Memikat di kawasan kelapa sawit adalah aktiviti yang meresahkan. Lokasi di persekitaran pokok kelapa sawit samada muda atau tua adalah lokasi yang paling tidak aku germari. Ini adalah kerana segarang manapun BH dan sebagus manapun pikat belum tentu dapat membawa hasil.
Semalam, Ahad 11.07.2011, Otai Pak Ya mengajak aku memikat ke kawasan ladang kelapa sawit di Air Ganda.Walaupun lokasi tidak aku gemari aku tetap juga pergi bersama Otai Pak Ya untuk memikat. Seorang teman pemikat Abang Saleh dari Kg Pulau Belayar yang berjanji sejak awal untuk turun rupa-rupanya tidak dapat turut serta kerana ada perkara yang terpaksa diuruskan. Akhirnya aku dan Otai Pak Ya sahaja yang turun ke Air Ganda.
Kami tiba disana lebih kurang pukul lapan pagi. Singgah diwarung pekena nasi lemak bungkus dan kopi O sebagai pengalas perut. Kami terus masuk ke kawasan ladang. Jalan tanah merah di kawasan ladang kelihatan berliku-liku. Lebih kurang 5 minit perjalanan akhirnya aku menghentikan kereta di tepi jalan yang kami kira lokasi yang agak sesuai. Ternyata banyak BH kedengaran meratuh di merata penjuru. Aku tidak pernah memikat di kawasan ini.
Otai Pak Ya terus mencapai pikat dan tiangnya dan menuju lokasi yang dia pilih. Aku berdiam diri sebentar untuk memilih lokasi yang agak bagus. Seekot BH kedengaran berderak kasar dari arah kiriku. Kepalaku ligat memikirkan bagaimanakah caranya nak aku pasangkan pikatku.
Dengan perlahan aku mengeluarkan tiang dan pikatku dan memasangnya. Aku potong hujung pelepah daun kelapa sawit untuk aku letakkan dibawah jebak dan dibelakang jebakku. Terasa berat nak aku pasangkan pikat kerana aku sedia maklum tempat sebegini memang sukar untuk mendapat BH.
Dalam mencari angga yang sesuai aku ternampak sepokok pokok kelapa yang telah dibuang habis pelepahnya oleh pekerja ladang. Aku tidak tahu mengapa daun-daun kelapa itu dibuang. Aku lalu memacak tiang dan memasang rampung jebakku. Setelah siap aku menaikan jebakku setinggi lebih kurang 3 meter menghadap pokok kelapa yang tidak berdaun itu.Aku beredar dari situ dan duduk sambil memerhari lokasi yang agak sesuai untuk aku pasang pikatku jika angga ini tidak menjadi.
Sebentar kemudian pikat mula meratuh. Tidak beberapa lama kedengaran seekor BH berderak berhampiran pikatku. Aku melihat kelibatnya terbang hinggap di atas pokok kelapa sawit yang tidak berdaun itu. Pikatku terus berderak dan BH tidak menungu lama terus terjun ke angga berdesup... lebih kurang lima minit aku jaringkan seekor.Cukup untuk dibuat modal hari ini.
Aku menurunkan pikat dan memasukkan BH yang baru diperolehi itu ke dalam uncang dan aku memindahkan pikatku ke tempat baru. Aku memilih lokasi yang agak jauh dari tempat pertama. Ku pilih angga sebatang pelepah kelapa sawit yang melintang yang ku kira agak cantik untuk memasang pikat. Aku pun memasang pikat dan pikatku terus berkerja. Seekor BH bederak berhampiran. Pikatku juga berderak. Kulihat BH melompat dan meniti dari pelepah ke pelepah namun tidak mahu juga turun. Inilah yang selalu dialami bila bermain di kawasan kelapa sawit. Tiga puluh minit berlalu pikat dan BH saling berderak dan meratuh namun tak juga mahu memijak angga. Aku pun tidak faham mengapa sukar benar BH untuk turun seperti di lokasi lain.
Aku mengambil keputusan untuk mengubah kedudukan pikatku. BH terbang menghilangkan diri apabila aku menghapiri. Setelah pikat diubah sedikit menghadap pelepah yang dihinggapi oleh BH tadi aku pun beredar. Pikat terus memanggi dan BH sepantas itu juga kembali menghadap pikat ku. Berderak dan menggelengkan kepalanya. Namun tidak juga mahu turun... tiga puluh minit lagi berlalu...aku ubah lagi kedudukan pikatku..namun hasilnya masih sama. Sukarnya untuk BH terjun ke angga. Akhirnya aku memberi isyarat kepada Otai Pak Ya untuk berpindah. Otai Pak Ya juga mengalami nasib yang sama. BH berderak mengelilingi jebak, meniti dari pelepah ke pelepah dengan garangnya namun tetap tidak berhasil.
Kami sepakat untuk mesuk ke lokasi yang lebih jauh mengikut jalan ladang.Sepuluh minit perjalanan akhirnya aku berhenti di satu kawasan yang bersempadan antara kelapa sawit dengan pokok getah tua. Tiada kedengaran BH di situ namun aku yakin kawasan itu pasti banyak BHnya. Otai Pakya terus mengeluarkan pikatnya dan menuju lokasi yang dia pilih. Aku ligat memikirkan bagaimana nak aku pasangkan pikatku di atas pelepah kelapa sawit ini.
Aku mencapai galah dan memasangkan pikatku di tiang. Aku berjalan sambil meninjau-ninjau angga yang agak baik untuk mendapat gu. Dalam berjalan-jalan mencari lokasi aku teringatkan blog-blog pemikat tekukur yang aku lawati. Bagaimana mereka memasang pikat tekukur di atas pelepah dan pelepah yang dipilih. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk memasangkan pikatku di atas pelepah seperti mana mereka memasang pikat tekukur.
Ternyata apa yang aku fikirkan itu tidak sia-sia. Aku mamlih hujung sebatang pelepah kelapa sawit yang telah dipotong oleh pekerja ladang. Aku memasang pikatku dihujungnya. Sebentar kemudian pikat mula memanggil. Suasana sunyi sahaja ketika itu kerana mungkin BH sedang mengutip makanan.Tidak beberapa lama kemudian kedengaran di sana sini BH meratuh walaupun agak jauh. Pikatku terus memanggil. Tidak beberapa lama kemudian kedengaran seekor BH meratuh tidak jauh dari pokok yang kuletakkan pikatku. Pikat terus meratuh dan bersahut-sahutan dengan BH itu. Sepuluh minit berlalu akhirnya aku melihat kelibat BH masuk ke pokok kelapa sawit itu. BH meniti pelepah di hadapan pikatku. Pikatku berderak BH melompat ke pelepah yang lebih hampir sambil berderak. Pikatku juga berderak panjang.BH menggeleng-gelengkan kepalanya....pikat terus berderak....akhirnya zzzupp BH terjun ke angga.... haaa menjadi juga keli ini.
Aku menurunkan pikat dan memasukkan BH ke dalam uncangku. Dalam fikiranku hanya memikirkan apakah cara memasang pikat ini di atas pelepah kelapa sawit benar-benar memberi kesan. ku lantas membawa pikatku dan mencari lokasi baru yang tidak jauh dari tempat itu.
Aku memilih pelepah kelapa sawit yang telah dipotong untuk memasang pikatku. Setelah meninjau-ninjau akhirnya aku tenampak sebatang pelepah yang telah dipotong oleh pekerja ladang. Aku tidak memikir panjang terus menaikan pikatku di hujung pelepah itu. Setekah siap aku pun beredar. Pikatku terus berkerja dan memanggil. Ternyata tidak lama kulihat seekor BH masuk ke pelepah bersebelahan dengan pikatku. berderak panjang. Pikatku berderak terus kerana gu semakin hampir. Tak lama kemudian BH terus melompat ke atas angga dan berdezupp penampar jatuh... tak sampai lima minit BH menyerah kalah. Aku tersenyum lebar. Dalam benakku memikirkan adakah ini caranya memasang pikat di atas kelapa sawit???
Aku bingkas untuk menurunkan pikatku. BH yang baru dijaring itu ku masukkan ke dalam uncang dan pikatku ku turunkan dan kembali ke kereta. Jam sudah menunjukkan pukul 11.30.Cukup untuk hari ni 3 ekor sebagai buah tangan dari Air Ganda.
Aku masukkan pikat dan tiang ke dalam kereta sambil memberi isyarat kepada Otai Pak Ya untuk beredar.
Ternyata Otai Pak Ya masih tidak berhasil. BH sekadar mengelilingi jebak dan berderak sahaja. Liat sekali untuk terjun ke jebak. Aku sudah agak dia akan mengalami nasib seperti ini. Mungkin tak ada rezeki.Aku akan kongsikan ilmu yang baru aku dapat ini dengannya untuk terus di uji keesahanya. Kepada teman-teman pemikat cubalah cara memasang jebak seperti ini untuk mengetahui hasilnya apabila bermain ketitir di kawasan kelapa sawit.
weldone....usaha pasti jaya...
BalasPadamTahniah..menapau....
BalasPadamtahniah EN Zul... pengalaman memberi makna. saya pun hadapi perkara yang sama. tapi nampak gay teknik En Zul ni boleh di peraktikkan..
BalasPadamsaya cuba main merbuk tapi pikat tak power langsung tinggal..........
BalasPadamSalam tuan blog ini.. ada no utk dihubungi tak.sebab saya baru minat ketitir ni kalau boleh saya nak cari sekor denak dr tuan tak kisah la baru ajar @ burung baru dilatih jebak dh ada denak nye tak ada lg.kalo boleh tuan minta tolong.
BalasPadamJika masih berminat dengan pikat sila hubungi segera. Ada pikat baik qua tandang kawan punya nak lepas tangan.segera.
Padamsalam abg zul,kalau ada pikat atau bb yg suara baik yg ada tandang nk jual bgthu saya,0192525181
Padamsalam,,,, saya baru nak blaja mikat burung merbuk@ketitir.... saya nak ty macam mane kite nak pilih burung merbuk untuk dijadikan pikat@denak....
Padammohon bertanya kalau pasang diatas pelepah or hujung lepah..pertanyaan lapun menghadap buah sawit or luar
BalasPadamsalam,
BalasPadamsaya Johari Hj Salleh. ingin bertanya n belajar cara pasang jebak dikebun sawit..pertanyaan saya lapun jebak tu menghala ke dalam or keluar diatas pelepah..tq
Sdr Johari..saya dah jawat tempok hari. Untuk bermain di kawasan kelapa sawi yang terbaiknya setakat ini bermain angga terbang atau setengah tempat disebut panalti sama ada di kawasan kelapasawit muda ataupun kelapa sawit tua.
BalasPadam