15 Jun 2011

Petua Baru Menjinakkan Ketitir

Minggu lepas aku berkesempatan bekunjung ke rumah Otai Syukur di Kampung Bersia. Lama tak turun ke laman. Kebetulan pula ada masa terluang. Sembang punya sembang dia bawa cerita baru. Katanya minggu sebelumnya ada seorang otai ketitir dari Pahang berkunjung ke rumahnya. Otai yang tidak dikhabarkan namanya itu memberi petua baru cara menjinakkan ketitir yang baru diperolehi.      
       
               Kata Otai itu untuk menjinakkan ketitir ada petua mudah. Ambil sebiji tahi kambing. Masukkan ke dalam bekas minum burung tersebut. Salin airnya selepas 3 hari dan ulang seperti semula dengan memasukkan sebiji tahi kambing ke dalam air minumnya. Katanya dalam 6 bulan ketitir itu akan bisa dijadikan pemikat. Itulah petuanya.
 
              Aku belum cuba dan Syukur sedang mencubanya. Maklumbalas yang diberikan ada kebenarannya kerana ketitir yang baru diperolehi beberapa minggu yang lalu telah kelihatan jinak dan mula meratuh. Saudara peminat ketitir sekalian boleh cuba dan maklumkan jika ada kesan.... betukar-tukar maklumat apa salahnya dalam mencuba petua yang diberikan oleh otai dalam permainan ini.
 
 
 
         

33 ulasan:

  1. selepas memasukan tahi kambing tersebut ke dalam bekas air minuman burung itu tahi kambing itu dibiarkan sahaja atau dibuang kembali atau biarkan burung itu minum air tahi kambing itu ?

    BalasPadam
  2. selapas memasukkan tahi kambing tu kedalam bekas minuman burung itu , tahi kambing tu dibiarkan burung itu meminumnya sahaja, atau dibuang balik

    BalasPadam
  3. Tahi kambing itu dibuang pada waktu petang dan diulang sehingga 3 kali.
    Untuk makluman beberapa orang yang mencuba telah berjaya menjinakkan burung yang baru ditangkap dalam masa yang lebih singkat. Selamat mencuba.

    BalasPadam
  4. Jika ada saudara yang telah mencuba petua otai Pahang ni tolong maklum berjaya ke tidak. Setakat ini beberapa peminat dah maklumkan positifnya.

    BalasPadam
  5. saya baru duk belajar memelihara ketitir.hinggakan saya beli sekor pemikat dengan 300.beli kat memba.bilah ubah tangan dia tak berapa mau bunyi dalam jebak.kira dia duk serondang aje.macam mana nak buat bg dia ok.

    BalasPadam
  6. Tanpa nama: Cuba lihat sekeliling matanya.Apa warnanya? biru atau kekuning-kiningan. Lihat paruhnya. adakah melengkung ke bawah atau lurus dan ke atas...

    BalasPadam
  7. salam. asya asri dari utara. nak tanya sikit kt otai semua, apakah perbezaan warna pada matanya memainkan peranan bagi seekor ketitir tu? warna apakah yang paling baik antara biru atau kuning?

    BalasPadam
  8. Warna pada kelopak mata, bukan mata.Ia berkaitan dengan ketahanan pikat berhadapan dengan lawannya.

    BalasPadam
  9. JDNYA WARNA APA YANG SESUAI UNTKU DI JADIKAN PIKAT

    BalasPadam
  10. Bagi saya,pikat yang ada kelopak mata yang tebal tidak disukai. Sebaiknya carilah yang tiada kerna mengikut pengalaman yang lalu pikat yang tebal kelopak matanya biasanya mudah alah dan memilih gu untuk berlawan semasa turun ke laman.

    BalasPadam
  11. Aku pon ade satu petua nak kngsi..tp ptua ni indon mari...org ckap mndikan brung dngan air sirih..aku pon xtau jadi ke x..xpnah try

    BalasPadam
  12. Apa maksud dgn ayat ni "Tahi kambing itu dibuang pada waktu petang dan diulang sehingga 3 kali."?

    BalasPadam
  13. petua tahi kambing ni nak amalkan selama mana? samada 6 bln ke @ 3 kali je (9 hari)?

    BalasPadam
  14. tahi kambing aper? kambing hutan atau kambing yang orang bela.ader kambing makan dedak..ader makan rumput...leh guna ke dua2 ke

    BalasPadam
  15. ketitir tu burung ape???

    BalasPadam
  16. Kalau burung merbah jambul boleh gua teknik tshi kambing tu ke?

    BalasPadam
  17. Kalau burung merbah jambul boleh guna teknik tahi kambing x?

    BalasPadam
  18. Kalau burung merbah jambul boleh gua teknik tshi kambing tu ke?

    BalasPadam
  19. Setakat ini belum pernah mencubanya.Namun tak dicadangkan untuk digunakan bimbang akan mendatangkan mudarat kepada suaranya nanti.

    BalasPadam
  20. jadi memang betuilah warna kelopak mata warna kuning menjadi pilihan ye... terima kasih semua kawan2 yang sudi berkongsi....

    BalasPadam
  21. Saya Asri dari kedah. nak bertanya berkenaan paruh merbuk ni, yang mana paling ok untuk dijadikan pikat, yang lurus ke depan ka atau yang melengkung ke bawah? minta tlg otai sekalian perincikan. terima kasih.

    BalasPadam
  22. sya slalu memikat tp xpnh dpt, tp burung hutan dtg pusing2 dekat jebak bnyak kali tp xnk masuk... boleh otai2 kita bg petua x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin kedudukan jebak tidak sesui. cuba ubah kedudukan jebak jika berlaku lagi.

      Padam
  23. nak tanya...pikat sy suara besar...tp bila dengar burung hutan suara kasar dia xnak bunyi...kalau bunyi bh yng suara kecil dia bunyi...mcm mana nak buat spy berani?

    BalasPadam
  24. carikan seekor burung damak atau cawi tak kira jantan atau betina. Sembelih kemudian ambil hatinya dan suapkan kpd pikat itu. ulang sebanyak 3 hari berturut-turut. Selamat mencuba.

    BalasPadam
  25. tq atas tips itu..boleh di praktikkan tetapi saya risau akan mengganggu kesihatan dan suara burung itu..maklumlah nak dapatkan sekor burung baik bukan senang. Cara yang saya pratikkan untuk menjunakkan merbuk untuk dikongsi ialah kita letakkan sangkarnya rendah tak kiralah atas meja ke atas meja makan ke...senang kata tempat yang biasa kita lalu lalang..tapi pastikan tiada pemangsa seperti kucing..insyaallah jinak dan kenal tuan

    BalasPadam
  26. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  27. Saya bru dpt burung tekukur,brung tu sye msukkn kt dlm sngkar,ape yg sye prlu buat

    BalasPadam
  28. Assalamualaikum..untuk teman-teman penggemar ketitir pikat. Petua untuk menjinakkan burung dengan memberi tahi kambing ini tidak begitu menepati. Ianya lebih kepada merawat burung yang sakit dan kurang galak. Harap temn-teman dapat memberi komen jika ada yang mencuba.

    BalasPadam