19 Jun 2016

Ralat.

Assalmualaikum.

Untuk teman-teman pemikat, banyak gambar yang diposkan dalam halaman yang lama telah tidak dapat dikesan. Saya memohon maaf kiranya masalah teknikal ini menjadi satu gangguan kepada rakan-rakan. Saya akan cuba atasi masalah ini untuk dibetulkan semula. Harap maklum.

15 Oktober 2013

Kenangan Memikat Bersama Otai

    Memikat bersama otai sememangnya aktiviti yang sangat menyeronokkan.Suasananya yang santai menjadikan aktiviti memikat ini sebagai aktiviti riadah yang amat bermakna. Berbagai ilmu dan kemahiran dapat dipelajari semasa bersama mereka. Banyak petua dan kemahiran yang diperturunkan secara tidak langsung semasa bersama mereka.
 
video
 
 
Bukan  mudah untuk mempelajari seni memikat burung ini. Tiada sebarang buku yang mencatatkan pelbagai kemahirannya. Tiada kelas formal untuk mengkajinya. Semuanya berlaku melalui pemerhatian dan perbualan. Malahan ciri-ciri pemikat itu sediri belum pernah dikaji dan dibukukan. Sehingga kini tiada seorang pakar pun yang berani mengenengahkan perkara ini ke dalam masyarakat. Ini disebabkan ilmu dan pengalaman memikat ini hanya untuk kegunaan sediri sahaja.
 
Sesungguhnya ilmu yang diwarisi oleh masyarakat Melayu dalam mengenali haiwan ini lebih tinggi dan mendalam berbanding ilmu yang berkaitan haiwan yang diketengahkan oleh para pengkaji haiwan. Ini adalah kerana ilmu yang dikaji oleh para cerdik pandai di pusat pengajian tinggi dan sebagainya lebih tertumpu kepada kajian biologi dan habitatnya. Persoalan bagaimana seharusya haiwan ini diberi perhatian dan perlindungan.
 
    Keadaan ini nyata berbeza sama sekali dengan masyarakat Melayu. Ilmu haiwan yang diperturunkan melalu generasi ke generasi merangkumi segala aspek. Makananya, pembiakannya, tingkah lakunya, emosinya atau perangainya, perkara-perkara mistik yang berkaitan dan lain-lain lagi.
 
Para pencita haiwan dalam masyarakat melayu bukan sahaja mampu meniru bunyinya dengan tepat malah mengenali habitatnya, fizikalnya, ciri-ciri khusus yang ada padanya dan sebagainya. Dalam seni permainan ini, para penggemar haiwan bukan sahaja mampu membiakkan haiwan ini malah mereka juga mampu mengenali ciri-ciri induk untuk pembiakan bagi menghasilkan anak yang memenuhi kualiti dan fungsinyaketika beraksi dipersadanya.
 
Sebagai contohnya dalam seni suara burung merbok. Para pengkaji haiwan ini dengan kemahiran dan kepakaran, mereka  mampu mengkasilkan induk jantan dan betina yang nantinya bakal melahirkan anak yang bersuara merdu dan dapat memenuhi ciri-ciri merbok yang bersuara merdu yang dipertandingkan. Malahan merbok ini juga dapat mencapai kematangan diusia seawal tujuh bulan berbanding merbok liar yang memerlukan masa sehingga 24 bulan untuk mencapai kematangan.
 
Inilah antara gambaran tentang kemahiran dan keilmuan masyarakat melayu dalam bidang ini.

04 September 2013

Rehat Panjang

Salam untuk semua...lama bercuti dari memblog. Bukan tidak aktif lagi tetapi ramai rakan-rakan di FB yang masing-masing memeriahkan dunia pemikat. Kehebatan masing-masing terserlah melalui paparan kejayaan memikat BH yang hebat-hebat.

video

 
Kehebatan mereka memang tidak dapat ditandingi dengan kehadiran pikat yang cukup memukau dan teknik permainan yang cukup hebat. Oleh kerana kehebatan ini Ketitirpikat juga turut sama-sama memeriahkan laman FB. Kehebatan Laman Merbok Kampung, Laman Cantik , Ketitirpikat dan merbok siam tidak perlu dipertikaikan lagi dengan ratusan pemikat turut menjadi ahli tegar yang turut menyumbang kepada kemeriahan lama ini.

 


Kejayaan laman FB dalam mencungkil dan mengembangkan hobi ini amat memberangsangkan. Laman ini juga dapat membimbing pemikat muda atau rakan-rakan yang baru benjinak dengan hobi ini. Perkongsian ini adalah satu cara mengumpul para pemikat hinggakan ada yang sanggup menjadi penganjur untuk mengumpulkan ramai pemikat disuatu tempat. Cuntohnya apa yang dilakukan oleh pemikat tegar Anuar Hasan (Merbok Parit), Esyam Tiga Laman,   dan beberapa orang rakannya telah berjaya mengumpul dan mengadakan program mengeratkan silaturahim dalam kalangan pemikat di Parit Perak bersempena majlis sambutan hari kemerdekaan yang ke 56 yang lalu. Sekalung tahniah diucapakan kepada mereka atas kejayaan ini.
 
Katitirpikat ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada peneraju utama Saudara Anuar Hasan dan Esyam Tiga Laman kerana berusaha keras menganjurkan pertemuan ini dengan sokongan dan sumbangan dari YB Wakil Rakyat untuk membiayai program ini.
 

02 Jun 2013

Petua kedua menjinakkan ketitir

Para penggemar ketitir selalu berhadapan dengan masalah menjinakkan burung yang baru berjaya ditangkap. Burung-burung yang berjaya ditangkap kebiasaanya adalah burung-burung yang boleh dianggap hebat kerana keberaniannya berhadapan dengan pemikat yang hebat.Namun apabila burung tersebut dimasukkan ke dalam sarang untuk dipelihara, para penggemar ketitir akan menghadapi masalah kerana kebanyakkan burung yang hebat ini adalah burung yang liar.
 
Burung yang baru berjaya ditangkap ini kebiasaannya memerlukan masa sehingga tiga ke lima tahun untuk berjaya menjadi pemikat. Antara masalah yang dihadapi oleh penggemar ketitir ini ialah burung yang berjaya ditangkap ini tidak akan segera berbunyi. Jika berbunyi pun mungkin sebahagia besar kualiti suaranya akan hilang. Suara yang dikeluarkan cukup tidak memuaskan hati terutamanya kepada penggemar yang baharu berjinak dengan permainan ini. Suara yang kecil dan jalannya yang tidak cantik akan menyebabkan mereka akan melepaskannya kerana burung ini dianggap tidak berkualiti.Kesilapan ini tidak seharusnya berlaku jika mereka faham bahawa burung ketitir ini memang burung yang sangat lambat untuk mengeluarkan bunyi yang berkualiti seperti ketika ia dipikat di hutan.
 
Selain dari kualiti suaranya yang hilang, fizikalnya juga amat menyakitkan mata. Ketitir yang baik biasanya sangat liar di dalam sangkar. Ini menyebabkan ekornya akan patah dan kebanyakkan nya akan kehilangan ekornya dalam masa dua atau tiga hari dimasukkan ke dalam sarang. Selain itu ketitir yang baru ditangkap ini akan kelihatan hodoh dan tidak cantik kerana paruh dan kepalanya akan luka-luka kerana kerapnya ia menyondol untuk keluar dari sarangnya. Bahagian hujung sayanpnya juga akan membengkak dan luka-luka kerana kerapnya melanggar bilah sarangnya.Semua ini menyababkan penggemar ketitir sukakan burung yang cantik akan mudah putus asa untuk menyimpannya. Oleh sebab itu penggemar ketitir lebih suka membelinya sahaja dari penggemar lain walaupun kualiti burung tersebut tidaklah sebagus burung yang berjaya ditangkapnya.
 
Kepada para penggemar ketitir yang mementingkan kecantikan burung peliharaan dan kebagusan suara disini aku perturunkan sedikit  petua hasil dari pengalaman belasan tahun  memelihara burung ini.
 
Untuk membantu agar kualiti suara cepat pulih di dalam sangkar, petua menggunakan tahi kambing boleh digunakan. Selain dari penggunaan tahi kambing dalam air minuman, penggunaan kacang hijau juga amat penting untuk menjaga kesihatan burung yang baru ditangkap agar tidak menurun. Kacang dan tahi kambing digunakan agar suaranya cepat keluar dan burung cepat jinak.
 
Untuk memastikan kecantikan burung peliharaan agar tidak rosak beberapa perkara perlu diberi perharian iaitu;
 
1. Burung yang baru ditangkap hendaklah diletakkan ke dalam sangkar yang bertutup. Pastikan burung tersebut adalah burung yang benar-benar berkualiti semasa ia ditangkap agar tidak membuang masa.Sangkar burung ini ditutup dengan kain yang nipis dan berwarna gelap agar tidak terlalu panas Burung ini dimasukkan ke dalam sangkar bertutup dalam proses untuk mengajarnya makan makanan yang diberi. Sesetengah burung yang berkualiti agak sukar untuk makan makanan yang disediakan kara dia biasa makan makanan yang dikutip di atas tanah. pastikan burung ini makan agar tidak mati. Untuk menjaga kegarangannya agar tidak menurun, tambahkanlah dengan memberi kacang hijau yang dibasahkan sebanyak 40 biji( Yang aku amalkan). Kekadang proses ini menagmbil masa selama dua minggu untuk burung ini makan makanan yang diberi.
 
 
tali kaki ketitir

 2. Setelah dipastikan burung ini makan makanan yang diberi, sediakan tali kaki yang dibuat khas untuk mengikatnya. Tali ini boleh dibeli di kedai burung. Setelah itu ambil burung yang telah makan tadi dan diikat kakinya. Setelah itu, cabut sayapnya dibahagian hujung sebanyak lima ke tujuh helai bulunya di sebelah kiri dan lima ke tujuh helai disebelah kanan. Kemudian letakkan dia di atas sangkar layang khas untuk ketitir yang boleh dibeli di kedai. Bulu sayap perlu dicabut agar kakinya tidak cedera akibat kekuatannya melompat dan terbang. Bulu yang dicabut ini biasanya akan kembali tumbuh dalam masa dua minggu. Jangan risaukan dengan bunyinya kerana bunyinya yang berkualiti akan cepat keluar. Setelah 3 atau 4 bulan  diikat kakinya bolehlah dibuka dan dimasukkan ke dalam sangkar semula. Saudara penggemar ketitir akan dapati bulu, kepala, paruh dan kepaknya tidak akan rosak setelah dimasukkan ke dalam sangkar semula. Dalam masa dua ke tiga bulan burung ini juga akan mula berbunyi dan boleh diajar untuk memikat. 
 
 
Ketitir yang baru 3 minggu ditangkap.

 
Saudara akan mendapati burung peliharaan saudara akan kekal cantik seperti mana ditangkap. Berikan kacang hijau yang dibasahkan  sebanyak 40 biji dua kali seminggu untuk memastikan kemenjadiannya. 
 
 
 
Sangkar layang yang sesuai untuk ketitir.
 
 
Selamat Mencuba.

21 Mei 2013

Kebenaran Memelihara Ruak-ruak

Lesen untuk menangkap ruak-ruak boleh dipohon dari Jabatan Perhilitan. Kepada penggemar sihitam putih dan pemekak telinga di rumah kini boleh tersenyum riang kerana Jabaran perhilitan telah membenarkan burung ini ditangkap dan dipelihara.

Peluang untuk memperkayakan lagi seni permainan burung dalam kalangan masyarakat melayu kini semakin terbuka. Kemungkinan selepas ini barang kali ada yang berhajat untuk membuat pembiakan di dalam sangkar pulak. Makin banyaklah nampaknya.

Selamat memohon kebenaran memburu dan memelihara  kepada pencinta ruak-ruak.

video
 
 
video
 
 
 
 
 
 

19 Mei 2013

Kocak Gondang Air Pulau.

Minggu lepas dalam perjalanan balik dari memburu BH yang gagah, aku bersama Kori meronda lokasi baru untuk memburu. Dipendekkan carita Kami telah ke sebuah perkampungan di pedalam yang terletak antara Lawin ke Gerik. Air Pulau itulah lokasinya. Kami sempat meninjau lokasi ini. Memang banyak BH yang bersuara kasar. Keistimewanya di  lokasi ini  terdapat banyak ketitir yang bersuara kocak gondang. Mungkin belum ada pemikat yang menerjah ke lokasi yang tersorok ini. Kami tidak berhajat untuk memburu kerana Kori perlu bergegas balik untuk menghadiri majlis kenduri perkahwinan anak saudaranya di Baling.

           Minggu ini, dari awal lagi kami merancang untuk ke lokasi di Air Pulau ini. Aku bersama Kori, Pak Ya, Mail Serama dan Pak Karim  dari awal lagi merancang untuk ke sana. Seawal 7.30 pagi kami bertolak ke lokasi ini. Apabila tiba di lokasi ini, segala hiruk-pikuk  selepas  PRU13 luput begitu sahaja. Biarlah ketidak puasan hati dengan keputusan PRU13 dengan dakwaan penipuan, lampu terpadam, pengundi hantu, tsunami cina dan sebagainya diurus oleh mereka yang bertanggungjawab. Sebagai rakyat biasa yang hanya memiliki satu undi ini kita teruskan kehidupan kita. Bagi geng pemikat, BH yang gagah bersuara kasar dan merdu perlu diburu. Inilah aktiviti yang kita gemari.

               Kori dan Pak Ya memilih angga di pokok durian dan pokok getah yang menjadi lokasi BH bersura kasar dan kocak gondang. Aku menyiapkan pikat dan terus melangkah ke lokasi  di ladang getah yang baru di tanam. Sayup mata memandangnya. Namun kedengaran riuh rendah BH meratuh di sana sini. Aku meneruskan langkah dan memilih angga di sebatang anak pokok getah setinggi empat kaki. Aku melabuhkan pikatku di sana. Pak Ya dan Kori jauh dari lokasiku. masing-masing teruja dengan BH yang diburu.

                Seperti biasa Pikatku tidak menghampakan. Terus berkerja. Cabarannya agak lama baru disahut. Mungkin masing-masing sibuk mematuk untuk mengalas tembolok yang kosong. Namun pikat yang kekenyangan dengan bijian kacang hijau yang kusumbatkan malam semalam tak perlu masa untuk makan. Walaupun bekas air dan sambau yang dibuat dari bola ping pong berisi penuh, ia tidak kalut untuk mematuk. Inilah perangainya sejak lima tahun dulu. Bila ke laman, tak peduli nak makan dan minum. Asyik riuh mencabar lawan. Kecil, besar, tua, muda atau BH bersuara kasar,bertandang, berderak lapis tidak dipeduli. Yang penting lawan. Jika tak disumbat biji kacang, lima - enam laman kelihatan tidak bermaya. Tak larat nak berbunyi dah. Kekadang gu berdepan pun dah tak peduli. Tapi jika disumbat dengan empat puluh biji kacang hijau, sudah pasti hingga ke petang tak jadi masalah. Marilah  BH sehebat mana sekali pun tetap berdepan dengan gagahnya.

            Berbalik kepada kacang hijau, pengalaman semasa bermain merbuk siam dahulu cukup bermakna. Jika tak diberi kacang sebelum bertanding, sudah pasti sang merbuk tak begitu bertenaga. Dua pusingan dah jatuh suaranya. Kongnya dah hilang, umbinya klau ketek ketek ketek kong dah jadi wau pet pet pet wong. Semakin lama makin pudar. Begitu jugalah dengan pemikat. Sesetengah rakan pemikat tidak peduli kesihatan pikat mereka. Walaupun pikat yang hebat tetapi hanya bergantung kepada sambau campur sahaja belum memadai. Kerna jika di hutan berbagai makanan yang dia dapat. Sesetengahnya pula hanya memberi sekitar tujuh atau lapan biji kacang hijau sahaja. Namun pengalaman bermaian selama tiga empat hari berturut-turut yang penah dilalui membuktikan bahawa jumlah empat puluh biji kacang yang diberi cukup untuk menjamin tenaga pemikat untuk berentap di hutan.Jika rakan-rakan pemikat ingin melihat perbezaannya boleh mencuba dan lihatlah hasilnya.

Berbalik kepada pemikatku tidak beberapa lama  selepas itu BH pertama tumbang. Aku bergegas mengambilnya. Tak pasti bagaimana suara dan permainannya. Aku memindah pikat ke angga anak getah yang lain pula. Dua, tiga dan empat BH tumbang. Jam menunjukkan 10.00 pagi. Perut dah mula keroncong. Inilah akibat kalau tidak mengisi perut terlebih dahulu. Aku bergegas ke lokasi Kori dan Pak Ya. Kori minta tunggu sebentar kerana BH sedang berentap. Namun BH bersuara kasar masih gagal ditumbangkan. Kami keluar ke pekan Lawin untuk mengalas perut.

 
BH pertama tidak diketahui suara dan permainannya.

 
 BH ke2, Gondang agak kasar.
 
 
Gondang ke3

 
Gondang ke4 kasar

 
 Ke4
 
Setelah perut dialas, Kori mengajak mencari lokasi baru. Pak Ya tidak ikut kerna ada urusan. Kami berdua terus mencai lokasi baru. Akhirnya Kami sampai di Tapak Semaian Lawin Utara. Jam hampir 12.00 th. Lokasi agak menarik. BH kedengara meratuh menyambut ketibaan kami. Aku memilih lokasi berhampiran pagar tapak semaian. Kori menuju ke pokok kelapa sawit tidak jauh dari situ.
                 Seperti biasa tidak lama selepas itu BH pertama menjunam di lokasi ini. Aku bergegas mendapatkannya dan memilih angga baru. Namun BH tidak mahu melawan lagi selepas itu. Akhirnya kami balik dan menamatkan meburuan untuk hari ini.
 
 
BH ke5  Tapak Semaian Lawin Utara.

video
Lokasi Air Pulau Lawin.

09 September 2012

Sehari Bersama Pak Teh Mid Dalam Wang Baling, Kedah

Sabtu, 8/9/2012 setelah janji diatur aku bersama-sama otai Gerik dan Otai Baling berkesempatan turun ke Chemur, Ipoh sekali lagi untuk mencuba nasib.


6.15 pagi mula bergerak dari Gerik.
 
 
Sebelum ke laman, kami berhenti di sebuah kedai makan untuk mengalas perut.Kalau dah ke lama nanti dah tak ingat nak makan....

 
 

BH pertama mencecah jaring.
 
Seorang sahabat dari Ipoh teruja dengan ketitir.
 
 
Baru mula memasang pikat dan mendapat hasil pertama, cuaca berubah wajah. Mendung diikuti hujan. Kami bertempiaran lari bencari perlindungan. BH ketitir dan Tekukur yang tadi menyahut garang hilang entah ke mana. Tidak beberapa lama selepas itu hujan mula berhenti namun cuaca masih mendung. Kami berlegar mencari sasaran namun ternyata tiada lagi yang mahu menyahut cabaran. Puas kami meronda akhirnya terpaksa berehat untuk mengalas perut.
 
Rupa-rupanya Pakteh Nat Ali dan Pakteh Mid dari awal lagi dah berjanji untuk membawa bekal. jadi kami pun apa lagi...menjamu selera sambil berbual panjang tentang hari hujan dan BH yang tidak mahu melawan.

video
 


Janji perut berisi.

Senyum tawa memenuhi kemeriahan memikat kali ini walaupun BH tidak melawan.

Jangan malu dan segan. banyak nasi dan lauknya...eeee 

Bermacam cerita sambil mengisi perut.....

Otai Gerik tetap sabar....
 
 

Laman terakhir --- bersantai sambil menunggu BH turun ke racik....
 
Hasil : 4 ekor untuk hari ini...buat penyejuk hati...
Lain kali datang lagi...............