02 Jun 2013

Petua kedua menjinakkan ketitir

Para penggemar ketitir selalu berhadapan dengan masalah menjinakkan burung yang baru berjaya ditangkap. Burung-burung yang berjaya ditangkap kebiasaanya adalah burung-burung yang boleh dianggap hebat kerana keberaniannya berhadapan dengan pemikat yang hebat.Namun apabila burung tersebut dimasukkan ke dalam sarang untuk dipelihara, para penggemar ketitir akan menghadapi masalah kerana kebanyakkan burung yang hebat ini adalah burung yang liar.
Burung yang baru berjaya ditangkap ini kebiasaannya memerlukan masa sehingga tiga ke lima tahun untuk berjaya menjadi pemikat. Antara masalah yang dihadapi oleh penggemar ketitir ini ialah burung yang berjaya ditangkap ini tidak akan segera berbunyi. Jika berbunyi pun mungkin sebahagia besar kualiti suaranya akan hilang. Suara yang dikeluarkan cukup tidak memuaskan hati terutamanya kepada penggemar yang baharu berjinak dengan permainan ini. Suara yang kecil dan jalannya yang tidak cantik akan menyebabkan mereka akan melepaskannya kerana burung ini dianggap tidak berkualiti.Kesilapan ini tidak seharusnya berlaku jika mereka faham bahawa burung ketitir ini memang burung yang sangat lambat untuk mengeluarkan bunyi yang berkualiti seperti ketika ia dipikat di hutan.
Selain dari kualiti suaranya yang hilang, fizikalnya juga amat menyakitkan mata. Ketitir yang baik biasanya sangat liar di dalam sangkar. Ini menyebabkan ekornya akan patah dan kebanyakkan nya akan kehilangan ekornya dalam masa dua atau tiga hari dimasukkan ke dalam sarang. Selain itu ketitir yang baru ditangkap ini akan kelihatan hodoh dan tidak cantik kerana paruh dan kepalanya akan luka-luka kerana kerapnya ia menyondol untuk keluar dari sarangnya. Bahagian hujung sayanpnya juga akan membengkak dan luka-luka kerana kerapnya melanggar bilah sarangnya.Semua ini menyababkan penggemar ketitir sukakan burung yang cantik akan mudah putus asa untuk menyimpannya. Oleh sebab itu penggemar ketitir lebih suka membelinya sahaja dari penggemar lain walaupun kualiti burung tersebut tidaklah sebagus burung yang berjaya ditangkapnya.
Kepada para penggemar ketitir yang mementingkan kecantikan burung peliharaan dan kebagusan suara disini aku perturunkan sedikit  petua hasil dari pengalaman belasan tahun  memelihara burung ini.
Untuk membantu agar kualiti suara cepat pulih di dalam sangkar, petua menggunakan tahi kambing boleh digunakan. Selain dari penggunaan tahi kambing dalam air minuman, penggunaan kacang hijau juga amat penting untuk menjaga kesihatan burung yang baru ditangkap agar tidak menurun. Kacang dan tahi kambing digunakan agar suaranya cepat keluar dan burung cepat jinak.
Untuk memastikan kecantikan burung peliharaan agar tidak rosak beberapa perkara perlu diberi perharian iaitu;
1. Burung yang baru ditangkap hendaklah diletakkan ke dalam sangkar yang bertutup. Pastikan burung tersebut adalah burung yang benar-benar berkualiti semasa ia ditangkap agar tidak membuang masa.Sangkar burung ini ditutup dengan kain yang nipis dan berwarna gelap agar tidak terlalu panas Burung ini dimasukkan ke dalam sangkar bertutup dalam proses untuk mengajarnya makan makanan yang diberi. Sesetengah burung yang berkualiti agak sukar untuk makan makanan yang disediakan kara dia biasa makan makanan yang dikutip di atas tanah. pastikan burung ini makan agar tidak mati. Untuk menjaga kegarangannya agar tidak menurun, tambahkanlah dengan memberi kacang hijau yang dibasahkan sebanyak 40 biji( Yang aku amalkan). Kekadang proses ini menagmbil masa selama dua minggu untuk burung ini makan makanan yang diberi.

tali kaki ketitir

 2. Setelah dipastikan burung ini makan makanan yang diberi, sediakan tali kaki yang dibuat khas untuk mengikatnya. Tali ini boleh dibeli di kedai burung. Setelah itu ambil burung yang telah makan tadi dan diikat kakinya. Setelah itu, cabut sayapnya dibahagian hujung sebanyak lima ke tujuh helai bulunya di sebelah kiri dan lima ke tujuh helai disebelah kanan. Kemudian letakkan dia di atas sangkar layang khas untuk ketitir yang boleh dibeli di kedai. Bulu sayap perlu dicabut agar kakinya tidak cedera akibat kekuatannya melompat dan terbang. Bulu yang dicabut ini biasanya akan kembali tumbuh dalam masa dua minggu. Jangan risaukan dengan bunyinya kerana bunyinya yang berkualiti akan cepat keluar. Setelah 3 atau 4 bulan  diikat kakinya bolehlah dibuka dan dimasukkan ke dalam sangkar semula. Saudara penggemar ketitir akan dapati bulu, kepala, paruh dan kepaknya tidak akan rosak setelah dimasukkan ke dalam sangkar semula. Dalam masa dua ke tiga bulan burung ini juga akan mula berbunyi dan boleh diajar untuk memikat. 

Ketitir yang baru 3 minggu ditangkap.

Saudara akan mendapati burung peliharaan saudara akan kekal cantik seperti mana ditangkap. Berikan kacang hijau yang dibasahkan  sebanyak 40 biji dua kali seminggu untuk memastikan kemenjadiannya. 

Sangkar layang yang sesuai untuk ketitir.
Selamat Mencuba.

44 ulasan:

  1. Hi ape kabar? Sy ni br nak blaja main ketitir. Nak tye skit blh. Kacang hijau tu kena rendam brape lama? Nak bg brng tu mkn suap atau die letak dlm sangkar biar die mkn sndr

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kacangnya tak perlu direndam. Basihkan kacang tu dan basahkan dengan air biasa(air hujan atau sungai)dan disuap sebiji-sebiji sebanyak 40 biji.

      Padam
  2. Kacang hijau itu tidak perlu direndam, cukup dibasahkan sahaja kemudian disuapkan. jika direndam lama, mungkin tak banyak yang boleh kita suapkan kerana kacang itu akan kembang dan menyukarkan burung untuk menelannya.

    BalasPadam
  3. Terima kasih. Skali suap agak 40biji kn, brape lama kena suap skali? Sy ingat nak suapkn denak sy, blh kn?
    Terima kasih skali lg

    BalasPadam
  4. Al'kum. Sy dr kuala kurau,Perak nak tanya kpd abg ada pikat merbok nak jual? Teringin ulangi bela brg yg telah tgl hmpir 10 thn.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika ada masa datang ke Gerik, Saya boleh tolong carikan pikatnya.Tel : Zul 0194264870

      Padam
  5. Al'kum semua,blh minta tlg cari pikat merbok yg ada qua tandang,sy teringin main blk brg yg tlh sy tggl 10 thn lalu.

    BalasPadam
  6. Terima kasih. Nak tau, brape lama mkn skali 40biji kacang hijau tu? Sy nak bg denak sy mkn, blh kn? Minta abg tunjuk ajar. Terima kasih byk2

    BalasPadam
  7. salam,
    kacang hijau 40 biji sekali bagi ke?

    BalasPadam
  8. salam,
    mohon bertanya
    kacang hijau 40 biji sekali bagi ke?
    atau hari 5 biji esok 5 biji lagi dan seterusnya
    berapa kerap kena bagi makan kacang hijau

    BalasPadam
    Balasan
    1. kacang hijau diberi 40 biji sekali disuapkan. Jika tuan ada pikat tua yang dah kurang bunyi dan boleh main satu dua laman aja cuba berikan kacang hijau ni..tengok perkembangannya....pengalaman saya...lagi tua lagi hebat...

      Padam
  9. Salam..40 biji kacang tu bg skali jalan ke, bg sikit2..maksudnya ikut jam ke?

    BalasPadam
  10. 40 biji kacang disuapkan sebiji-sebiji sebaik-baiknya waktu malam. Berikan 2 kali seminggu. Saya biasa berikan pada malam Selasa dan malam Jumaat. Mandikan pikat selepas memberinya kacang. Jika ada masa jemurkan dia esoknya sehingga 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

    BalasPadam
  11. pertua sgt bernilai terima kasih cikgu salam kenal rahmat dari kedah ^_____^

    BalasPadam
  12. pertua yg sgt bernilai untuk org baru yg mcm saya terima kasih cikgu salam kenal rahmat dari kedah (^____^)

    BalasPadam
  13. Balasan
    1. buat malu aja kat otai azmi..untuk adik-adik yang baru belajar sikit-sikit ada la kot boleh pakai.

      Padam
  14. Balasan
    1. jarang turun padang dah..sibuk...sesekali ada lah pak su dee...tuan lebih arif..

      Padam
  15. salam paksu.mmg terbaik perkongsian ilmu tersebut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sesame kita berkongsi pengalaman dan pengetahuan utk kembangkan lagi warisan ini.

      Padam
  16. wah..bole la lepas ni mcm mana nak jinak kan burung ketitir 7 ekor yang adik dapat pukat .. berbunyi tapi mcm tak lepas ja .. esok teman beli kacang hijau bagi makan .. nak tengok ok ka tak suara nya ... tq admin

    BalasPadam
  17. Salam nak tumpang tanya....kat kawasan gerik ada tak anak dara lawa lawa...dan satu lagi nak cari merbok tandang gagap????sekian terimakaseh....orang parit.

    BalasPadam
  18. Sila sertakan gambar saudara yg plg hensem. Nama dan alamat tetap, salinan bil letrik dan air dan keturunan saudara supaya saya tidak tersalah pilih gadis camel untuk saudara.

    BalasPadam
  19. salam.. tumpang tanya boleh. saya ada bela ketitir juga, tapi liar sikit la, kadang2 ja bunyi, burung saya bunyi wktu pgi tengahari dan nk ptg sikit. saya ada juga la bagi kacang hijau baru2 ni, tpi saya rendam semalaman.. xapa ke, boleh x kalau bagi kerap2 kacang hijau.. lagi satu saya beli di kedai haiwan, saya letakkan dlam sangkar yg terbuka. brung saya boleh makan n minum sendiri, adakah saya patut tutpkan kain yg nipis dekat sangkar saya tu, saya bela bru 5,6 ari lps.

    BalasPadam
    Balasan
    1. selalu beri kacang hijau sebagai makanan tambahan supaya dia sihat dan rajin berbunyi. boleh ditutup atau dibiarkan sahaja. tiada apa-apa perbezaan.

      Padam
  20. salam. saya nk tanya sikit saya ada juga bela burung ketitir tpi kadang2 ja bunyi, bunyi pon di wktu pgi tghari nk ptg sikit.. burung saya agak liar sikit. saya beli kat kadai haiwan, ada kah saya patut menutupnya dgn kain nipis, but why burung saya pandai mkn sndri, saya bru ja beli dlm 5,6 hari yg lps, saya ada juga bagi mkn kacang hijau baru2 ni. tak apa ke bagi kerap2.. sekali mkn kacang hijau 40 biji xpa ke..

    BalasPadam
  21. Sdr Adha Tahir, saya cadangkan saudara mengikut petua di atas kerna sdr akan lihat hasilnya lebih cepat. Tentang memberi kacang hijau tu kalau kerap bagus juga tetapi tak perlulah sebanyak 40 biji jika diberi setiap hari.

    BalasPadam
  22. saudara2 sekalian. saya ingin tanya soalan saya ada beli pil laras hati n sangkar baru.. utk burung merbuk saya, sebelum saya suapkn pil tu saya mandikn dlu, pastu bru suapkn pil tu 3biji. lps bgi pil tu terus saya masukkn ke dlm sangkar bru tu, utk maklumat saudara saya sekali gus mengubah tempt gantung brung saya.. so apa yg perlu saya lakukn but burung saya x mau bunyi pulak dah... heyran suggh.. ahhhh ada satu soalan lagi burung terkukur saya haram x mau bunyi dah beli 3mggu, bab saya persan ada bulu nk tumbuh pastu ekoq dia xdak.. bunyi apa lngsung x, mcm nk ambik sembelih ja burung tu.... please reply ok, saudara2 sekalian..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memelihara tekukur dgn ketitir perlukan kesabaran. dia akan berbunyi sendiri, mungkin seminggu lagi, mungkin sebulan lagi atau mungkin setahun lagi...jadi bersabarlah..

      Padam
  23. Salam sejahtra,, sy budak baru,, sy ada 4 ekor burung merbuk, 2 sy ambik dari sarang waktu masih kecil dan 2 lagi sy ambik dari kwn yg dia tangkap gunakn pukat, yg masalh nya, 2 ekor burung yg sy dpat dari kwn sy tu,, dlm masa 1 bln haram nak bunyi,, tp selepas sy guna tip yg awak beri dlm masa 2 minggu alhamdulilah burung 2 ekor yg tak pernah bunyi, dah bunyi,, tp bunyi masih kurang kuat, cuma dia punya bunyi panjang,,, apa2 pun makasih banyak sbb tip dan info awk ye,,, tak menyesal sy beli kacang hijau 1 kilo hahahah,,, makasih banyak2

    BalasPadam
  24. Cuma masalah skrg, sy tak tahu nak membezakn yg mana jantan yg mana betina, blh tunjuk ajar ckit,, ^_^

    BalasPadam
  25. salam,,saya anak baru belajar ni,,kononya berjinak2 dgn merbok ni,,lan dri setiawan,,burung (saya) merbok dlm jebak berat mulut nak derak bilamana BH dekat, ada kata orang "bagi hati burung damak baru ia derak" kalau hati sikap belalang boleh jg ka,,kalau boleh mentah ka masak,,tolong bagi kemen sifu2 terhormat,,

    BalasPadam
  26. Maaf saudara yang bertanya. Lama saya tak masuk blog. Tentang merbok sdr tu susah saya nak komen kerana tengok pikat duhulu baru boleh buat pertuduhan. Tentang memberi hati damak tu memang petua orang lama. Kalau sebelah sini susah nak dapat burung damak. Tapi sebelah setiawan banyak burung damak. Saya pernah dapat seekor kebetulan dia terjun kat angga. Hatinya diambil dan diberi mentah2 kepada pikat. hasilnya kurang memberangsangkan tidak seperti yang diceritakan oleh orang-orang lama.

    BalasPadam
  27. Salam...sy baru bljr main brung..cuma nk tnya knp brung sy yg galak tiba2 suaranya serak n hilang....wlau cmne pun brung sy ttap galak nk bunyi dgn suara xkuar..tlg beri tips cme nk bg suaranye ok smula n cmne leh jd cmtu...k tq...

    BalasPadam
  28. 1. masukkan pokok asing dlm bekas air minumannya.
    2. suapkan 3 helai daun rumput tahi babi selama 3 hari.
    3. berikan daun hempedu bumi.
    4. masukkan tahi lembu yg baru ke dalam bekas minuman waktu pagi dan buang waktu petang. ulang selama 3 hari.
    5. berikan daun ati-ati selama 3 hari.
    pilih salah satu di atas untuk memulihkan suara dan kesihatan burung. selamat mencuba.

    BalasPadam
  29. saya akan cuba petua kacang hijau tu terima kasih

    BalasPadam
  30. petua ni boleh digunakan utk terkukur ke? t kasih

    BalasPadam
  31. salam...petua ni boleh digunakan utk terkukur ke? t kasih

    BalasPadam
  32. Salam... mencabut bulu sayap 5 ke 7 helai dari bahagian mane di mulakan?(bahagian ketiaknyake?)

    BalasPadam
  33. Salam.... petua memberi terkukur mkn kacang hijau ni diberi pada waktu tertentu atau ada waktu tertentu... maksud saya hari n pukul berapa

    BalasPadam
  34. Salam,tekukur sya bila kat umah x henti kokoknya bila dibawa lapangan,padang@taliair terus bisu walau ada yg liar panggil,kenapa jadi begitu,nak buat camna bagi berani balik lawan spt di rumah

    BalasPadam