Pulau Cheri Lenggong memang lokasi yang terkenal dikalangan pemikat tekukur, ketitir dan ayam hutan. Tidak rugi singgah disini sekali sekala untuk merasai cabaran memikat di kawasan ini. Walaupun namanya bermula dengan pulau namun Pulau Cheri hanyalah sebuah kampung tradisional yang dikelilingi dengan hutan. kini wajahnya telah berubah. Hutan hutan telah diganti dengan getah dan kelapa sawit. Walaupun hutannya telah bertukar penghuni jatinya ketitir, tekukur dan ayam hutan tetap setia menunggu disini.
Pagi ini Ahad 1 Julai aku berkesempatan ke lokasi ini bertemankan Pak Teh Mat Ali otai ketitir yang tidak pernah jemu turun ke laman. Seawal 7.00 pagi aku bertolak ke rumah Pak Teh Mat Ali. Sudah lama berhajat untuk ke Pulau Cheri kerana kawasan ini memang tempat tumpuan para pemikat.
Tiba aku di rumahnya, Pak Teh telah siap menunggu. Kami terus bertolak ke Lenggong.
Dalam perjalanan kami ke Lenggong, tiba-tiba aku dihubungi Otai Pak Ya. Otai Pak Ya yang tidak dapat ikut serta kerana ada tugas penting meminta kami menunggu beberapa orang sahabat dari Sungai Petani yang ditemui di Air Suda sedang tercari-cari lokasi untuk memikat.
Kami berhenti di Balai Polis Air Kala untuk menunggu mereka datang. Sambil menunggu ketibaan mereka aku mengeambil kesempatan untuk memasang pikat di sebatang pokok kipas sumatera tidak jauh dari situ untuk menyegarkan pikat. Aku tahu memang ada ketitir di situ kerana sudah beberapa kali cuba memikat disana tapi tidak berjaya kerana BH kurang garang di kawasan itu. Setelah dinaikkan pikat terus berkerja namun tidak ada yang datang mencabat...
Tidak beberapa lama selepas itu sahabat dari Sungai Petani pun tiba dan kami saling berkenalan. Tanpa melengahkan masa kami meneruskan perjalanan ke Lenggong. Sebelum masuk ke Pualau Cheri kami singgah di Pekan Lenggong untuk mengalas perut.
Nasi lemak daun pisang cukup enak.
Sambil menunggu BH turun ke angga gebang panjang la nampaknya...
Padang ragut Kg Luat lokasi ke tiga
Sesekali bergambar bagus juga untuk kenangan...
Abang Mat pakar membuat jebak...jangan lupa teman punya satu.
Tahniah sahabat dari Sungai Petani, walaupun hari ini BH tidak melawan kome berjaya juga bawa balik enam ekor. Kome memang hebat... Kami balik kosong aja walaupun memikat hingga 5.00 petang...tak ada rezeki hari ini nampaknya... hingga jumpa lagi...
walaupun belum rezqi..
BalasPadamYang penting melaman pun dah cukup seronok...hik...hik..
walaupun belum rezqi..
BalasPadamYang penting melaman pun dah cukup seronok...hik...hik..
Inilah resam pemikat. Ada kala cukup mudah menjaring. Ada kala balik kosong.Betul tu yang penting dengar pikat meratuh pun dah cukup hee hee hee...
BalasPadamsambil berkenalan dan mengeratkan persaudaraan...
BalasPadamsemakin ramai sahabat sepermainan makin seronok dan mencabar kesabaran kita...
BalasPadamSelamat kembali cikgu... lama tak buat posting.
BalasPadamGitulah pak su, ada masa kita ke lama. ada kerja kita kerja ...eee..tq
BalasPadam