23 April 2011

Membisu

 Suasana yang tenang dan damai menghiasi alam di sekita Kampung Sawa, Gerik. Sesekali berkunjung keperdaerahan ini membawa seribu ketenangan dan jiwa menjadi segar setelah sehari-harian berkejar ke sana sini memenuhi tuntutan tugas seharian.
Hari minggu yang lepas aku berkesempatan membawa pikat ku turun ke gelanggang bertemanakan otai Syukur. Kami bertolak agak lewat kerana suasana cuaca yang tidak menentu dan khuatir BH menyepikan diri.

    Mula-mula kami ke Felda Bersia lokasi yang biasa dikunjungi. Suasana tenang, kedengaran kicaaauan merbah kunyit memenuhi alam. Oleh kerana lokasi ini adalah lokasi yang biasa kami bermain, Syukur dan aku terus mencapai pikat dan tiang. Aku memilih dahan pokok tumbang di hujung belukar dan Syukur juga memasang pikatnya tidak jauh dari pikatku.
      Seperti biasa pikat tidak pernah menghampakan tuannya. Terus berkerja...panggil dan memanggil. Sahut bersahutan diantara mereka berdua namun kelibat BH langsung tidak kelihatan. 30 minit berlalu Syukur mengajak berpindah lokasi kerana tiada BH.
     Aku segera menurunkan pikat dan masuk ke kancil. Kami berbincang di dalam kereta memilih lokasi mana yang paling sesuai dikunjungi. Akhirnya kami memutuskan untuk ke Tapak Semaian Felda Papulut, 50 km dari Felda Bersia.Kami tiba di sana lebih kurang pukul sepuluh pagi. Seperti biasa galah dan pikat diturunkan lalu dipasang.

Suasana riuh rendah dengan kicauan si murai dan merbah kunyit. Kami hampa lagi. Tiada kelibat BH yang melintas walaupun pikat berkerja bermati-matian.30 minit  berlalu, Syukur mengajak pindah lagi. Kami memutuskan untuk ke Kg Sawa. Di sana situasinya tetap sama walaupun tidak serupa. Lokasi yang biasa kami kunjungi ternyata lengang dan tiada BH yang melintasi kawasan ini. Hampa lagi....
Akhirnya kami mengambil keputusan untuk balik sahaja kerana hari dah tinggi. Dalam perjalanan kami singgah di Dewan Besar Lawin. Di sana hati ceria semula kerana ada BH yang meratuh di atas pokok di sekitar dewan. Walau pun suaranya tidak menyengat tetapi kami naikkan pikat juga untuk mencuba nasib pada musim-misim seperti ini.
Aku juga berasa hairan kerana sudah 3 lokasi yang dikunjungi, suasana serupa sahaja. Banyak sewah ka? Musim bawa anak ka? Semuanya bermain-main dalam fikiran sebab sebelum ini situasi tidaklah sebegini. Jika ada sewah pun BH tetap ada juga yang melawan tapi kali ini jauh meleset.
 Acai yang dalam perjalanan balik ke Lenggong singgah berbual bila apabila melihat kami
memikat di Dewan Lawin.

 Syukur memasang pikatnya

Walaupun BH tidak melawan kesabaran tetap ada.
Inilah lokasi Tapak Semaian Felda Papulut yang banyak BH tapi hari ini tiada kelibatnya.

Tekukur Otai Maani

Dah lama aku tak berkunjung ke rumah sahabatku ini. Musim-musim hujan ini adalah kesempatan yang baik untuk aku menziarahi rakan-rakan sepermainan. Lama tak jumpa dia. Banyak juga ceritanya... Pikat lamanya merbuk dan terkukur yang biasa dibawa semasa kami ke laman dah tiada.. dah mati disambar kucing. Tetapi pemikat yang hebat ini tak perlu tunggu lama untuk melatih pengganti.
Inilah pengganti yang baru. Walaupun baru turun ke laman tapi cukup berjasa.
Kegarangannya terserlah walaupun baru beberapa bulan dilatih.

Otai Maani tetap ceria seperti selalu. Ada masa tidak mengira hujan turun ke tidak dia akan ke laman. Katanya untuk mengajar pikat baru. Tapi selalunya tidak balik dengan tangan kosong. Hebat tu pikat baru...

14 April 2011

Gigi Gajah Mati Beragan

Minggu lepas aku berkesempatan ke rumah Pak Teh Mat Ali untuk mengorek-ngorek apa-apa khazanah tersimpan kemas dalam minda otai ini. Hujan lak turun renyai-renyai dah tentu tak dapat ke mana-mana. Mak Teh hidangkan kopi O dan sedikit kuih... Alhamdulillah rezeki jangan ditolak.
 Cerita-punya cerita akhirnya Pak Teh membawa keluar khazanah yang disimpannya. Aku memang tidak pernah melihatnya sebelum ini apa lagi memegangnya.
Rupa-rupanya itulah gigi gajah mati beragan yang Pak Teh jumpa di hulu Sungai Perak beberapa tahun yang lalu. Mak oiii macam caya tak caya lak. Ingatkan batu dalam gua batu kapur rupa-rupanya gigi gajah.... tapi awas.. dia boleh menyebabkan penyakit kurung  sejenis penyakit kulit (gatal-gatal) yang tiada ubatnya  .


 Pertama kali aku melihatnya, aku membelek-belek dan menciumnya... maklumlah tak pernah jumpa. Lepas tu barulah ada teman memberi tahu akan menyakit kurung ni. Kalau aku tahu dari awal memang aku tak berani nak memegangnya apa lagi mencium-cium baunya.... haa...haa...haa...
Inilah gigi gajah yang dikatakan orang banyak kegunaannya... tapi aku tak tahu apa gunanya.... penawar racun dsbnya.... Pak Teh bersedia untuk menjualnya jika ada yang berhajat....

13 April 2011

Berehat Panjang

Suasana cuaca masih tidak menentu. BH juga membisu. Ditambah dengan kesibukan dengan tugas seharian membuatkan pikatku berehat panjang. Namun ada kelapangan diwaktu petang sempat juga melepak di kedai kopi bersama otai-otai Gerik sambil bertukar-tukar cerita. 

En Zubir banyak koleksi merbuk dan tekukur.

Pak Ngah tak kering gusi bicara tentang pikatnya.
Pak Ngah tengah melatih pikat baru. Dari tali kaki, kili, tumang, cetok, jebak dan lokasi tempat melatih pikat baru habis dirungkainya. Ada masa bawa tekukur ada masa bersama ketitir. Yang menyeronokkannya sekarang apabila di berjaya memiliki seekor ketitir yang dianggap baik. Baru 2 hari masuk sarang dah meratuh.

Beberapa minggu yang lalu aku berkesempatan ke Bt Kurau sambil ziarah keluarga.Sempat juga aku jumpa dengan Pak Su Le, Tok Juara tekukur. Biasa berborak dengannya  hingga pukul 4 pagi cerita pasal pikat. Cukup kaya ilmu dan pengalaman memikat dan memilih BH dan tidak lokek dengan ilmunya.
Pak Su Le
Kalau tidak turun ke laman memang terasa kelainannya. Seumpama ada sesuatu yang belum diselesaikan. Beginilah yang terpaksa aku lalui sejak beberapa minggu ini. Apa nak dikato kasibukan dengan tugas harian dan situasi yang tidak mengizinkan. 

20 Mac 2011

Pilih Yang Berkualiti

Setelah beberapa kali berjanji akhir aku dapat juga menepuh pengalaman bersama orang lama ketitir Gerik. Sejak seminggu yang lalu aku mula mengatur janji untuk pergi memikat ketitir bersama Pateh Mat Ali namun ada sahaja halangan.Akhirnya selepas subuh pagi tadi aku menghubungi Pak Teh untuk mengajaknya turun ke laman membawa pikat ketitir. Alhamdulillah Pak Teh ada kelapangan pada hari ini.Kebetulan pula isterinya tiada di rumah kerana menemankan anak perempuannya di Ipoh kerana menantunya tiada di rumah.

Pak Teh Mat Ali mula memikat sejak Tahun 1957 hingga kini masih aktif.

Pukul 7.45 pagi aku ke rumah Pak Teh di Kg Tawai. Pak Teh sudah siap menunggu walaupun janjinya pada pukul lapan pagi. Katanya dia lebih selesa bersiap awal bila dah berjanji. Tanpa berlengah kami pun terus manuju ke Felda Papulut. Beberapa bulan yang lalu aku ada ke suatu lokasi di Felda Papulut atas urusan lain. Aku dapati beberapa ekor ketitir bersuara kasar dan berderak di tempat itu. Jadi aku pun mengajak Pak Teh ke lakasi tersebut.
   Setiba di sana tanpa membuang masa aku dan Pak Teh terus mencari angga yang dikira dapat mengundang BH melapan pikat. Akhirnya Pak Teh memilih belukar pokok daun tahi ayam minyak untuk memasang pikatnya. Pak Teh masih mengekalkan permainan tradisional. Tanpa menggunakan galah. Lebih mudah menjaring BH katanya.
 

Aku memilih angga sebatang pokok durian yang menjadi kegemaranku. Beberapa minit berlalu namun pikat masih membisu. Maklumlah musim yang tidak menentu. Semalam hujan lebat dan pagi ini cuaca mendung pula. Suasana di lokasi ini juga sunyi dan sepi namun aku tetap yakin BH tetap ada.


Tidak beberapa lama kemudian pikat Pak Teh mula berkerja. Pikat aku juga mula meratuh dua tiga patah tetapi tidak berterusan. Senyap sekejap kemudian meratuh lagi. Tidak beberapa lama kemudian kedengaran BH menjawab nun dikejauhan.

Mendengar sahutan BH, pikatku dan pikat Pak Teh mula meratuh. Suranya semakin meninggi. Tak beberapa lama kemudian kelihatan seekor BH masuk ke pokok durian. Suaranya sederhana sahaja. Seekor BH juka mula merapati pikat Pak Teh.Kami duduk bersama sambil mata liar memerhati pikat yang mula kepanasan.

Pikatku tidak lah seperti selalu. Agak kurang berderak hari ini. Dibiarkan sahaja BH meratuh di atas dahan. Sesekali pikat berderak panjang. Kata Pak Teh .. " Dah tak lama lagi tu terjun lah.." Benar kata Pak Teh tak beberapa lama kemudian pikatku mula berderak bertalu-talu. BH makin kepanasan akhirnya ... pelepap penampar jatuh dan BH sangkur di jaring jebak.



 Aku menurunkan jebak dan memasukkan BH yang baru diperolehi ke dalam uncang. Kedengaran pikat Pak Teh berderak bertalu talu. BH sudah beberapa kali terjun tetapi tidak singgah ke atas angga jebak juga. Akhirnya Pak Teh mengajak pindah ke lokasi yang lain kerana BH kurang menarik untuk ditunggu. Setelah menurunkan pikat dan masuk ke kereta Pak Teh mengajak aku ke Air Kala. Lokasi yang banyak ketitir.

Aku terus memandu keluar dari Felda Papulut dan menuju ke Air Kala.15 minit perjalanan kami pun sampai ke lokasi yang dituju. Pak Teh mencapai pikatnya dan aku menurut dari belakang. Suasana sunyi dan sepi. Pak Teh berasa hairan kerana lokasi tersebut memangnya banyak ketitir tetapi tiada kelibat langsung pada pagi ini. Beberapa ketika kedengaran tuan punya tanah meracun di kawasan itu. Patutlah BH tiada. Pak Teh terus mengajak aku ke Padang Grus.
Beberapa minit kemudian kami tiba di lokasi yang dipilih oleh Pak Teh.Pak Teh terus mencapai pikatnya dan terus menuju ke hujung kebun sayur tidak jauh dari tempat aku memberhentikan kereta. Pak Teh memilih belukar pokok kapal terbang untuk meletakkan pikatnya. Aku mencuba angga pokok kelapa sawit setingga 10 kaki angga yang paling tidak ku sukai kerana sukar mendapat BH.BH sedari mula kami tiba tadi riuh rendah meratuh. Lokasi ini sememangnya banyak BH berkeliaran.
Setelah pikat siap di pasang, aku  melepak di bawah pokok kelapa sawit manakala Pak Teh juga melepak di bawah pokok kelapa sawit tidak jauh dari pikatnya.
Setelah dinaikkan pikatku mula berkerja. Mungkin kepanasan sejak dari lokasi di Felda Papulut lagi. Pikat Pak Teh juga mula berkerja keras. Tiab-tiba ku lihat Pak Teh bergegas menuju pikatnya. Aku ingatkan pikatnya telah menjaring tetapi rupanya sang burung bud-bud menyerang pikatnya. Nasib baik penampar jatuh dan pikatnya sempat diselamatkan.
Akhirnya aku menurunkan pikat dan Pak Teh juga mengambil pikatnya.Pak Teh bimbang pikatnya akan membisa selepas diserang bud-bud. Kami pindah ke lokasi lain tidak jauh dari tempat itu. Pak Teh memilih angga pokok hutan dan aku memilih pokok kelapa sawit kerana ingin mencuba teknik yang diajarkan oleh Ah Cai Lenggong tentang bagaimana mahu memasang pikat di atas pelepah kelapa sawit.
Tidak beberapa lama kemudian pikat mula berkerja. Pikat Pak Teh juga mula berkerja. Walaupun baru lepas di serang bud-bud pikat Pak Teh tidak mengalah. Dia tetap berkerja seperti biasa. Itulah tandanya pikat yang hebat.Bukan calang-calang tuan yang memilihnya sedari awal.
Seekor BH mula menghampiri pikatku. Setelah meratuh dan bederak bersilih ganti, akhirnya BH terjun ke angga dan masuk ke karungku.Ku kira teknik yang diceritakan oleh Ah Cai itu boleh dicuba lagi.


Sementara itu pikat Pak Teh tidak berhenti berderak menandakan BH dah hampir. Aku menunggu dengan penuh sabar. Tidak lama kemudian pikat Pak Teh qua bertalu-talu menandakan BH dah mengena. Aku bergegas ke sana untuk mengambil gambar.Pak Teh tersenyum girang. Walaupun tidak bertiang tetapi pikat yang baik tetap tidak menghampakan tuannya.


 BH bersuara kasar dan banyak berderak masuk ke karung Pak Teh.
 Jebak ditahan di atas belukar. Tak perlukan tiang tapi tetap berbisa.
 BH akhirnya terjun juga kerana marahkan pikat.

Setelah BH masuk karung Pak Teh mengajak aku ke lokasi berhampiran SJKC Padang Grus.Kami ke sana. Pak Teh memilih angga di atas pokok limau nipis tidak jauh dari sekolah itu.Aku memilih pokok saga berhampiran sekolah. Kedengaran seekor BH bersuara kasar meratuh di sana.
Setelah pikat dipasang, aku melepak di tepi jalan tidak jauh dari situ sambil mendengar BH meratuh di hujung padang. 20 minit berlalu namun BH tidak juga hampir.Aku akhirnya menurunkan pikat dan memilih sepohon pokok durian tidak jauh dari situ. Setelah siap di pasang aku kembali ketempat aku melepak tadi. Kedengaran pikatku meratuh beberapa kali  dan berderak panjang.
Aku memerhati ke arah pikat.Namun ku dapati angga jebakku seperti jatuh. Aku terus memerhati tetapi tiak nampak. Akhirnya aku menghampirinya dan ternyata rupanya BH dah mengena. Terlalu pantas pula dia terjun ke angga.
Setelah BH masuk karung aku pindah ke lokasi yang tidak jauh dari situ sambil menunggu Pak Teh kerana jam dah hampir pukul 12 th.Pikatku mula berkerja tetapi BH tidak menghampiri mungkin sudah masa turun mengutip makanan.




Tidak beberapa lama kemudian kelihatan Pak Teh muncul dangan uncang di tangan. Aku menurunkan pikat dan kami pun terus ke Hentian R&R pekena laksa buat mengalas perut. Banyak cerita Pak Teh... akhirnya kami pun pulang dengan mebawa beberapa ekor BH yang berjaya dipikat. Kenangan memikat bersama otai sememangnya tidak dapat dilupakan. Banyak cerita pahit maung memikat ketitir sejak 1957. Masih banyak petua orang lama yang dikaji dan dipraktikkan. Makin banyak dicuba makin banyak pengetahuan tentang ketitir yang ditemui katanya.

28 Januari 2011

Kembali lagi da....

Hari ini Sabtu 29 Jan 2010.. aku kembali. dah sekian lama berehat panjang dek cuaca yang tak mengizinkan dan penangan sewah merobek pikatku...
Walaupun cuaca redup dan hujan gerimis... aku tetap turun juga melepaskan gianku... dari seawal jam 7.00 pagi aku menunggu dan menunggu sinar mentari memancar.. namun tidak juga kunjung tiba.Aku mengambil keputusan bergerak ke Kuala Rui mencari regu buat pikatku yang dah lama berehat selepas dikekah sewah.
Walaupun gerimis pagi aku tetap memasang pikatku seperti biasa-.... sudah terlalu lama tak ke laman belum siap dipasang dia dah mula berkerja... kelam kabut aku dibuatnya....Namun BH jauh kedengaran..mungkin kesejukan agaknyan kerana semalam hujan lebat.....
Lama pertama 15 minit aku tunggu..pikat terus memanggil...namun tiada kunjung tiba... aku ubah ke pokok jambu....20 minit menunggu... tiada yang hampir. Bunyi BH dari kejauhan.. pikat terus memanggil...
Laman ketiga... dahan mati pokok teja... aku memasang pikatku.... seperti biasa dia terus sahaja berkerja...kedengaran BH menelinap masuk ke pokok teja...aku mundur agak jauh..... seekor BH berderak... melompat ke dahan mati...meniti sambil menggelengkan kepalanya.... pikat menggelengkan kepalanya...BH meniti dan melompat kedahan yang semakin hampir....zupppp singgah ke angga jebakku...pikat qua bertalu-talu..aku deras melangkah...BH dah masuk jaring....


Tiba-tiba HP aku berdering...rupanya Ah Cai Lenggong datang mencari aku..... aku khabarkan kepadanya aku berada di Kuala Rui...dia dah arif dengan tempat ini...

 

Aku mencapai karungku dan memsukkan BH ke dalamnya... aku pasang semula pikatku di tempat yang sama.... pikat terus berkerja..memanggil gu lagi. Kedengaran BH meratuh di atas pokok durian tidak jauh dari situ... pikat melepaskan deraknya....BH menyelinap masuk ke pokok teja itu... sekali lagi pikat meratu dan berderak bersilih ganti. BH tidak kurang hebarnya...meratuh dan berderak.sesekali pikatku melepaskan qua tandangnya... BH semakin beram...melompat ke dahan mati. Meniti dan terus meniti dahan ke dahan sambil menggelengkan kepalanya. Pikatku berputar putar di dalam jebak.. sesakali meratuh sesekali berderak bersilih ganti.... BH semakin hampir.....pikat berderak...zuppp BH terjun....BH kedua masuk karung.....



Sedang aku memasukkan BH ke dalam karung....Ah Cai muncul secara tiba-tiba..... riuh rendah sebentar dibuatnya.... aku sekali lagi memasang pikatku di tempat yang sama.... Ah Cai terus memasang pikat tandangnya yang hebat di hujung dahan pokok durin tidak jauh dari pikatku....
Banyak yang dibualkan dengan Ah Cai tentang BH yang masuk jaringnya... kedua-dua ekor pikat terus berkerja.... kedengaran BH merata-rata meratuh di atas pokok...kami terus berbual-bual sambil meneliti seekor BH yang kasar dan banyak derak di atas pokok tidak jauh dari pikat Ah Cai...namun angga yang dipilih tidak begitu cantik...walaupun BH dah hampir namun sukar nak terjun.... 20 minit berlalu BH tidak juga mahu hampir....pikat masih berkerja.....akhirnya Ah Cai mengubah pikatnya........ belum pun sempat pikatnya di masang HPnya berdering....nelayan sungai dah memanggilnya mengambil ikan..itulah kerjanya sebagai peraih ikan sungai dari penangkap ikan di Sungai Perak. Kerja perlu diutamakan... lantas dia  bergegas ke KG Perah mengambil ikan......
Aku masih menunggu BH bersuara kasar dan banyak deraknya hampir.Pikat terus berkerja....tidak beberapa lama kemudian....BH kelihatan menyelinap masuk ke pokok teja...aku mula teruja....BH meniti dahan mati sambil menggelengkan kepalanya..pikat berderak dan memusing-musing di dalam jebak. Pikat berdeak...BH berderak...pikat meratuh....BH meratuh di dahan mati berhadapan pikat.... meratuh dan berderak bersilih ganti keduanya... 1 jam berlalu.. tiba-tiba seekor sewah menyelinap masuk ke pokok teja dan hinggap di atas dahan mati tidak jauh dari pikatku...BH bertempiaran lari...aku bingkas bangun berlari....sewah meluncur laju bila melihat aku menerpa ke arahnya...selamat pikatku....
Aku berundur semula...sewah sebentar tadi sudah hilang entah ke mana....sebentar sahaja pikat ku kembali meratuh.... jam sudah hampir ke pukul 1.00 petang. Cuaca redup sahaja...tidak terasa masa berlalu...aku akan menunggu hingga ke pukul 1.00 ptg jika ada rezekiku ada lah...jika tidak aku beredar ajalah...lain kali aku datang lagi....

07 November 2010

Berehat Panjang.

Musim hujan sekarang ini memberi banyak ruang kepada kaki burung merehatkan pikat masing-masing. Masa ini digunakan untuk melatih burung baru. Musim-musim hujan sebegini  adalah masa yang agak sesuai untuk mengajar pikat baru maklumlah kekadang hujan turun waktu pagi, kekadang turun waktu petang. BH juga kesejukan dan tidak mahu berlawan.
Petang semalam 7.11.2010 aku juga mengambil kesempatan untuk melatih pikat baru. Ada la bunyi sepatah dua. Kira ok laa tu. Masih baru, hujan pula.... Aku bersama Otai Pak Ya ke Felda Papulut. Tujuan untuk mencari lokasi baru dan mengajar pikat baru. Ternyata tidak sia-sia, tiga lokasi baru memikat ketitir ditemui. Bersuara dan berderak kasar cukup memikat. Mungkin lepas musim hujan ini lokasi ini akan menjadi tumpuan kami pula.
Jebak dan angga perlu disiapkan segera. Kelmarin seorang kawan dari selama mengkhabarkan tentang tren baru membuat angga.... tunggulah penampilan akan datang bagaiaman bentuk dan bahan untuk menghasilkan angga baru yang dapat menjinakkan BH yang sukar dijaring.



Bakal menjadi pemikatku yang menggegarkan penjuru alam....haa..haa.. ekornya..plaknya...matanya...paruhnya....kakinya..sisik depan dan belakanganya...suaranya..deraknya..siapa yang ahli bila mendengar pasti memukau....

Kayu angga ini telah berjasa besar mengundang ratusan ekor BH memijaknya. Terselit dihujungnya tanduk kerbau balar. Bentuknya yang melengkung itu cukup memikat BH untuk singgah sebentar...haa..haa...