20 Mac 2011

Pilih Yang Berkualiti

Setelah beberapa kali berjanji akhir aku dapat juga menepuh pengalaman bersama orang lama ketitir Gerik. Sejak seminggu yang lalu aku mula mengatur janji untuk pergi memikat ketitir bersama Pateh Mat Ali namun ada sahaja halangan.Akhirnya selepas subuh pagi tadi aku menghubungi Pak Teh untuk mengajaknya turun ke laman membawa pikat ketitir. Alhamdulillah Pak Teh ada kelapangan pada hari ini.Kebetulan pula isterinya tiada di rumah kerana menemankan anak perempuannya di Ipoh kerana menantunya tiada di rumah.

Pak Teh Mat Ali mula memikat sejak Tahun 1957 hingga kini masih aktif.

Pukul 7.45 pagi aku ke rumah Pak Teh di Kg Tawai. Pak Teh sudah siap menunggu walaupun janjinya pada pukul lapan pagi. Katanya dia lebih selesa bersiap awal bila dah berjanji. Tanpa berlengah kami pun terus manuju ke Felda Papulut. Beberapa bulan yang lalu aku ada ke suatu lokasi di Felda Papulut atas urusan lain. Aku dapati beberapa ekor ketitir bersuara kasar dan berderak di tempat itu. Jadi aku pun mengajak Pak Teh ke lakasi tersebut.
   Setiba di sana tanpa membuang masa aku dan Pak Teh terus mencari angga yang dikira dapat mengundang BH melapan pikat. Akhirnya Pak Teh memilih belukar pokok daun tahi ayam minyak untuk memasang pikatnya. Pak Teh masih mengekalkan permainan tradisional. Tanpa menggunakan galah. Lebih mudah menjaring BH katanya.
 

Aku memilih angga sebatang pokok durian yang menjadi kegemaranku. Beberapa minit berlalu namun pikat masih membisu. Maklumlah musim yang tidak menentu. Semalam hujan lebat dan pagi ini cuaca mendung pula. Suasana di lokasi ini juga sunyi dan sepi namun aku tetap yakin BH tetap ada.


Tidak beberapa lama kemudian pikat Pak Teh mula berkerja. Pikat aku juga mula meratuh dua tiga patah tetapi tidak berterusan. Senyap sekejap kemudian meratuh lagi. Tidak beberapa lama kemudian kedengaran BH menjawab nun dikejauhan.

Mendengar sahutan BH, pikatku dan pikat Pak Teh mula meratuh. Suranya semakin meninggi. Tak beberapa lama kemudian kelihatan seekor BH masuk ke pokok durian. Suaranya sederhana sahaja. Seekor BH juka mula merapati pikat Pak Teh.Kami duduk bersama sambil mata liar memerhati pikat yang mula kepanasan.

Pikatku tidak lah seperti selalu. Agak kurang berderak hari ini. Dibiarkan sahaja BH meratuh di atas dahan. Sesekali pikat berderak panjang. Kata Pak Teh .. " Dah tak lama lagi tu terjun lah.." Benar kata Pak Teh tak beberapa lama kemudian pikatku mula berderak bertalu-talu. BH makin kepanasan akhirnya ... pelepap penampar jatuh dan BH sangkur di jaring jebak.



 Aku menurunkan jebak dan memasukkan BH yang baru diperolehi ke dalam uncang. Kedengaran pikat Pak Teh berderak bertalu talu. BH sudah beberapa kali terjun tetapi tidak singgah ke atas angga jebak juga. Akhirnya Pak Teh mengajak pindah ke lokasi yang lain kerana BH kurang menarik untuk ditunggu. Setelah menurunkan pikat dan masuk ke kereta Pak Teh mengajak aku ke Air Kala. Lokasi yang banyak ketitir.

Aku terus memandu keluar dari Felda Papulut dan menuju ke Air Kala.15 minit perjalanan kami pun sampai ke lokasi yang dituju. Pak Teh mencapai pikatnya dan aku menurut dari belakang. Suasana sunyi dan sepi. Pak Teh berasa hairan kerana lokasi tersebut memangnya banyak ketitir tetapi tiada kelibat langsung pada pagi ini. Beberapa ketika kedengaran tuan punya tanah meracun di kawasan itu. Patutlah BH tiada. Pak Teh terus mengajak aku ke Padang Grus.
Beberapa minit kemudian kami tiba di lokasi yang dipilih oleh Pak Teh.Pak Teh terus mencapai pikatnya dan terus menuju ke hujung kebun sayur tidak jauh dari tempat aku memberhentikan kereta. Pak Teh memilih belukar pokok kapal terbang untuk meletakkan pikatnya. Aku mencuba angga pokok kelapa sawit setingga 10 kaki angga yang paling tidak ku sukai kerana sukar mendapat BH.BH sedari mula kami tiba tadi riuh rendah meratuh. Lokasi ini sememangnya banyak BH berkeliaran.
Setelah pikat siap di pasang, aku  melepak di bawah pokok kelapa sawit manakala Pak Teh juga melepak di bawah pokok kelapa sawit tidak jauh dari pikatnya.
Setelah dinaikkan pikatku mula berkerja. Mungkin kepanasan sejak dari lokasi di Felda Papulut lagi. Pikat Pak Teh juga mula berkerja keras. Tiab-tiba ku lihat Pak Teh bergegas menuju pikatnya. Aku ingatkan pikatnya telah menjaring tetapi rupanya sang burung bud-bud menyerang pikatnya. Nasib baik penampar jatuh dan pikatnya sempat diselamatkan.
Akhirnya aku menurunkan pikat dan Pak Teh juga mengambil pikatnya.Pak Teh bimbang pikatnya akan membisa selepas diserang bud-bud. Kami pindah ke lokasi lain tidak jauh dari tempat itu. Pak Teh memilih angga pokok hutan dan aku memilih pokok kelapa sawit kerana ingin mencuba teknik yang diajarkan oleh Ah Cai Lenggong tentang bagaimana mahu memasang pikat di atas pelepah kelapa sawit.
Tidak beberapa lama kemudian pikat mula berkerja. Pikat Pak Teh juga mula berkerja. Walaupun baru lepas di serang bud-bud pikat Pak Teh tidak mengalah. Dia tetap berkerja seperti biasa. Itulah tandanya pikat yang hebat.Bukan calang-calang tuan yang memilihnya sedari awal.
Seekor BH mula menghampiri pikatku. Setelah meratuh dan bederak bersilih ganti, akhirnya BH terjun ke angga dan masuk ke karungku.Ku kira teknik yang diceritakan oleh Ah Cai itu boleh dicuba lagi.


Sementara itu pikat Pak Teh tidak berhenti berderak menandakan BH dah hampir. Aku menunggu dengan penuh sabar. Tidak lama kemudian pikat Pak Teh qua bertalu-talu menandakan BH dah mengena. Aku bergegas ke sana untuk mengambil gambar.Pak Teh tersenyum girang. Walaupun tidak bertiang tetapi pikat yang baik tetap tidak menghampakan tuannya.


 BH bersuara kasar dan banyak berderak masuk ke karung Pak Teh.
 Jebak ditahan di atas belukar. Tak perlukan tiang tapi tetap berbisa.
 BH akhirnya terjun juga kerana marahkan pikat.

Setelah BH masuk karung Pak Teh mengajak aku ke lokasi berhampiran SJKC Padang Grus.Kami ke sana. Pak Teh memilih angga di atas pokok limau nipis tidak jauh dari sekolah itu.Aku memilih pokok saga berhampiran sekolah. Kedengaran seekor BH bersuara kasar meratuh di sana.
Setelah pikat dipasang, aku melepak di tepi jalan tidak jauh dari situ sambil mendengar BH meratuh di hujung padang. 20 minit berlalu namun BH tidak juga hampir.Aku akhirnya menurunkan pikat dan memilih sepohon pokok durian tidak jauh dari situ. Setelah siap di pasang aku kembali ketempat aku melepak tadi. Kedengaran pikatku meratuh beberapa kali  dan berderak panjang.
Aku memerhati ke arah pikat.Namun ku dapati angga jebakku seperti jatuh. Aku terus memerhati tetapi tiak nampak. Akhirnya aku menghampirinya dan ternyata rupanya BH dah mengena. Terlalu pantas pula dia terjun ke angga.
Setelah BH masuk karung aku pindah ke lokasi yang tidak jauh dari situ sambil menunggu Pak Teh kerana jam dah hampir pukul 12 th.Pikatku mula berkerja tetapi BH tidak menghampiri mungkin sudah masa turun mengutip makanan.




Tidak beberapa lama kemudian kelihatan Pak Teh muncul dangan uncang di tangan. Aku menurunkan pikat dan kami pun terus ke Hentian R&R pekena laksa buat mengalas perut. Banyak cerita Pak Teh... akhirnya kami pun pulang dengan mebawa beberapa ekor BH yang berjaya dipikat. Kenangan memikat bersama otai sememangnya tidak dapat dilupakan. Banyak cerita pahit maung memikat ketitir sejak 1957. Masih banyak petua orang lama yang dikaji dan dipraktikkan. Makin banyak dicuba makin banyak pengetahuan tentang ketitir yang ditemui katanya.

8 ulasan:

  1. memang best.. cadang nak berkunjung ketempat en zul... jalan2.

    BalasPadam
  2. tahniah... orang lama kaya ilmu. weldone!

    BalasPadam
  3. Kecil tapak tangan padang Majlis Daerah Gerik hamba bentangkan.. sila lah kalau ada kelapangan.

    BalasPadam
  4. Tahniah....
    betul cakap bro azmi...
    Orang lama kaya ilmu.....

    BalasPadam
  5. en zul...siti dah tak de... hari ni kul 11.30 pergi meninggalkan kita. mungkin demam cos minyak yang banyak. menyesal kerana tak pandai urus dia dengan betul. Tak patut taruh minyak, cabut bulu lagi baik. tapi dah terlambat...

    BalasPadam
  6. en zul.. siti dah tak de... pergi kul 11.30 tadi. mungkin demam panas kerana minyak yang banyak. menyesal kerana tak pandai urus dia dengan betul. sekarang tak de burung lagi...

    BalasPadam
  7. Diharap Pak Su Dee dapat bersabar dan menerima ketentuanNya. Mungkin dia tidak menerima ella kat rumah kot. Apa-apa pun diharap ella dapat menjadi penggantinya yang telah pergi.

    BalasPadam
  8. kesian burung tu, dia nak bebas

    BalasPadam