09 Julai 2012

Tanah Hitam

Semakin ramai peminat ketitir sekarang ini. Di mana sahaja pasti ada yang mencuba nasib dalam memburu sang ketitir yang hebat. Malahan nasib seseorang juga berbeza-beza. Ada yang baru belajar tapi dah punya pikat yang cukup hebat. Ada yang dah bertahun-tahun memikat dan memburu sang ketitir yang hebat dan memenuhi catarasa masih dalam pencarian. Malah pencarian ini semakin sukar kerna menilai seekor ketitir tidaklah mudah. Ada kala semasa memikat cukup hebat, namun apabila disimpan bertahun tidak menjadi. Kemenjadiannya amat rendah dan sangat menguji kesabaran dan kecekalan.

Bagi peminat yang sangat menggilai hobi ini, ribuan duit sanggup dikeluarkan untuk mendapatkan seekor pemikat yang ada qua tandangnya. Meskipun ketitir dah penuh mengelilingi rumah, masih ada lagi yang sanggup membayar jika ada pikat yang bagus.

Dalam memburu ketitir yang hebat di laman pada hari sabtu yang lalu 7.7.2012 aku berkesempatan untuk ke Tanah Hitam, lokasi ketitir yang cukup menggamit rasa. Seharian memburu bersama Pateh Mat Ali, namun hasilnya hanya seekor. Belum dengar bunyi, belum sempat berderak dah terjun ke angga. BH lain yang diburu lain pulak yang dapat. Tak apalah janji ada untuk buah tangan balik ke Gerik.


Dah lama mengejar BH bersuara kasar (B) namun masih tidak berjaya akhirnya kami pun pulang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan