul sembilan baru siap. Selepas itu aku menghubungi Pak Karim kalau-kalau dia ada masa di waktu ini kerana aku pasti Otai Gerik ni selalu sibuk untuk memenuhi tempahan pelanggannya. Pak Karim memang terkenal di daerah ini sebagai pembekal susu kambing segar. Sesiapa sahaja yang berhajat untuk mendapatkan susu kambing pasti akan dipenuhinya. 
Pak Karim berhajat untuk turun ke laman pada pukul 10.00 pagi. Aku pun bersiap sementara menunggu Pak Karim. Sementara menunggu Otai Gerik aku beermain-main dengana anak ketitir yang aku pelihara. Kini dah boleh makan sendiri. sedang aku asyik melayan si anak ini tetiba Pak Karim menghubungiku menyatakan tidak dapat bersama kerana ada permintaan tambahan.
Aku mencapai tiang dan masuk ke kereta.Tiba-tiba Pak Ya menghubungiku dan ingin ikut serta. Jam dah hampir 10.30 pagi. Dapat sejam pun jadilah katanya.
Aku terus ke rumahnya. Pak Ya siap menunggu dengan tiang dan pikatnya. Kami terus ke Batu 6 Bersia untuk meninjau qua tandang yang belum berjaya dijaring oleh otai-otai Gerik. Aku dan Pak Ya terus memasang pikat walau pun suasana sunyi. Pak Ya memilih angga di pokok mengga dan aku memilih pokok jambu keling. Pikat Pak Ya terus meratuh manakala pikatku hanya berderak dua tiga kali. Rupa-rupanya BH ada berhampirannya. Hampir 10 minit pikatku berlawan derak dengan BH dan pikat Pak Ya juga namun BH tidak mahu juga terjun. Memang BH ini betul-betul liat. Hampir 30 minit kami menunggu akhirnya kami mengalah. Kami bergerak ke lokasi lain berhampiran dewan orang ramai Batu 6 tidak jauh dari lokasi yang pertama.
Pak Ya memilih angga di pokok petai belalang dan aku memilih angga di pokok teja. Kedua-dua pikat terus berkerja dan kelihatan BH mula menghampiri pikat Pak Ya. Pikatku juga kedengaran berderak bersilih ganti. Tak lama kemudian BH terjun ke angga pikat Pak Ya. Dia bingkas bangun untuk mengambilnya.

Otai Pak Ya tersenyum puas dengan pikat barunya yang baru menjaring BH yang ke7.
Kasar,cantik dan lebat sekali.

Hampir 30 minit BH berperang dan meracau dengan pikatku namun tidak juga mengena. Jam dah pikul 12 th. Aku mengajak Otai Pak Ya balik kerana mahu membeli makanan. Isteriku tidak memasak kerana ketiadaan bekalan air. Aku menuju ke arah pikatku untuk menurunkannya. Rupa-rupanya seekor BH telah tersangkut disana. Inilah kalau angga yang dipilih tersorok sukar nak dilihat. Aku lantas menurunkannya dan memasukkan BH ke karung. Selepas itu kami pun balik. Hampir 1jam 30 minit juga kami memikat hari ini. Jadilah untuk rezeki hari ini.

BH bersuara C kurang merangsangkan.


07 April 2012

Kg Seterus Sauk

Sebahagian besar penduduk Gerik dilanda krisis air yang besar. Bermula pada hari khamis yang lalu hingga kini masalah ini sedang giat diusahan utuk memulihkan keadaan. Bekalan air terputus akibat bencana alam.
Hari ini sabtu adalah hari cuti hujung minggu. Sejak semalam aku berjanji bersama Pak Karim untuk pergi memikat di Kg Seterus, Sauk, Lenggong kerna ada yang mencabar sedang menunggu. Selepas subuh aku ke pasar untuk membeli sedikit sarapan untuk keluarga. Lebih kurang jam 8.00 pagi aku bersama Pak Karim bertolak ke tempat yang telah dibincangkan. Aku membawa bersama 2 ekor pikat yang lama dan seekor yang telah menjaring 7 ekor dalam beberapa bulan ini. 
Walau pun masih berbelah bagi tentang lokasi namun kami gagahi juga ke Kg Seterus.Tiba di sana kami mencari lokasi yang dikhabarkan. Walaupun sesat akhirnya kami tiba juga ke lokasi tersebut.Kami mula meninjau persekitaran perumahan dan kelihatan sepasang ketitir sedang bercumbuan di tepi jalan.
Pak Karim mencapai tiang dan memasangkan pikatnya. Aku turut bergegas sambil mendengar kelibat suara kasar yang dikhabarkan.
Aku memilih angga wayar elektrik merentang berhampiran anak kelapa sawit muda berhampiran kawasan perumahan tersebut. Setelah dinaikkan pikatku terus berkerja seperti biasa. Kelihatan seekor BH menyelinap masuk ke atas wayar elektrik tersebut. Ia meniti sambil menggelelngkan kepalanya. Pikat mula berderak tajam dan BH terus terjun. 

Setelah memasukkan BH ke karung kedengaran BH berderak garang di kawasan kelapa sawit berhampiran. Aku segera memindahkan pikatku dengan segera. Aku memilih sehelai pelepah yang mendatar untuk memasang pikatku. Setelah dinaikkan dia pun terus berkerja. Kedengaran seekor BH meratuh garang. Suara sederhana tetapi tajam. Aku berselindung di sebalik pokok kelapa sawit tidak jauh dari situ. Tiba-tiba BH menerpa dan hinggap di pelepah bahagian belakang jebakku. BH melepaskan qua tandang. Bulat dan tajam. Terpegun aku mendengarnya. Pikatku berderak. BH tidak dapat terus menyerang kerana daun yang aku letakkan dibahagian belakang jebak menjadi halangan. 
Tiba-tiba BH terbang membuat satu pusingan dan terus ke atas angga dan zuppp jebakku mengena lagi. Qua tandang lagi. Cantik sekali bh meliharkan diri-cirinya dan warna bulunya.

Qua tandang BH ke2
Setelah BH dimasukkan ke karung aku mengubah pikatku ke sebatang pelepah kelapa sawit tidak jauh dari situ. Kedengaran BH meratuh panjang tidak jauh dari tempat itu. Suaranya lebat di tengah dan bulat hujungnya. Aku menunggu. Pikat terus memanggil dan BH menyahut daru jauh. Tiba-tiba Pak Karim kedengaran memberi isyarat untuk bergerak ke lokasi lain. Aku segera menurunkan pikatku. seekor BH meluncur terbang keluar dari pokok bersebelahan. Rupanya BH sudah hampir. Namun kuteruskan niatku kerna Pak Karim sedang menunggu. 

Kami singgah di beberapa lokasi walau pun menarik namun tiada kelibat BH di sana. Pak Karim mencadangkan  kami ke Padang Grus kerana dia berminat dengan seekor BH yang belum berjaya dijaring. Aku bersetuju namun dalam perjalanan aku teringat kawasan persekitaran PLKN di tepi jalan menghala ke Gerik.Aku terus singgah di sana dan Pak Karim mengikut sahaja. Dalam perjalanan aku melihat Pak Karim terlena kerana keletihan. Semalam terpaksa mengangkut air katanya.
Aku terus mesuk ke jalan PLKN dan menemui lokasi yang agak menarik. Anak getah muda. Aku berhentikan kereta di tepi jalan dan terus keluar. Pak Karim masih terlena. Kedengaran beberapa BH bersahut-sahutan tidak jauh dari situ. Aku mencapai pikatku dan memilih lokasi sebatang dahan getah muda. Setelah siap dipasang pikatku terus berkerja.BH masih jauh. Aku mencapai pikat kedua untuk dipasang di sebatang pokok getah muda tidak jauh dari situ dan aku boleh melihat dengan jelas. Aku berpatah balik ke kereta sambil memerhati pikatku yang masih meratuh.Kelihatan seperti seekor ketitir dihujung jebakku. Aku amati betul-betul rupanya memang seekor BH telah terjaring. Terlalu pantas sehingga ku sendiri tidak tahu untuk menilai BH tersebut. Walau bagaimanapun aku bergegas untuk menurunkannya dan masukkan ke dalam karung.

Aku naikkan semula pikat ditempat yang sama. Kedengaran pikatku yang kedua sedang memanggil gu. Kelihatan beberapa ekor BH terbang masuk ke arahnya. Pikat berderak. BH diam dan turun ke tanah. Tidak melawan. Pak Karim terbangun dan mengajak aku ke lokasi yang disukainya. Aku segera meurunkan kedua-dua pikatku dan kami bergerak ke Padang Grus. Semasa melintasi restoran Tasik Raban jam hampir ke pikul 12 th. Aku terus mengajak Pak Karim singgah untuk BH yang menyahut cabaran. Akhirnya kami pun pulang. Aku akan datang lagi..... 

01 April 2012

Bakal pikat yang hebat

video

3 minggu lalu aku terpaksa menerima kehadiran sepasang anak ketitir yang jatuh dari sarangnya kerana ditiup angin yang kuat. Hingga sekarang masih belum pandai makan sendiri. Masih perlu disuap lagi. inilah cara bagaimana memberi anak ketitir makan. Bapanya memang selalu aku perhatikan kerana punya suara yang kasar dan siap dengan qua tandang. Namun hingga kini dia belum mahu duduk di rumahku. Mungkin hajat yang telah lama agaknya dia berikan anaknya kepadaku.

Walaupun musim hujan masih belum berakhir dan musim mengeram telur di serata tempat namun aktiviti memikat tetap diteruskan juga. Beberapa ekor BH berjaya dijaring. Ada yang cukup menarik untuk disimpan dan ada yang masuk kandang sahaja.
Sg Siput


Sg Siput


Sg Siput

Sg Siput

Sg Siput
 Beberapa ekor BH yang berjaya dijaring ketika berkesempatan ke Sungai Siput bersama Pak Ali dan Pak Karim Otai Gerik.Hanya beberapa keping gambar sahaja yang diambil. Keasyikan memikat hingga terlupa untuk mengambil gambar kenangan.

Pak Ya dan Pak Karim sedang santai di tepi jalan sementara menunggu BH terjun di Padang Grus beberapa minggu yang lalu.

Pak Bidin dan rakan-rakan dari Batu Kurau ketika berkunjung ke Gerik untuk mencari pikat baru petang tadi.