Pagi Sabtu 7.8.2010 yang lalu seawal 8.30 pagi aku bersama Otai Pakya ke Kg Ganda lebih kurang 40 KM dari pekan Gerik. Banyak titirnya dan memang memukaukan.Pada bulan Februari yang lalu aku dah ke sini. 3 ekor berjaya kujaringkan. 2 ekor aku berikan kepada abangku di Anak Kurau semasa balik ke kampung pada hari keesokkannya. BH Ganda memang cantik-cantik. BH yang aku berikan kepada abang Bidin kat kampung tu bila masuk sarang terus meratuh. Aku tak caya lak. Baru-baru ni aku ada balik ke kampung dan BH tu dah jadi pemikat dah dah jaring banyak ekor lah uhhh. Memang sukar nak caya
Setelah pikat dipasang dan galah dinaikkan, pemikat terus bekerja kuat. beberapa minit selepas itu seekor BH dijaring. Otai ketawa besar tak sempat nak dengar suara dan tengok buahnya..... namun rupanya, bulunya, paruhnya, kepalanya, matanya, ekornya dll cukup memaparkan kehebatannya.
Selepas itu pikat dipasang lagi.Pikat terus berkerja.Namun tak ada yang berani menghampiri. Melihatkan keadaan itu aku dan Otai Pak Ya mengambil keputusan utuk berpindah.Ganda adalah kampung terakhir di laluan itu. Jadi kami berpatah baik menghala ke Gerik.
Kami akhirnya singgah di Pejabat Felda Tawai 3. Di perkarangan pejabat itu adalah kawasan ketitir. Tapaknya bagus jika berhasil.
Otai Pak Ya memilih angga di pokok kelapa sawit di hujung bangunan. Aku memilih angga di sebatang pokok durian muda di hadapan pejabat. Hari minggu begini memang selesa memikat disini kerana pejabatnya tutup dan lengang.
Setelah pikat dipasang dan dinaikkan, maka berkerjalah dia. Tak pernah menghampakan tuannya. Beberapa minit kemudian BH bersuara kasar dan mantap muncul. Uhhh hebat siap qua angga lagi......
Namun.... Bh juga tidak mahu terjun. Lawan dari jauh sahaja...........30 minit berlalu... BH merisik bulu di hadapan jebak.... aku mula bosan..... 1 jam berlalu.... BH berderak dan menggeleng-gelengkan kepalanya seperti mula tadi.... denak meratuh.... lagi dan lagi..... denak berderak... lagi dan lagi... aku masih bersabar.. 2 jam berlalu... Otai Pak Ya buka laluan... " Jom Kita balik, lain kali kita datang semula".....aku mengikut sahaja.... tak banyak cerita... BH tak mahu terjun....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan