23 April 2011

Membisu

 Suasana yang tenang dan damai menghiasi alam di sekita Kampung Sawa, Gerik. Sesekali berkunjung keperdaerahan ini membawa seribu ketenangan dan jiwa menjadi segar setelah sehari-harian berkejar ke sana sini memenuhi tuntutan tugas seharian.
Hari minggu yang lepas aku berkesempatan membawa pikat ku turun ke gelanggang bertemanakan otai Syukur. Kami bertolak agak lewat kerana suasana cuaca yang tidak menentu dan khuatir BH menyepikan diri.

    Mula-mula kami ke Felda Bersia lokasi yang biasa dikunjungi. Suasana tenang, kedengaran kicaaauan merbah kunyit memenuhi alam. Oleh kerana lokasi ini adalah lokasi yang biasa kami bermain, Syukur dan aku terus mencapai pikat dan tiang. Aku memilih dahan pokok tumbang di hujung belukar dan Syukur juga memasang pikatnya tidak jauh dari pikatku.
      Seperti biasa pikat tidak pernah menghampakan tuannya. Terus berkerja...panggil dan memanggil. Sahut bersahutan diantara mereka berdua namun kelibat BH langsung tidak kelihatan. 30 minit berlalu Syukur mengajak berpindah lokasi kerana tiada BH.
     Aku segera menurunkan pikat dan masuk ke kancil. Kami berbincang di dalam kereta memilih lokasi mana yang paling sesuai dikunjungi. Akhirnya kami memutuskan untuk ke Tapak Semaian Felda Papulut, 50 km dari Felda Bersia.Kami tiba di sana lebih kurang pukul sepuluh pagi. Seperti biasa galah dan pikat diturunkan lalu dipasang.

Suasana riuh rendah dengan kicauan si murai dan merbah kunyit. Kami hampa lagi. Tiada kelibat BH yang melintas walaupun pikat berkerja bermati-matian.30 minit  berlalu, Syukur mengajak pindah lagi. Kami memutuskan untuk ke Kg Sawa. Di sana situasinya tetap sama walaupun tidak serupa. Lokasi yang biasa kami kunjungi ternyata lengang dan tiada BH yang melintasi kawasan ini. Hampa lagi....
Akhirnya kami mengambil keputusan untuk balik sahaja kerana hari dah tinggi. Dalam perjalanan kami singgah di Dewan Besar Lawin. Di sana hati ceria semula kerana ada BH yang meratuh di atas pokok di sekitar dewan. Walau pun suaranya tidak menyengat tetapi kami naikkan pikat juga untuk mencuba nasib pada musim-misim seperti ini.
Aku juga berasa hairan kerana sudah 3 lokasi yang dikunjungi, suasana serupa sahaja. Banyak sewah ka? Musim bawa anak ka? Semuanya bermain-main dalam fikiran sebab sebelum ini situasi tidaklah sebegini. Jika ada sewah pun BH tetap ada juga yang melawan tapi kali ini jauh meleset.
 Acai yang dalam perjalanan balik ke Lenggong singgah berbual bila apabila melihat kami
memikat di Dewan Lawin.

 Syukur memasang pikatnya

Walaupun BH tidak melawan kesabaran tetap ada.
Inilah lokasi Tapak Semaian Felda Papulut yang banyak BH tapi hari ini tiada kelibatnya.

Tekukur Otai Maani

Dah lama aku tak berkunjung ke rumah sahabatku ini. Musim-musim hujan ini adalah kesempatan yang baik untuk aku menziarahi rakan-rakan sepermainan. Lama tak jumpa dia. Banyak juga ceritanya... Pikat lamanya merbuk dan terkukur yang biasa dibawa semasa kami ke laman dah tiada.. dah mati disambar kucing. Tetapi pemikat yang hebat ini tak perlu tunggu lama untuk melatih pengganti.
Inilah pengganti yang baru. Walaupun baru turun ke laman tapi cukup berjasa.
Kegarangannya terserlah walaupun baru beberapa bulan dilatih.

Otai Maani tetap ceria seperti selalu. Ada masa tidak mengira hujan turun ke tidak dia akan ke laman. Katanya untuk mengajar pikat baru. Tapi selalunya tidak balik dengan tangan kosong. Hebat tu pikat baru...

14 April 2011

Gigi Gajah Mati Beragan

Minggu lepas aku berkesempatan ke rumah Pak Teh Mat Ali untuk mengorek-ngorek apa-apa khazanah tersimpan kemas dalam minda otai ini. Hujan lak turun renyai-renyai dah tentu tak dapat ke mana-mana. Mak Teh hidangkan kopi O dan sedikit kuih... Alhamdulillah rezeki jangan ditolak.
 Cerita-punya cerita akhirnya Pak Teh membawa keluar khazanah yang disimpannya. Aku memang tidak pernah melihatnya sebelum ini apa lagi memegangnya.
Rupa-rupanya itulah gigi gajah mati beragan yang Pak Teh jumpa di hulu Sungai Perak beberapa tahun yang lalu. Mak oiii macam caya tak caya lak. Ingatkan batu dalam gua batu kapur rupa-rupanya gigi gajah.... tapi awas.. dia boleh menyebabkan penyakit kurung  sejenis penyakit kulit (gatal-gatal) yang tiada ubatnya  .


 Pertama kali aku melihatnya, aku membelek-belek dan menciumnya... maklumlah tak pernah jumpa. Lepas tu barulah ada teman memberi tahu akan menyakit kurung ni. Kalau aku tahu dari awal memang aku tak berani nak memegangnya apa lagi mencium-cium baunya.... haa...haa...haa...
Inilah gigi gajah yang dikatakan orang banyak kegunaannya... tapi aku tak tahu apa gunanya.... penawar racun dsbnya.... Pak Teh bersedia untuk menjualnya jika ada yang berhajat....

13 April 2011

Berehat Panjang

Suasana cuaca masih tidak menentu. BH juga membisu. Ditambah dengan kesibukan dengan tugas seharian membuatkan pikatku berehat panjang. Namun ada kelapangan diwaktu petang sempat juga melepak di kedai kopi bersama otai-otai Gerik sambil bertukar-tukar cerita. 

En Zubir banyak koleksi merbuk dan tekukur.

Pak Ngah tak kering gusi bicara tentang pikatnya.
Pak Ngah tengah melatih pikat baru. Dari tali kaki, kili, tumang, cetok, jebak dan lokasi tempat melatih pikat baru habis dirungkainya. Ada masa bawa tekukur ada masa bersama ketitir. Yang menyeronokkannya sekarang apabila di berjaya memiliki seekor ketitir yang dianggap baik. Baru 2 hari masuk sarang dah meratuh.

Beberapa minggu yang lalu aku berkesempatan ke Bt Kurau sambil ziarah keluarga.Sempat juga aku jumpa dengan Pak Su Le, Tok Juara tekukur. Biasa berborak dengannya  hingga pukul 4 pagi cerita pasal pikat. Cukup kaya ilmu dan pengalaman memikat dan memilih BH dan tidak lokek dengan ilmunya.
Pak Su Le
Kalau tidak turun ke laman memang terasa kelainannya. Seumpama ada sesuatu yang belum diselesaikan. Beginilah yang terpaksa aku lalui sejak beberapa minggu ini. Apa nak dikato kasibukan dengan tugas harian dan situasi yang tidak mengizinkan.