14.8.2010... aku terpaksa menyiapkan kerja di rumah seharain. Kalau tidak pasti ada yang beleter panjang..... Hampir masuk waktu asar baru siap kerjaku. Otai Pak Ya SMS dia ada kat PPD Gerik. Katanya ..... burung kasar yang digilai geng Lenggong sejak beberapa lama sedang berhadapan dengan pikatnya..Aku segera menunaikan solat asar... lepas tu terus ke PPD Gerik yang tidak jauh dari rumahku.
Sampi di sana aku lihat BH sedang rancak berderak menghadap pikat.... Pikat sekali sekala melepaskan tandangnya... BH makin marah..... makin dekat... ku hulu kehilir meniti dahan... beberapa mini kemudian... BH turjun dan mengena.. Otai gelak besar... aku tumpang sekaki... akhirnya BH yang dikejar dek geng Lenggong jatuh ke tangan Otai...
Setelah BH masuk karong, pikat diturunkan. aku mengajak Otai ke Air Panas Gerik. Ada sahabat tekukur khabarkan ada seekor BH titir sedang hebat ke hulu ke hilir mencari lawan... 9KM dari Gerik... kami sampai dah agak lewat... tiada kelibat BH yang muncul di tempat yang dikhabarkan. Namun aku dan Otai Pak Ya terus memasang pikat...... beberapa minit kemudian... pikat terus berkerja. Memanggil sesama sendiri... namun BH tidak juga muncul.Suara ... tiada kedengaran.... kelibat jauh sekali.... akhirnya kami pun menurunkan pikat dan terus balik.... tiada BH seperti yang di khabarkan...
Walaubagaimanapun puas rasanya hari ini kerana BH yang diburu sekian lama dapat juga akhirnya.....
Walaubagaimanapun puas rasanya hari ini kerana BH yang diburu sekian lama dapat juga akhirnya.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan