24 Jun 2011

Kuala Rui.

Pagi ini ada tugas wajib yang perlu dilaksanakan. Harapan untuk ke Felda Papulut pun tidak kesampaian. Esok juga tidak kerana tugas wajib masih perlu dilaksanakan. Inilah kehidupan.
Walaupun begitu aku masih dapat menggunakan ruang yang ada ditengah-tengah kesibukan. Pagi ini sambil melaksanakan tugas, aku mengambil kesempatan untuk memasang pikatku. Ada dua ekor BH yang menjadi idamanku. Seekor BH bersuara kasar dan banyak berderak dan seekor lagi bersuara sederhana tetapi ada qua tandang.Dah lama aku berangan-angan untuk mencuba nasib.  
Pukul tujuh setengah aku menjengah kelokasi. Suasana riuh rendah dengan BH yang meratuh diatas pokok. Walaupun semalam hujan, tetapi suasana yang cerah hari ini cukup memberangsangkan.
Aku memilih angga dahan mati di sepohon pokok yang kulihat selalu dihinggapi BH yang aku idamkan itu.
Hari ini pikatku cukup galak. Belum siap dipasang dah mula meracau.Kebetulan pula BH idaman ada berhampiran. Kelam kabut aku dibuatnya. Setelah siap dipasang, aku beredar agak jauh namun pikat dapat dilihat dengan jelas.
Tidak beberapa lama kemudia BH kelihatan melayang masuk. Berderak dan meniti dahan ke hulu kehilir. Sebentar kemudian kelihatan seekor lagi BH melayang masuk mendekati pikatku. Kuamati betul-betul rupa-rupanya pasangannya. Pikat terus meratuh dan berderak berselang seli namun BH tidak juga mahu terjun.Masih melompat dari ranting ke ranting.tiba-tiba berdesuppppp... penampar pantas jatuh..rupanya dia ekor merbah kunyit  yang kecil bercakaran diatas angga. BH bertempiran lari... geram aku...
Aku segera berlari kesana dan memasang semula penampar jebak dan mengubah sedikit kedudukan angga. Selepas dinaikkan pikatku terus berkerja memanggil dan memanggil.. tidak beberapa lama kemudian kelihatan BH yang tadi bertempiaran lari menjengah semula ke dahan mati tersebut. Meniti sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Pikat terus berderak dan meratuh. Hari ini tidak kedengaran dia melepaskan tandannya.
Setelah berderak dan meratuh berulang kali akhirnya BH yang ada qua tandang tu terjun juga ke angga. Berdesup penampar jatuh...hee ..dapat juga akhirnya engkau yee... 
Ake cepar menerpa dan mengambilnya lalu memasukkannya ke dalam uncangku. Kupasang lagi pikatku ditempat yang sama. tidak bertempoh pikatku terus berkerja. Semakin marah dia bila semakin banyak BH yang meratuh merata-rata. Mungkin cuaca agak sejuk hari ini walaupun terang.Pikatku terus berkerja. Memanggil dan memanggil. Tidak lam kemudian kelihatan BH ersuara kasar meyang masuk ke dahan mati tempat pikatku dipasang.
Pikat terus bederak dan meratuh berselang-seli. BH bersuara kasar gelisah.Melompat dari ranting ke ranting. Berderak dan menggelengkan kepalanya. Pikat terus berdera....akhirnya...bedebus....BH bersuara kasar turjun ke angga. Aku segera menurunkannya agak rendah untuk mengambil gambar...

Walaupun BH masih tersangkut di sana, pikatku tidak menghiraukannya. Dia terus sahaja memanggil lagi BH yang meratuh diatas pokok yang tidak jauh dari situ. Kerana ia masih belum puas dan memanggil-manggil aku terus sahaja mengambil BH yang baru mengena dan memasangkannya di tempat yang sama.

video
Pikatku terus berkerja lagi dan lagi...namun BH tidak mahu hampiri. Lalu aku pun memindahnyanya ke pokok yang lain pula.Aku memilih pokok teja di hujung padang.Ada seekor BH yang sederhana sedang meratuh di sana. Ku naikkan pikatku dengan menyangkut disebatang dahan yang menjuntai ke bawah.Pikatku seperti biasa. Tidak menunggu lama terus berkerja.Sejurus kemudian kelihatan seekor BH melayang masuk ke pokok tersebut. Aku tidak dapat melihatnya kerana pokok itu rendang berdaun lebat cuma deakan dan suaranya sahaja kedengaran mengancam pikatku. Pikatku pun apa lagi bederak bertubi-tibi. Taklama kemudia terdengar libasan penampar jebakku..ternyata seekor lagi mengena.Aku terus sahaja menurunkan pikatku kerana tugasku perlu disambung.....

Bulunya cantik dan paruhnya pendek.

Cukup untuk hari ini...

19 Jun 2011

Kilang Papan Bersia

Telah lama tak ambil peduli dengan pikat. Kesibukan dengan tugas menjadi penyebab. Tugas besar yang memerlukan perhatian telah berkurangan semasa cuti sekolah yang baru berlalu. Kini akan banyak masa terluang untuk kembali aktif.
Pada Ahad minggu lepas aku mula memanaskan pikat. Aku bersama Syukur ke Kg Bersia Lama... satu lokasi baru ditemui oleh Syukur.Banyak  BH bersuara kasar dan banyak deraknya. Aku agak terujar kerana dah lama tak turun ke laman. Pikatku masih tidak menghampakan. BH bersuara kasar masuk karung. bakal berpindah tangan kepada Maani kerana pikatnya dah habis mati dimakan burung malam.

Semalam aku turun lagi ke beberapa lokasi. Namun cuaca redup dan BH tidak segalak seperti biasa... dan yang datang  melayan pikat tidak mengghairahkan. Aku balik kosong sahaja.

Hari ini selepas subuh Mail menghubungi aku untuk ke lokasi yang dijanjikan. Aku agak lewat ke sana kerana seekor BH baru yang bersuara kasar sudah beberapa hari berkeliaran disekitar rumahku. Aku cuba pasang pikatku namun nyata dia tidak mahu menghampiri.
Aku ke Kilang Papan agak lewat. Hampir pukul 9.30 baru aku tiba dilokasi. Setiba disana aku dapati Mail, Suhaimi, Baha dan Ah Cai sudah lama memasang pikat  dan BH sedang meratuh diserata tempat. Namun tiada yang menghampiri pikat. Mungkin lokasi ini adalah lokasi yang sering dikunjungi oleh pemikat. Setelah meninjau ke sana sini akhirnya aku memilih angga berhampiran sepohon pokok bunga kertas setinggi lebih kurang empat kaki sahaja yang kukira akan disingga oleh BH jika ada rezeki. Setelah pikat dipasang aku kembali melepak bersama teman-teman yang lain. Sambil berbual-bual mata liar memerhati BH dan telinga dipasang mengecam derak BH jika ada yang mengancam. Beberapa mini berlalu aku dapati pikatku membisu. Tidak seperti selalu. Kukira pasti ada musuh yang sedang mengintai. Tapi kata Baha "tak apa". Dari jauh aku lihat pikat ku menggelupur didalam jebak. Rupanya seekor kucing sedang mengintai dari bawah. Aku terus berlari.... lalu memindahkanpikat ku ke sepohon pokok kipas sumatera......

Hari ini hari minggu, kilang tidak beroperasi. Suasana tidaklah sebising selalu. Bolehlah mendengar bunyi BH meratuh di sana sini.
Mail (berbaju merah )dan Suhaimi dengan pikat mereka, kaki baru dalam memikat ketitir. Selamat datang ke dunia ketitir. Nampak penuh semangat... mudah-mudahan banyak menjaring nanti...Lokasi: Kilang papan RKT Bersia.

Kami melepak di sekitar kilang sehingga lebih kurang pukul  11.00 pagi. Namun tiada hasil. Mail dan Ah Cai mengajak pindah ke lokasi yang lain pula. Kami bersetuju untuk ke padang sekolah RKT Bersia. Ketika mereka sudah bergerak ke lokasi tersebut, aku masih menunggu kerana pikat ku baru diubah kerana gangguan sikucing. Aku menunggu untuk memastikan yang pikat aku tetap berbunyi seperti biasa walaupin telah diterjah dek sang kucing.Kedengaran BH maratuh tidak jauh dari situ. Pikatku menyahut seperti biasa. Lega rasanya ....
Beberapa minit selepas mereka bergerak, kelihatan seekor BH masuk ke pokok Kipas Sematera tempat ku menaikkan pikatku.Pikatku seperti biasa bila ada BH yang datang dia terus berderak dan meratuh bersilih ganti.Setelah berderak berulang kali akhirnya BH turun ke angga dan ... masuk karung seperti biasa.

Setelah pikat diturunkan dan BH dimasukkan ke karung aku pun bergerak ke Padang SK RKT Bersia. Setibanya aku di sana teman-teman mengajak pindah lokasi. Kami ke kawasan perkuburan RKT Bersia.Namun suasana senyap dan sunyi kerana tiada BH. Kami akhirnya diajak oleh Mail ke kebun kelapa sawit berhampiran Kg Bongor.

video
Suasananya pun masih sama. Kami memilih lokasi masing-masing. Sekor BH meratuh di atas pokok tetapi tidak mahu menghampiri pikat. Setelah puas meninjau akhirnya kami melepak dan bercerita hingga jam mencecah ke pukul 1 petang. Tiada hasil yang diperolehi. Kami pun bergerak pulang.. dan singgah diwarung untuk membasahkan tekak. Sembang-semabang akhirnya aku pun pulang dan teman-teman lain singgah di rumah Syukur untuk teruskan cerita.

15 Jun 2011

Petua Baru Menjinakkan Ketitir

Minggu lepas aku berkesempatan bekunjung ke rumah Otai Syukur di Kampung Bersia. Lama tak turun ke laman. Kebetulan pula ada masa terluang. Sembang punya sembang dia bawa cerita baru. Katanya minggu sebelumnya ada seorang otai ketitir dari Pahang berkunjung ke rumahnya. Otai yang tidak dikhabarkan namanya itu memberi petua baru cara menjinakkan ketitir yang baru diperolehi.      
       
               Kata Otai itu untuk menjinakkan ketitir ada petua mudah. Ambil sebiji tahi kambing. Masukkan ke dalam bekas minum burung tersebut. Salin airnya selepas 3 hari dan ulang seperti semula dengan memasukkan sebiji tahi kambing ke dalam air minumnya. Katanya dalam 6 bulan ketitir itu akan bisa dijadikan pemikat. Itulah petuanya.
 
              Aku belum cuba dan Syukur sedang mencubanya. Maklumbalas yang diberikan ada kebenarannya kerana ketitir yang baru diperolehi beberapa minggu yang lalu telah kelihatan jinak dan mula meratuh. Saudara peminat ketitir sekalian boleh cuba dan maklumkan jika ada kesan.... betukar-tukar maklumat apa salahnya dalam mencuba petua yang diberikan oleh otai dalam permainan ini.