Dah lama aku tak berkunjung ke rumah sahabatku ini. Musim-musim hujan ini adalah kesempatan yang baik untuk aku menziarahi rakan-rakan sepermainan. Lama tak jumpa dia. Banyak juga ceritanya... Pikat lamanya merbuk dan terkukur yang biasa dibawa semasa kami ke laman dah tiada.. dah mati disambar kucing. Tetapi pemikat yang hebat ini tak perlu tunggu lama untuk melatih pengganti.
Inilah pengganti yang baru. Walaupun baru turun ke laman tapi cukup berjasa.
Kegarangannya terserlah walaupun baru beberapa bulan dilatih.
Otai Maani tetap ceria seperti selalu. Ada masa tidak mengira hujan turun ke tidak dia akan ke laman. Katanya untuk mengajar pikat baru. Tapi selalunya tidak balik dengan tangan kosong. Hebat tu pikat baru...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan