24 Jun 2011

Kuala Rui.

Pagi ini ada tugas wajib yang perlu dilaksanakan. Harapan untuk ke Felda Papulut pun tidak kesampaian. Esok juga tidak kerana tugas wajib masih perlu dilaksanakan. Inilah kehidupan.
Walaupun begitu aku masih dapat menggunakan ruang yang ada ditengah-tengah kesibukan. Pagi ini sambil melaksanakan tugas, aku mengambil kesempatan untuk memasang pikatku. Ada dua ekor BH yang menjadi idamanku. Seekor BH bersuara kasar dan banyak berderak dan seekor lagi bersuara sederhana tetapi ada qua tandang.Dah lama aku berangan-angan untuk mencuba nasib.  
Pukul tujuh setengah aku menjengah kelokasi. Suasana riuh rendah dengan BH yang meratuh diatas pokok. Walaupun semalam hujan, tetapi suasana yang cerah hari ini cukup memberangsangkan.
Aku memilih angga dahan mati di sepohon pokok yang kulihat selalu dihinggapi BH yang aku idamkan itu.
Hari ini pikatku cukup galak. Belum siap dipasang dah mula meracau.Kebetulan pula BH idaman ada berhampiran. Kelam kabut aku dibuatnya. Setelah siap dipasang, aku beredar agak jauh namun pikat dapat dilihat dengan jelas.
Tidak beberapa lama kemudia BH kelihatan melayang masuk. Berderak dan meniti dahan ke hulu kehilir. Sebentar kemudian kelihatan seekor lagi BH melayang masuk mendekati pikatku. Kuamati betul-betul rupa-rupanya pasangannya. Pikat terus meratuh dan berderak berselang seli namun BH tidak juga mahu terjun.Masih melompat dari ranting ke ranting.tiba-tiba berdesuppppp... penampar pantas jatuh..rupanya dia ekor merbah kunyit  yang kecil bercakaran diatas angga. BH bertempiran lari... geram aku...
Aku segera berlari kesana dan memasang semula penampar jebak dan mengubah sedikit kedudukan angga. Selepas dinaikkan pikatku terus berkerja memanggil dan memanggil.. tidak beberapa lama kemudian kelihatan BH yang tadi bertempiaran lari menjengah semula ke dahan mati tersebut. Meniti sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Pikat terus berderak dan meratuh. Hari ini tidak kedengaran dia melepaskan tandannya.
Setelah berderak dan meratuh berulang kali akhirnya BH yang ada qua tandang tu terjun juga ke angga. Berdesup penampar jatuh...hee ..dapat juga akhirnya engkau yee... 
Ake cepar menerpa dan mengambilnya lalu memasukkannya ke dalam uncangku. Kupasang lagi pikatku ditempat yang sama. tidak bertempoh pikatku terus berkerja. Semakin marah dia bila semakin banyak BH yang meratuh merata-rata. Mungkin cuaca agak sejuk hari ini walaupun terang.Pikatku terus berkerja. Memanggil dan memanggil. Tidak lam kemudian kelihatan BH ersuara kasar meyang masuk ke dahan mati tempat pikatku dipasang.
Pikat terus bederak dan meratuh berselang-seli. BH bersuara kasar gelisah.Melompat dari ranting ke ranting. Berderak dan menggelengkan kepalanya. Pikat terus berdera....akhirnya...bedebus....BH bersuara kasar turjun ke angga. Aku segera menurunkannya agak rendah untuk mengambil gambar...

Walaupun BH masih tersangkut di sana, pikatku tidak menghiraukannya. Dia terus sahaja memanggil lagi BH yang meratuh diatas pokok yang tidak jauh dari situ. Kerana ia masih belum puas dan memanggil-manggil aku terus sahaja mengambil BH yang baru mengena dan memasangkannya di tempat yang sama.

Pikatku terus berkerja lagi dan lagi...namun BH tidak mahu hampiri. Lalu aku pun memindahnyanya ke pokok yang lain pula.Aku memilih pokok teja di hujung padang.Ada seekor BH yang sederhana sedang meratuh di sana. Ku naikkan pikatku dengan menyangkut disebatang dahan yang menjuntai ke bawah.Pikatku seperti biasa. Tidak menunggu lama terus berkerja.Sejurus kemudian kelihatan seekor BH melayang masuk ke pokok tersebut. Aku tidak dapat melihatnya kerana pokok itu rendang berdaun lebat cuma deakan dan suaranya sahaja kedengaran mengancam pikatku. Pikatku pun apa lagi bederak bertubi-tibi. Taklama kemudia terdengar libasan penampar jebakku..ternyata seekor lagi mengena.Aku terus sahaja menurunkan pikatku kerana tugasku perlu disambung.....

Bulunya cantik dan paruhnya pendek.

Cukup untuk hari ini...

5 ulasan:

  1. good catch cik gu... Alhamdulillah. Cantik pula tu.

    BalasPadam
  2. Salam.Tahniah..Cik gu saya ingin bertanya berkenaan 'Tandang' adakah ada tanda atau pengenalan pada badan'corak,bentuk kepala/badan merbok atau lain-lain bahagian..Diharap cikgu dpt jelaskan serba sedikit berkenaannya.

    BalasPadam
  3. Sdr Wak..Nak jelaskan agak sukar kerana kadang-kadang makan masa 4- lima tahun baru dia keluar Qua tandang. Tapi petua paling mudah nak kenal qua tandang ialah pada waktu malam. Letakkan sangkar burung itu hampir dengan tempat tidur kerana merbok yang ada qua tandang ni biasanya dia akan lepaskan tandangnya( jeritanya) pada waktu malam atau awal pagi tak kira burung itu baru dipelihara atau telah lama.Ini adalah cara paling mudah. Kalau nak kenal ciri-citinya rujuk petua orang lama bahagian derak kerana tandang ni sebahagian dari derak.

    BalasPadam
  4. Salam.terima kasih saudara..akan saya cuba.Wassallam.

    BalasPadam