19 Mei 2013

Kocak Gondang Air Pulau.

Minggu lepas dalam perjalanan balik dari memburu BH yang gagah, aku bersama Kori meronda lokasi baru untuk memburu. Dipendekkan carita Kami telah ke sebuah perkampungan di pedalam yang terletak antara Lawin ke Gerik. Air Pulau itulah lokasinya. Kami sempat meninjau lokasi ini. Memang banyak BH yang bersuara kasar. Keistimewanya di  lokasi ini  terdapat banyak ketitir yang bersuara kocak gondang. Mungkin belum ada pemikat yang menerjah ke lokasi yang tersorok ini. Kami tidak berhajat untuk memburu kerana Kori perlu bergegas balik untuk menghadiri majlis kenduri perkahwinan anak saudaranya di Baling.

           Minggu ini, dari awal lagi kami merancang untuk ke lokasi di Air Pulau ini. Aku bersama Kori, Pak Ya, Mail Serama dan Pak Karim  dari awal lagi merancang untuk ke sana. Seawal 7.30 pagi kami bertolak ke lokasi ini. Apabila tiba di lokasi ini, segala hiruk-pikuk  selepas  PRU13 luput begitu sahaja. Biarlah ketidak puasan hati dengan keputusan PRU13 dengan dakwaan penipuan, lampu terpadam, pengundi hantu, tsunami cina dan sebagainya diurus oleh mereka yang bertanggungjawab. Sebagai rakyat biasa yang hanya memiliki satu undi ini kita teruskan kehidupan kita. Bagi geng pemikat, BH yang gagah bersuara kasar dan merdu perlu diburu. Inilah aktiviti yang kita gemari.

               Kori dan Pak Ya memilih angga di pokok durian dan pokok getah yang menjadi lokasi BH bersura kasar dan kocak gondang. Aku menyiapkan pikat dan terus melangkah ke lokasi  di ladang getah yang baru di tanam. Sayup mata memandangnya. Namun kedengaran riuh rendah BH meratuh di sana sini. Aku meneruskan langkah dan memilih angga di sebatang anak pokok getah setinggi empat kaki. Aku melabuhkan pikatku di sana. Pak Ya dan Kori jauh dari lokasiku. masing-masing teruja dengan BH yang diburu.

                Seperti biasa Pikatku tidak menghampakan. Terus berkerja. Cabarannya agak lama baru disahut. Mungkin masing-masing sibuk mematuk untuk mengalas tembolok yang kosong. Namun pikat yang kekenyangan dengan bijian kacang hijau yang kusumbatkan malam semalam tak perlu masa untuk makan. Walaupun bekas air dan sambau yang dibuat dari bola ping pong berisi penuh, ia tidak kalut untuk mematuk. Inilah perangainya sejak lima tahun dulu. Bila ke laman, tak peduli nak makan dan minum. Asyik riuh mencabar lawan. Kecil, besar, tua, muda atau BH bersuara kasar,bertandang, berderak lapis tidak dipeduli. Yang penting lawan. Jika tak disumbat biji kacang, lima - enam laman kelihatan tidak bermaya. Tak larat nak berbunyi dah. Kekadang gu berdepan pun dah tak peduli. Tapi jika disumbat dengan empat puluh biji kacang hijau, sudah pasti hingga ke petang tak jadi masalah. Marilah  BH sehebat mana sekali pun tetap berdepan dengan gagahnya.

            Berbalik kepada kacang hijau, pengalaman semasa bermain merbuk siam dahulu cukup bermakna. Jika tak diberi kacang sebelum bertanding, sudah pasti sang merbuk tak begitu bertenaga. Dua pusingan dah jatuh suaranya. Kongnya dah hilang, umbinya klau ketek ketek ketek kong dah jadi wau pet pet pet wong. Semakin lama makin pudar. Begitu jugalah dengan pemikat. Sesetengah rakan pemikat tidak peduli kesihatan pikat mereka. Walaupun pikat yang hebat tetapi hanya bergantung kepada sambau campur sahaja belum memadai. Kerna jika di hutan berbagai makanan yang dia dapat. Sesetengahnya pula hanya memberi sekitar tujuh atau lapan biji kacang hijau sahaja. Namun pengalaman bermaian selama tiga empat hari berturut-turut yang penah dilalui membuktikan bahawa jumlah empat puluh biji kacang yang diberi cukup untuk menjamin tenaga pemikat untuk berentap di hutan.Jika rakan-rakan pemikat ingin melihat perbezaannya boleh mencuba dan lihatlah hasilnya.

Berbalik kepada pemikatku tidak beberapa lama  selepas itu BH pertama tumbang. Aku bergegas mengambilnya. Tak pasti bagaimana suara dan permainannya. Aku memindah pikat ke angga anak getah yang lain pula. Dua, tiga dan empat BH tumbang. Jam menunjukkan 10.00 pagi. Perut dah mula keroncong. Inilah akibat kalau tidak mengisi perut terlebih dahulu. Aku bergegas ke lokasi Kori dan Pak Ya. Kori minta tunggu sebentar kerana BH sedang berentap. Namun BH bersuara kasar masih gagal ditumbangkan. Kami keluar ke pekan Lawin untuk mengalas perut.

 
BH pertama tidak diketahui suara dan permainannya.

 
 BH ke2, Gondang agak kasar.
 
 
Gondang ke3

 
Gondang ke4 kasar

 
 Ke4
 
Setelah perut dialas, Kori mengajak mencari lokasi baru. Pak Ya tidak ikut kerna ada urusan. Kami berdua terus mencai lokasi baru. Akhirnya Kami sampai di Tapak Semaian Lawin Utara. Jam hampir 12.00 th. Lokasi agak menarik. BH kedengara meratuh menyambut ketibaan kami. Aku memilih lokasi berhampiran pagar tapak semaian. Kori menuju ke pokok kelapa sawit tidak jauh dari situ.
                 Seperti biasa tidak lama selepas itu BH pertama menjunam di lokasi ini. Aku bergegas mendapatkannya dan memilih angga baru. Namun BH tidak mahu melawan lagi selepas itu. Akhirnya kami balik dan menamatkan meburuan untuk hari ini.
 
 
BH ke5  Tapak Semaian Lawin Utara.

video
Lokasi Air Pulau Lawin.

2 ulasan:

  1. Bang, boleh upload contoh sora kocak gondang, qua tandang dan lain-lain istilah bunyi. Nak belajar nih. haha

    BalasPadam
  2. Saya akan cuba rakam dan uploadkan untuk dikongsi bersama. Untuk makluman rakaman qua tandang sukar dibuat.Kocak pula tak dapat sepenuhnya.

    BalasPadam