Telah lama tak ambil peduli dengan pikat. Kesibukan dengan tugas menjadi penyebab. Tugas besar yang memerlukan perhatian telah berkurangan semasa cuti sekolah yang baru berlalu. Kini akan banyak masa terluang untuk kembali aktif.
Pada Ahad minggu lepas aku mula memanaskan pikat. Aku bersama Syukur ke Kg Bersia Lama... satu lokasi baru ditemui oleh Syukur.Banyak BH bersuara kasar dan banyak deraknya. Aku agak terujar kerana dah lama tak turun ke laman. Pikatku masih tidak menghampakan. BH bersuara kasar masuk karung. bakal berpindah tangan kepada Maani kerana pikatnya dah habis mati dimakan burung malam.
Semalam aku turun lagi ke beberapa lokasi. Namun cuaca redup dan BH tidak segalak seperti biasa... dan yang datang melayan pikat tidak mengghairahkan. Aku balik kosong sahaja.
Hari ini selepas subuh Mail menghubungi aku untuk ke lokasi yang dijanjikan. Aku agak lewat ke sana kerana seekor BH baru yang bersuara kasar sudah beberapa hari berkeliaran disekitar rumahku. Aku cuba pasang pikatku namun nyata dia tidak mahu menghampiri.
Aku ke Kilang Papan agak lewat. Hampir pukul 9.30 baru aku tiba dilokasi. Setiba disana aku dapati Mail, Suhaimi, Baha dan Ah Cai sudah lama memasang pikat dan BH sedang meratuh diserata tempat. Namun tiada yang menghampiri pikat. Mungkin lokasi ini adalah lokasi yang sering dikunjungi oleh pemikat. Setelah meninjau ke sana sini akhirnya aku memilih angga berhampiran sepohon pokok bunga kertas setinggi lebih kurang empat kaki sahaja yang kukira akan disingga oleh BH jika ada rezeki. Setelah pikat dipasang aku kembali melepak bersama teman-teman yang lain. Sambil berbual-bual mata liar memerhati BH dan telinga dipasang mengecam derak BH jika ada yang mengancam. Beberapa mini berlalu aku dapati pikatku membisu. Tidak seperti selalu. Kukira pasti ada musuh yang sedang mengintai. Tapi kata Baha "tak apa". Dari jauh aku lihat pikat ku menggelupur didalam jebak. Rupanya seekor kucing sedang mengintai dari bawah. Aku terus berlari.... lalu memindahkanpikat ku ke sepohon pokok kipas sumatera......
Hari ini hari minggu, kilang tidak beroperasi. Suasana tidaklah sebising selalu. Bolehlah mendengar bunyi BH meratuh di sana sini.
Mail (berbaju merah )dan Suhaimi dengan pikat mereka, kaki baru dalam memikat ketitir. Selamat datang ke dunia ketitir. Nampak penuh semangat... mudah-mudahan banyak menjaring nanti...Lokasi: Kilang papan RKT Bersia.
Kami melepak di sekitar kilang sehingga lebih kurang pukul 11.00 pagi. Namun tiada hasil. Mail dan Ah Cai mengajak pindah ke lokasi yang lain pula. Kami bersetuju untuk ke padang sekolah RKT Bersia. Ketika mereka sudah bergerak ke lokasi tersebut, aku masih menunggu kerana pikat ku baru diubah kerana gangguan sikucing. Aku menunggu untuk memastikan yang pikat aku tetap berbunyi seperti biasa walaupin telah diterjah dek sang kucing.Kedengaran BH maratuh tidak jauh dari situ. Pikatku menyahut seperti biasa. Lega rasanya ....
Beberapa minit selepas mereka bergerak, kelihatan seekor BH masuk ke pokok Kipas Sematera tempat ku menaikkan pikatku.Pikatku seperti biasa bila ada BH yang datang dia terus berderak dan meratuh bersilih ganti.Setelah berderak berulang kali akhirnya BH turun ke angga dan ... masuk karung seperti biasa.
Setelah pikat diturunkan dan BH dimasukkan ke karung aku pun bergerak ke Padang SK RKT Bersia. Setibanya aku di sana teman-teman mengajak pindah lokasi. Kami ke kawasan perkuburan RKT Bersia.Namun suasana senyap dan sunyi kerana tiada BH. Kami akhirnya diajak oleh Mail ke kebun kelapa sawit berhampiran Kg Bongor.
Suasananya pun masih sama. Kami memilih lokasi masing-masing. Sekor BH meratuh di atas pokok tetapi tidak mahu menghampiri pikat. Setelah puas meninjau akhirnya kami melepak dan bercerita hingga jam mencecah ke pukul 1 petang. Tiada hasil yang diperolehi. Kami pun bergerak pulang.. dan singgah diwarung untuk membasahkan tekak. Sembang-semabang akhirnya aku pun pulang dan teman-teman lain singgah di rumah Syukur untuk teruskan cerita.
tahniah bang... pikat baik tetap tak menghampakan tuan.... weldone!
BalasPadampower tu
BalasPadamTq.Boleh la buat penyejuk hati...heee
BalasPadam