Suasana yang tenang dan damai menghiasi alam di sekita Kampung Sawa, Gerik. Sesekali berkunjung keperdaerahan ini membawa seribu ketenangan dan jiwa menjadi segar setelah sehari-harian berkejar ke sana sini memenuhi tuntutan tugas seharian.
Hari minggu yang lepas aku berkesempatan membawa pikat ku turun ke gelanggang bertemanakan otai Syukur. Kami bertolak agak lewat kerana suasana cuaca yang tidak menentu dan khuatir BH menyepikan diri.
Mula-mula kami ke Felda Bersia lokasi yang biasa dikunjungi. Suasana tenang, kedengaran kicaaauan merbah kunyit memenuhi alam. Oleh kerana lokasi ini adalah lokasi yang biasa kami bermain, Syukur dan aku terus mencapai pikat dan tiang. Aku memilih dahan pokok tumbang di hujung belukar dan Syukur juga memasang pikatnya tidak jauh dari pikatku.
Seperti biasa pikat tidak pernah menghampakan tuannya. Terus berkerja...panggil dan memanggil. Sahut bersahutan diantara mereka berdua namun kelibat BH langsung tidak kelihatan. 30 minit berlalu Syukur mengajak berpindah lokasi kerana tiada BH.
Aku segera menurunkan pikat dan masuk ke kancil. Kami berbincang di dalam kereta memilih lokasi mana yang paling sesuai dikunjungi. Akhirnya kami memutuskan untuk ke Tapak Semaian Felda Papulut, 50 km dari Felda Bersia.Kami tiba di sana lebih kurang pukul sepuluh pagi. Seperti biasa galah dan pikat diturunkan lalu dipasang.
Suasana riuh rendah dengan kicauan si murai dan merbah kunyit. Kami hampa lagi. Tiada kelibat BH yang melintas walaupun pikat berkerja bermati-matian.30 minit berlalu, Syukur mengajak pindah lagi. Kami memutuskan untuk ke Kg Sawa. Di sana situasinya tetap sama walaupun tidak serupa. Lokasi yang biasa kami kunjungi ternyata lengang dan tiada BH yang melintasi kawasan ini. Hampa lagi....
Akhirnya kami mengambil keputusan untuk balik sahaja kerana hari dah tinggi. Dalam perjalanan kami singgah di Dewan Besar Lawin. Di sana hati ceria semula kerana ada BH yang meratuh di atas pokok di sekitar dewan. Walau pun suaranya tidak menyengat tetapi kami naikkan pikat juga untuk mencuba nasib pada musim-misim seperti ini.
Aku juga berasa hairan kerana sudah 3 lokasi yang dikunjungi, suasana serupa sahaja. Banyak sewah ka? Musim bawa anak ka? Semuanya bermain-main dalam fikiran sebab sebelum ini situasi tidaklah sebegini. Jika ada sewah pun BH tetap ada juga yang melawan tapi kali ini jauh meleset.
Acai yang dalam perjalanan balik ke Lenggong singgah berbual bila apabila melihat kami
memikat di Dewan Lawin.
Syukur memasang pikatnya
Walaupun BH tidak melawan kesabaran tetap ada.
Inilah lokasi Tapak Semaian Felda Papulut yang banyak BH tapi hari ini tiada kelibatnya.
anggap saja takde rezeki, lain kali cuba lagi... insyaallah...
BalasPadam