09 September 2012

Sehari Bersama Pak Teh Mid Dalam Wang Baling, Kedah

Sabtu, 8/9/2012 setelah janji diatur aku bersama-sama otai Gerik dan Otai Baling berkesempatan turun ke Chemur, Ipoh sekali lagi untuk mencuba nasib.


6.15 pagi mula bergerak dari Gerik.
 
 
Sebelum ke laman, kami berhenti di sebuah kedai makan untuk mengalas perut.Kalau dah ke lama nanti dah tak ingat nak makan....

 
 

BH pertama mencecah jaring.
 
Seorang sahabat dari Ipoh teruja dengan ketitir.
 
 
Baru mula memasang pikat dan mendapat hasil pertama, cuaca berubah wajah. Mendung diikuti hujan. Kami bertempiaran lari bencari perlindungan. BH ketitir dan Tekukur yang tadi menyahut garang hilang entah ke mana. Tidak beberapa lama selepas itu hujan mula berhenti namun cuaca masih mendung. Kami berlegar mencari sasaran namun ternyata tiada lagi yang mahu menyahut cabaran. Puas kami meronda akhirnya terpaksa berehat untuk mengalas perut.
 
Rupa-rupanya Pakteh Nat Ali dan Pakteh Mid dari awal lagi dah berjanji untuk membawa bekal. jadi kami pun apa lagi...menjamu selera sambil berbual panjang tentang hari hujan dan BH yang tidak mahu melawan.

video
 


Janji perut berisi.

Senyum tawa memenuhi kemeriahan memikat kali ini walaupun BH tidak melawan.

Jangan malu dan segan. banyak nasi dan lauknya...eeee 

Bermacam cerita sambil mengisi perut.....

Otai Gerik tetap sabar....
 
 

Laman terakhir --- bersantai sambil menunggu BH turun ke racik....
 
Hasil : 4 ekor untuk hari ini...buat penyejuk hati...
Lain kali datang lagi...............

08 September 2012

Jambul

Seekor Merbah Jambul yang cantik dan galak telah datang bermain di sekitar rumahku. Namun sayang gagal ditangkap... tak ada rezeki.
 
video



02 September 2012

Lawin Utara

Bersama Otai Pak Ya ke Felda Lawin Utara mencuba nasib. Seekor BH Kasar ( A+) Kocak Gondang menjadi sasaran.

Lokasi : Persekitaran padang SK Felda Lawin Utara.
Masa   : 8.30 pg - 10.30 pagi.
Hasil : 2 ekor ketitir Pertama : Suara C(lain diburu lain yang dapat)
                                  Kedua : Suara A.(cantik)

Angga: Pokok Teja.

 
BH bersuara C menerjah jaring akhirnya setelah beberapa kali angga diubah.
 

Lokasi ke2

Felda Lawin Utara.
Kategori : Suara A (Banyak derak)
Gaya melawan: Banyak menunggu sambil berderak. Baik sebagai bakal pikat.

 
Angga : Pokok Sentang muda.


 

 

 
 
Selepas Bh dimasukkan ke dalam uncang..kami pun balik.... cukup untuk hari ini....BH yang disasarkan masih gagal dibawa balik. Sasaran akan datang Naga Seru... di mana dikau...

01 September 2012

Hadiah Hari Lahirku.

Hampir sebulan cuti tidak turun memikat. Setelah puas menyambut raya dan puasa sunat syawal yang masih belum terpenuh lagi, keinginan untuk menjengah laman terus menghantui diri.Hari ini  1 September Hari yang bermakna bagiku dan jiranku juga mengadakan majlis kenduri perkahwinan anak perempuannya. Pengurusan majlis telah diserahkan kepada saudara maranya yang terdekat. Kami yang tinggal sekampung hanya sekadar tumpang memeriahkan majlis sahaja.
8.00 pagi setelah sarapan aku memenuhi hasratku untuk ke laman kerna majlis kenduri telah ada yang menguruskannya. Aku ke Kuala Rui dengan hasrat untuk cuba menjaring BH yang telah bertahun gagal dipikat.Bukan aku sahaja yang gagal, otai-otai Gerik dan dari luar juga gagal menjaringnya. Mungkin terlalu cegar agaknya.
BH yang diidamkan ini bersuara kasar ( A) , banyak deraknya dan ada qua tandang. Inilah yang membuatkan ramai  yang tergila-gilakannya.
Aku ke lokasi permainan BH itu. Setelah diamati aku fikir mungkin ada rezeki jika aku memasang pikat di atas  pelepah pokok kelapa gading berhampiran rumah nyonya cina yang tidak jauh dari situ. Angga ini telah lama aku fikirkan kerna aku selalu melihat kelibat BH ini di sekitar pokok itu.
Aku tidak berikir panjang dan terus memasang pikat di atas pelepahnya.
 
Seperti biasa pikat tidak menunggu lama. Belum siap dipasang dah berkerja...jaga tuannya....
Tak lama dia memanggil, BH yang diidam menyahut dari tepi jalan sambil menatuk pasir... sebentar kemudian terus mengepak menuju ke arah pikatku.
Apa lagi makin ditubinyalah bila melihat kelibat gu tidak jauh dari situ. Sebentar kemudian aku mendengar beberapa derakkan tajam. Tak pasti aku pikat atau BH kerna ada gangguan dari belakangku oleh seorang sahabat yang datang untuk menyahut ikan loma kerna sekarang musimnya. Bengang juga kerna sedang asyik diganggu sebegitu.
Sebentar kemudian suasana senyap. BH dan pikat yang sedari tadi tidak berhenti meratuh dan berderak sudah senyap. Aku  bingkas bangun dan meninjau jebak yang di pasang. Wah... kelihatan seekor BH telah sangkut di jaringnya....aku terus menerpa....
 

 
Agak cantik BHnya hampir seiras dengan pikatku. Aku terus mencapai uncang dan memasukkannya. Setelah itu aku pun terus pulang. Cukuplah hari ini berjaya menjaring BH yang lama diburu. Akhirnya mau juga dia ke rumah aku....jom balik makan kenduri...