23 Jun 2012

Pemanas Pikat

Lebih kurang 2 bulan tak turun ke laman. Kesibukan dengan tugas memaksa diri melupakan seketika qua tandang atau derak berlapis yang selalu terngiang-ngiang di telinga.
Hari ini ada sedikit kesempatan untuk turun ke laman. Masa yang ada tidak dibiarkan berlalu. Aku bersama Pak Karim turun ke laman untuk memanaskan pikat yang dah lama terperap kat rumah.
Hari ini kami merayau di sekitar Gerik sahaja mengintai laman lama kot-kot ada yang baru muncul.
Semalam dah berjanji dengan Pak Karim. Pagi ini lebih kurang 8.00 pagi kami melangkah ke lokasi yang dah lama ditinggalkan.
Kami sampai ke laman di sekitar pejabt JKR. Suasana sunyi. Aku macam biasa terus memasang pikat dan pak Karim ragu-ragu kerana belum ada kelibat BH di sekitar itu.
Aku terus memasang pikat kerana yakin tika ini BH masih di tanah mencari makan. Seperti biasa pikatku terus memanggil. dua tiga patah seekot BH menyahut di tengah padang. Pak Karim segera memasang pikatnya. Seekot BH menembak bak sewah menuju ke arah pikatku. Pikatku terus berderak. Bh tidak menunggu lama.Belum dengar suara dan derak dah terjun ke angga.
Belum sempat dengar suara dan deraknya dah terjun.

Setelah BH yang baru dimasukkan ke uncang, aku segera memindahkan pikat ke pokok yang lain. Aku memilih dahan pokok mangga yang agak cantik. Setelah pikat di naikkan, dia terus berkerja seperti biasa. BH segera menyahut namun derak dan quanya hanya kepada pasangannya sahaja. Aku lantas menurunkan pikat kerna yakin BH itu tidak akan turun. Aku memilih pokok ara yang tidak jauh dari situ. Kedengaran seekor BH meratuh di sana. Aku lantas memasang pikat  dan seperti biasa pikatku terus berderak. Aku yakin BH tidak jauh kerana itulah kebiasaanya. jika BH berada berdekatan dia akan terus berderak. Ku segera beredar dan memerhati dari jauh kelibat seekor BH melayang ke atas pokok macang tidak jauh dari situ. Pikat meratuh dan berderah. BH menerpa ke arah pikatku.Berderak  kasar dan.. pelepap... tak sempat dengar deraknya lagi...

Cantik derak dan suaranya. Boleh disimpan.

Aku segera menurunkan pikat dan memasukkan BH ke dalam uncang. Tanpa menunggu lama aku terus mencari pokok lain pula untuk dinaikkan pikatku. Aku terus sahaja ke hujung padang dan memilih  angga di pokok ara. Tak lama kemudain muncul seekor BH yang lebih kasar. Berderak dan meratuh namun kurang menyengat. Aku biarkan sahaja pikatku terus memujuk BH terjun. Tak lama kemudian BH menyelinap dan terus ke angga. Berakhir sudah. Aku terus menurunkan BH dan mengajak Pak Karim balik. Cukuplah sesi memanaskan pikat hari ini.

Kurang ummm tapi bolehlah...

7 ulasan:

  1. treeple.... top up....
    salam
    jaka

    BalasPadam
  2. Belum hebat macam Tombee... Sdr Jaka pasti setuju.

    BalasPadam
  3. best bang sekali turun tapau 3.Taniah.....

    BalasPadam
  4. Musim BH tengah lawan.Ada kwn turun ke SG Siput main sehari bawa balik 40 ekor. Macam tak caya

    BalasPadam
  5. tahniah, welcome back :) lama x update

    BalasPadam
  6. tahniah, lama tak update :)

    BalasPadam