06 Februari 2012

Tanah Hitam Sg Siput

Sungai Siput memang tempat yang mesti dikunjungi oleh para pemikat. Belum cuba belum tahu. Apa sahaja unggas yang dibawa pasti di sini lubuknya. Ayam hutan, terkukur, ketitir, jambul dan lain-lain lagi. Atas keinginan untuk merasai suasana di sana aku diajak oleh Pak Teh Mat Ali Otai ketitir Gerik untuk ke sana.
Aku bertolak dari rumah agak lewat. Lebih kurang jam 7.10 pagi aku ke Tawai mengambil Pak Teh dalam perjalanan ke tempat yang dituju. Sampai di rumahnya, Pak Teh sudah siap menunggu dengan pikat titirnya. Tanpa membuang masa kami terus bertolak ke Sungai Siput.
Aku memang tidak tahu lokasinya. Aku mengikut sahaja arahan dari Pak Teh. Kami menuju ke Tanah Hitam. Kata Pak Teh tempat itu memang banyak BH untuk dipikat.
Sampai di sebuah kawasan perkuburan cina Pak Teh menyuruh aku berhenti. Kami menurunkan pikat deperti biasa. Aku mencari lokasi yang sesuai dan Pakteh dengan angga kegemarannya.BH memang banyak di kawasan itu.Kedengaran suara ketitir meratuh di merata-rata tempat.Tanpa membuang masa aku mencari kedudukanku. Setelah pikat dinaikkan, seperti biasa dia terus berkerja.
Beberapa minit kemudian kedengaran seekor BH berderak di atas pokok berhampiran pikatku.Pikat berderak menjawab cabaran BH. Tak beberapa lama kemudian BH pun terus terjun ke angga. Aku bergegas untuk mendapatkannya.

Setelah BH dimasukkan ke uncang, aku mencari angga baru. Aku kurang berminat untuk naikkan pikat kerana tiada yang mengancam. Namun aku gagahi juga sambil menunggu Pak Teh. Aku pasti Pak Teh juga kurang berminat kerana tiada yang menarik. Mungkin yang kasar dah dipikat oleh orang lain kerana lokasi ini memang menjadi tumpuan ramai samada pemikat dari sekitar ini atau dari luar.

Sebentar kemudian kelihatan Pak Teh membimbit pikatnya dan memberi isyarat untuk ke lokasi baru. Kami terus bergerak. Kata Pak Teh ke kawasan perkuburan orang-orang kaya. Aku ikut sahaja. Tiba di lokasi berkenaan memang untuk orang kaya. Siap ada jaga lagi. Kami hanya berlegar di kawasan berhampiran sahaja kerana tidak dibenarkan masuk. Cuaca semakin panas walaupun jam baru 11 pagi.

Di lokasi ini Pak Teh mendapat habuan seekor namun kurang menarik. Pikat aku tiada yang berani hampir. Tiada hasil. Kami bergerak lagi. Kali ini aku kena lagi. Asyik menziarahi kubur cina sahaja. Namun ku ikut juga. Sampai di kawasan perkuburan ini kami seperti biasa menurunkan pikat. Entah apa nama ini tempat ini aku pun tak tahu. Sedang kami menyiapkan pikat kelihatan beberapa orang pemikat ketitir berbangsa cina lalu di hadapan kami dengan motosikal menuju ke lokasi yang kami tidak tahu. Dalam hatiku berbisik patutlah ketitir yang ada belum kedengaran lagi yang mengancam. Mungkin dah diangkut oleh mereka. Kami berpindah beberapa laman namun tidak berhasil kerna tiada yang berani. Hampir ke pukul empat petang kami pun bertolak balik dengan hanya berbekalkan seorang seekor sahaja. Inilah pengalaman pertamaku di Tanah Hitam Sungai Siput. Tunggulah cuaca lebih baik aku akan kemari lagi.

25 Januari 2012

Parit 1 Parit Perak.

Cuti panjang Tahun Baru Cina tahun ini memberi kesempatan kepada aku untuk turun gelanggang. Aku balik ke Parit, kampung mentua aku di Kg Tanjung Dedalu Layang-layang Kiri. Kebetulan rumah mentua aku berhampiran dengan Kubang Aji kolam buatan yang penuh misteri dan mistik sejak zaman dahulu. Kawasan inilah yang dikatakan kawasan yang paling baik untuk mendapatkan bakal pemikat yang baik.
Sememangnya kawasan Parit 1 di sekeliling Kubang Aji ini adalah kawasan yang banyak unggasnya. Jika kita ingin melihat beberapa jenis unggas yang luar biasa berkunjunglah ke sini. Di sini ada tiong emas, belibis, beberapa jenis bangau yang berbagai warna (putih,kelabu, merah dll) ada juga bayan, serindit, puling, raja udang dan banyak lagi yang tak aku kenal.Dan sememangnya kawasan ini memang banyak merbuk dan tekukur.
Sebelum ini aku biasa memikat di sini dan membawa buah tangan balik ke Gerik namun tiada yang aku simpan. Semua diberikan kepada rakan-rakan yang berkunjung ke rumahku. Masa tu aku belum tahu kehebatan merbuk di kawasan Parit 1 ini. Setelah dikhabarkan oleh beberapa kenalan seangkatan di tinggal di sini bahawa kawasan ini burungnya sangat menjadi barulah aku tahu. Pernah suatu ketika dua tahun lepas ketika aku memikat di sini, seorang tua 50an menunggu aku memikat. Bila aku berjaya menjaring seekor merbuk yang suara agak kasar dia terus datang menghampiriku. Dia berbual-bual menceritakan hobinya memikat ayam hutan. Aku terus layan tetapi aku perasan juga matanya asyik dok kat uncang merbuk yang baru berjaya aku jaring. Dah agak lama berbual akhirnya dia meminta merbuk itu dariku untuk dipelihara. Dan memang menjadi tabiatku jika burung yang baru aku tangkap jika ada yang berkenan aku beri aja. Bagitu jugalah dengan merbuk yang baru aku tangkap itu. Aku terus sahaja menyerahkan kepadanya tanpa banyak soal.
Selepas orang tua itu mendapat merbuk tu dia terus buka beg ayamnya dan terus mengeluarkan 3 kepala racik ayam yang biasa dia guna untuk menangkap ayam. Lalu diberinya sekepala racik itu kepadaku. Terkejut aku dibuatnya bila dia serahkan racik tu. Aku masih simpan sampai sekarang walaupun aku tidak bermain ayam hutan. Selepas memberi racik itu kepadaku barulah dia bercerita bahawa merbuk atau tekukur kawsan itu sangat menjadi tetapi susah nak ditangkap kecuali orang yang tertentu sahaja bisa mendapatnya. Aku tak peduli sangat hal-hal mistik seperti ini. Katanya jika puak-puak Kedah turun (dari lokasi mana aku tak tahu), mereka akan berkampung di situ dua atau tiga hari sampai ada yang sanggup memasang pukat untuk dapatkannya. 
Bebalik kepada cuti ini aku berkesempatan untuk cuba memikat disini kali ini. Dah beberapa bulan aku tidak turun ke laman. Selepas ke Ganda dulu aku terus peram pikatku.Tak peduli janji ada makanan cukup lah. Aku terfikir juga apakah pikatku akan beraksi seperti biasa atau terus membisu kerana telah lama tidak dibawa.
Walaupun pertanyaan seperti itu bermain dibenakku aku tetap juga membawa pikatku balik ke Parit untuk mengisi masa terluang jika ada.
Ahad 22 Jan 2012 , 4.00 petang selepas majlis kenduri perkahwinan jiranku di Air Suda, aku bertolak balik ke Parit. Tiba di Tg Dedalu hari sudah malam.Terus aja berehat.
23 Jan selepas balik dari membeli roti canai aku bergegas menyiapkan pikatku untuk ke bendang Parit 1. Harap ada rezeki. Tanpa banyak cetita aku  mencapai tiang, beg dan pikatku dengan menunggang motosikal kakak iparku, aku meredah batas ban untuk mencari lokasi yang baik.
Kali ini aku memilih jalan sebelah kanan yang agak menyeramkan. Namun suara merbuk yang agak kasar sayup kedengaran menggamit rasa.
Aku ternampak sepohon pokok durian yang sederhana. Inilah angga yang paling aku gemari. Tanpa berlengah aku terus memasang pikatku dan dihatiku berharap ia akan berbunyi. Namun seperti yang aku jangkakan, belum siap dipasang, pikatku dah mendidih seperti biasa bila mendengar BH meratus tidak jauh dari situ. Kulihat aksinya seolah-olah tidak pernah berehat panjang. Aku terus bergerak ke harapan mencari tempat yang agak sesuai nak aku lepak sementara menunggu hasilnya.

Namun belum sempat aku duduk selesa seekor BH menerpa masuk ke pokok durian.Kedengaran BH melepaskan tandang dua tiga kali. Pikatku hanya berderak sahaja. Dua tiga kali berderak BH terus terjun.Garangnya dia.  Aku kegirangan.... aku terus menurunkan pikat dan memasukkan BH yang baru kujaring keuncang.
Aku terus bergerak ke lokasi lain. Namun tiada yang memukau. Malas rasanya nak tunggu. Aku terus bergerak dan bergerak mencari BH yang agak masuk telinga.Namun hampa... kawasan buruan begitulah.
 
Sedang aku memasang telingan untuk mengenalpasti lokasi BH dua orang penduduk Kg Tg Dedalu melepak pula di kawasan itu. Aku rasa agak terganggu. Aku pun balik selepas itu kerana urusan keluarga.

11 Julai 2011

Kelapa Sawit Air Ganda

Memikat di kawasan kelapa sawit adalah aktiviti yang meresahkan. Lokasi di persekitaran pokok kelapa sawit samada muda atau tua adalah lokasi yang paling tidak aku germari. Ini adalah kerana segarang manapun BH dan sebagus manapun pikat belum tentu dapat membawa hasil.
Semalam, Ahad 11.07.2011, Otai Pak Ya mengajak aku memikat ke kawasan ladang kelapa sawit di Air Ganda.Walaupun lokasi tidak aku gemari aku tetap juga pergi bersama Otai Pak Ya untuk memikat. Seorang teman pemikat Abang Saleh dari Kg Pulau Belayar yang berjanji sejak awal untuk turun rupa-rupanya tidak dapat turut serta kerana ada perkara yang terpaksa diuruskan. Akhirnya aku dan Otai Pak Ya sahaja yang turun ke Air Ganda.
Kami tiba disana lebih kurang pukul lapan pagi. Singgah diwarung pekena nasi lemak bungkus dan kopi O sebagai pengalas perut. Kami terus masuk ke kawasan ladang. Jalan tanah merah di kawasan ladang kelihatan berliku-liku. Lebih kurang 5 minit perjalanan akhirnya aku menghentikan kereta di tepi jalan yang kami kira lokasi yang agak sesuai. Ternyata banyak BH kedengaran meratuh di merata penjuru. Aku tidak pernah memikat di kawasan ini.
Otai Pak Ya terus mencapai pikat dan tiangnya dan menuju lokasi yang dia pilih. Aku berdiam diri sebentar untuk memilih lokasi yang agak bagus. Seekot BH kedengaran berderak kasar dari arah kiriku. Kepalaku ligat memikirkan bagaimanakah caranya nak aku pasangkan pikatku.
Dengan perlahan  aku mengeluarkan tiang dan pikatku dan memasangnya. Aku potong hujung pelepah daun kelapa sawit untuk aku letakkan dibawah jebak dan dibelakang jebakku. Terasa berat nak aku pasangkan pikat kerana aku sedia maklum tempat sebegini memang sukar untuk mendapat BH.
Dalam mencari angga yang sesuai aku ternampak sepokok pokok kelapa yang telah dibuang habis pelepahnya oleh pekerja ladang. Aku tidak tahu mengapa daun-daun kelapa itu dibuang. Aku lalu memacak tiang dan memasang rampung jebakku. Setelah siap aku menaikan jebakku setinggi lebih kurang 3 meter menghadap pokok kelapa yang tidak berdaun itu.Aku beredar dari situ dan duduk sambil memerhari lokasi yang agak sesuai untuk aku pasang pikatku jika angga ini tidak menjadi.
Sebentar kemudian pikat mula meratuh. Tidak beberapa lama kedengaran seekor BH berderak berhampiran pikatku. Aku melihat kelibatnya terbang hinggap di atas pokok kelapa sawit yang tidak berdaun itu. Pikatku terus berderak dan BH tidak menungu lama terus terjun ke angga berdesup... lebih kurang lima minit aku jaringkan seekor.Cukup untuk dibuat modal hari ini.



Aku menurunkan pikat dan memasukkan BH yang baru diperolehi itu ke dalam uncang dan aku memindahkan pikatku ke tempat baru. Aku memilih lokasi yang agak jauh dari tempat pertama. Ku pilih angga sebatang pelepah kelapa sawit yang melintang yang ku kira agak cantik untuk memasang pikat. Aku pun memasang pikat dan pikatku terus berkerja. Seekor BH bederak berhampiran. Pikatku juga berderak. Kulihat BH melompat dan meniti dari pelepah ke pelepah namun tidak mahu juga turun. Inilah yang selalu dialami bila bermain di kawasan kelapa sawit. Tiga puluh minit berlalu pikat dan BH saling berderak dan meratuh namun tak juga mahu memijak angga. Aku pun tidak faham mengapa sukar benar BH untuk turun seperti di lokasi lain.
Aku mengambil keputusan untuk mengubah kedudukan pikatku. BH terbang menghilangkan diri apabila aku menghapiri. Setelah pikat diubah sedikit menghadap pelepah yang dihinggapi oleh BH tadi aku pun beredar. Pikat terus memanggi dan BH sepantas itu juga kembali menghadap pikat ku. Berderak dan menggelengkan kepalanya. Namun tidak juga mahu turun... tiga puluh minit lagi berlalu...aku ubah lagi kedudukan pikatku..namun hasilnya masih sama. Sukarnya untuk BH terjun ke angga. Akhirnya aku memberi isyarat kepada Otai Pak Ya untuk berpindah. Otai Pak Ya juga mengalami nasib yang sama. BH berderak mengelilingi jebak, meniti dari pelepah ke pelepah dengan garangnya namun tetap tidak berhasil.
Kami sepakat untuk mesuk ke lokasi yang lebih jauh mengikut jalan ladang.Sepuluh minit perjalanan akhirnya aku berhenti di satu kawasan yang bersempadan antara kelapa sawit dengan pokok getah tua. Tiada kedengaran BH di situ namun aku yakin kawasan itu pasti banyak BHnya. Otai Pakya terus mengeluarkan pikatnya dan menuju lokasi yang dia pilih. Aku ligat memikirkan bagaimana nak aku pasangkan pikatku di atas pelepah kelapa sawit ini.
Aku mencapai galah dan memasangkan pikatku di tiang. Aku berjalan sambil meninjau-ninjau angga yang agak baik untuk mendapat gu. Dalam berjalan-jalan mencari lokasi aku teringatkan blog-blog pemikat tekukur yang aku lawati. Bagaimana mereka memasang pikat tekukur di atas pelepah dan pelepah yang dipilih. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk memasangkan pikatku di atas pelepah seperti mana mereka memasang pikat tekukur.
Ternyata apa yang aku fikirkan itu tidak sia-sia. Aku mamlih hujung sebatang pelepah kelapa sawit yang telah dipotong oleh pekerja ladang. Aku memasang pikatku dihujungnya. Sebentar kemudian pikat mula memanggil. Suasana sunyi sahaja ketika itu kerana mungkin BH sedang mengutip makanan.Tidak beberapa lama kemudian kedengaran di sana sini  BH meratuh walaupun agak jauh. Pikatku terus memanggil. Tidak beberapa lama kemudian kedengaran seekor BH meratuh tidak jauh dari pokok yang kuletakkan pikatku. Pikat terus meratuh dan bersahut-sahutan dengan BH itu. Sepuluh minit berlalu akhirnya aku melihat kelibat BH masuk ke pokok kelapa sawit itu. BH meniti pelepah di hadapan pikatku. Pikatku berderak BH melompat ke pelepah yang lebih hampir sambil berderak. Pikatku juga berderak panjang.BH menggeleng-gelengkan kepalanya....pikat terus berderak....akhirnya zzzupp BH terjun ke angga.... haaa menjadi juga keli ini.


Aku menurunkan pikat dan memasukkan BH ke dalam uncangku. Dalam fikiranku hanya memikirkan apakah cara memasang pikat ini di atas pelepah kelapa sawit benar-benar memberi kesan. ku lantas membawa pikatku dan mencari lokasi baru yang tidak jauh dari tempat itu.
Aku memilih pelepah kelapa sawit yang telah dipotong untuk memasang pikatku. Setelah meninjau-ninjau akhirnya aku tenampak sebatang pelepah yang telah dipotong oleh pekerja ladang. Aku tidak memikir panjang terus menaikan pikatku di hujung pelepah itu. Setekah siap aku pun beredar. Pikatku terus berkerja dan memanggil. Ternyata tidak lama kulihat seekor BH masuk ke pelepah bersebelahan dengan pikatku. berderak panjang. Pikatku berderak terus kerana gu semakin hampir. Tak lama kemudian BH terus melompat ke atas angga dan berdezupp penampar jatuh... tak sampai lima minit BH menyerah kalah. Aku tersenyum lebar. Dalam benakku memikirkan adakah ini caranya memasang pikat di atas kelapa sawit???



 Aku bingkas untuk menurunkan pikatku. BH yang baru dijaring itu ku masukkan ke dalam uncang dan pikatku ku turunkan dan kembali ke kereta. Jam sudah menunjukkan pukul 11.30.Cukup untuk hari ni 3 ekor sebagai buah tangan dari Air Ganda.
Aku masukkan pikat dan tiang ke dalam kereta sambil memberi isyarat kepada Otai Pak Ya untuk beredar.
Ternyata Otai Pak Ya masih tidak berhasil. BH sekadar mengelilingi jebak dan berderak sahaja. Liat sekali untuk terjun ke jebak. Aku sudah agak dia akan mengalami nasib seperti ini. Mungkin tak ada rezeki.Aku akan kongsikan ilmu yang baru aku dapat ini dengannya untuk terus di uji keesahanya. Kepada teman-teman pemikat cubalah cara memasang jebak seperti ini untuk mengetahui hasilnya apabila bermain ketitir di kawasan kelapa sawit.

Ahad 10. 07 .2011

Hari Juaat yang lalu aku berkesempatan ke Kg Anak Kurau, Batu Kurau untuk meraikan perkahwinan ank Paksu Li di Kg Simpang Empat, Anak Kuarau teman pemikat. Walaupun sibuk ke sana ke sini aku akhirnya berpeluang juga untuk menaikkan pikatku. Walaupun masa terhad aku gagahi juga untuk cuba mendapatkan buah tangan untuk dibawa balik ke Gerik.Tak lama pikatku dinaikkan panggilan bertalu-talu akhirnya mengundang seekor ketitir jantan menyahut cabaran. Setelah lebih kurang sepuluh minit caci mencaci antara mereka akhirnya ketitir jantan yang hebat tidak dapat bersabar. Teru sahaj mengatur serangan pertama.... berdezupppp dihepap rampung jebak....tewas.

Lokasi: Anak Kurau
Sisik : 34
Suara : Sederhana dan berpotensi untuk menjadi pikat yang baik.
Inilah buah tangan untuk dibawa ke Gerik. Mudah-mudahan dia akan menyengat
dengan garangnya selepas ini.

24 Jun 2011

Kuala Rui.

Pagi ini ada tugas wajib yang perlu dilaksanakan. Harapan untuk ke Felda Papulut pun tidak kesampaian. Esok juga tidak kerana tugas wajib masih perlu dilaksanakan. Inilah kehidupan.
Walaupun begitu aku masih dapat menggunakan ruang yang ada ditengah-tengah kesibukan. Pagi ini sambil melaksanakan tugas, aku mengambil kesempatan untuk memasang pikatku. Ada dua ekor BH yang menjadi idamanku. Seekor BH bersuara kasar dan banyak berderak dan seekor lagi bersuara sederhana tetapi ada qua tandang.Dah lama aku berangan-angan untuk mencuba nasib.  
Pukul tujuh setengah aku menjengah kelokasi. Suasana riuh rendah dengan BH yang meratuh diatas pokok. Walaupun semalam hujan, tetapi suasana yang cerah hari ini cukup memberangsangkan.
Aku memilih angga dahan mati di sepohon pokok yang kulihat selalu dihinggapi BH yang aku idamkan itu.
Hari ini pikatku cukup galak. Belum siap dipasang dah mula meracau.Kebetulan pula BH idaman ada berhampiran. Kelam kabut aku dibuatnya. Setelah siap dipasang, aku beredar agak jauh namun pikat dapat dilihat dengan jelas.
Tidak beberapa lama kemudia BH kelihatan melayang masuk. Berderak dan meniti dahan ke hulu kehilir. Sebentar kemudian kelihatan seekor lagi BH melayang masuk mendekati pikatku. Kuamati betul-betul rupa-rupanya pasangannya. Pikat terus meratuh dan berderak berselang seli namun BH tidak juga mahu terjun.Masih melompat dari ranting ke ranting.tiba-tiba berdesuppppp... penampar pantas jatuh..rupanya dia ekor merbah kunyit  yang kecil bercakaran diatas angga. BH bertempiran lari... geram aku...
Aku segera berlari kesana dan memasang semula penampar jebak dan mengubah sedikit kedudukan angga. Selepas dinaikkan pikatku terus berkerja memanggil dan memanggil.. tidak beberapa lama kemudian kelihatan BH yang tadi bertempiaran lari menjengah semula ke dahan mati tersebut. Meniti sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Pikat terus berderak dan meratuh. Hari ini tidak kedengaran dia melepaskan tandannya.
Setelah berderak dan meratuh berulang kali akhirnya BH yang ada qua tandang tu terjun juga ke angga. Berdesup penampar jatuh...hee ..dapat juga akhirnya engkau yee... 
Ake cepar menerpa dan mengambilnya lalu memasukkannya ke dalam uncangku. Kupasang lagi pikatku ditempat yang sama. tidak bertempoh pikatku terus berkerja. Semakin marah dia bila semakin banyak BH yang meratuh merata-rata. Mungkin cuaca agak sejuk hari ini walaupun terang.Pikatku terus berkerja. Memanggil dan memanggil. Tidak lam kemudian kelihatan BH ersuara kasar meyang masuk ke dahan mati tempat pikatku dipasang.
Pikat terus bederak dan meratuh berselang-seli. BH bersuara kasar gelisah.Melompat dari ranting ke ranting. Berderak dan menggelengkan kepalanya. Pikat terus berdera....akhirnya...bedebus....BH bersuara kasar turjun ke angga. Aku segera menurunkannya agak rendah untuk mengambil gambar...

Walaupun BH masih tersangkut di sana, pikatku tidak menghiraukannya. Dia terus sahaja memanggil lagi BH yang meratuh diatas pokok yang tidak jauh dari situ. Kerana ia masih belum puas dan memanggil-manggil aku terus sahaja mengambil BH yang baru mengena dan memasangkannya di tempat yang sama.

Pikatku terus berkerja lagi dan lagi...namun BH tidak mahu hampiri. Lalu aku pun memindahnyanya ke pokok yang lain pula.Aku memilih pokok teja di hujung padang.Ada seekor BH yang sederhana sedang meratuh di sana. Ku naikkan pikatku dengan menyangkut disebatang dahan yang menjuntai ke bawah.Pikatku seperti biasa. Tidak menunggu lama terus berkerja.Sejurus kemudian kelihatan seekor BH melayang masuk ke pokok tersebut. Aku tidak dapat melihatnya kerana pokok itu rendang berdaun lebat cuma deakan dan suaranya sahaja kedengaran mengancam pikatku. Pikatku pun apa lagi bederak bertubi-tibi. Taklama kemudia terdengar libasan penampar jebakku..ternyata seekor lagi mengena.Aku terus sahaja menurunkan pikatku kerana tugasku perlu disambung.....

Bulunya cantik dan paruhnya pendek.

Cukup untuk hari ini...

19 Jun 2011

Kilang Papan Bersia

Telah lama tak ambil peduli dengan pikat. Kesibukan dengan tugas menjadi penyebab. Tugas besar yang memerlukan perhatian telah berkurangan semasa cuti sekolah yang baru berlalu. Kini akan banyak masa terluang untuk kembali aktif.
Pada Ahad minggu lepas aku mula memanaskan pikat. Aku bersama Syukur ke Kg Bersia Lama... satu lokasi baru ditemui oleh Syukur.Banyak  BH bersuara kasar dan banyak deraknya. Aku agak terujar kerana dah lama tak turun ke laman. Pikatku masih tidak menghampakan. BH bersuara kasar masuk karung. bakal berpindah tangan kepada Maani kerana pikatnya dah habis mati dimakan burung malam.

Semalam aku turun lagi ke beberapa lokasi. Namun cuaca redup dan BH tidak segalak seperti biasa... dan yang datang  melayan pikat tidak mengghairahkan. Aku balik kosong sahaja.

Hari ini selepas subuh Mail menghubungi aku untuk ke lokasi yang dijanjikan. Aku agak lewat ke sana kerana seekor BH baru yang bersuara kasar sudah beberapa hari berkeliaran disekitar rumahku. Aku cuba pasang pikatku namun nyata dia tidak mahu menghampiri.
Aku ke Kilang Papan agak lewat. Hampir pukul 9.30 baru aku tiba dilokasi. Setiba disana aku dapati Mail, Suhaimi, Baha dan Ah Cai sudah lama memasang pikat  dan BH sedang meratuh diserata tempat. Namun tiada yang menghampiri pikat. Mungkin lokasi ini adalah lokasi yang sering dikunjungi oleh pemikat. Setelah meninjau ke sana sini akhirnya aku memilih angga berhampiran sepohon pokok bunga kertas setinggi lebih kurang empat kaki sahaja yang kukira akan disingga oleh BH jika ada rezeki. Setelah pikat dipasang aku kembali melepak bersama teman-teman yang lain. Sambil berbual-bual mata liar memerhati BH dan telinga dipasang mengecam derak BH jika ada yang mengancam. Beberapa mini berlalu aku dapati pikatku membisu. Tidak seperti selalu. Kukira pasti ada musuh yang sedang mengintai. Tapi kata Baha "tak apa". Dari jauh aku lihat pikat ku menggelupur didalam jebak. Rupanya seekor kucing sedang mengintai dari bawah. Aku terus berlari.... lalu memindahkanpikat ku ke sepohon pokok kipas sumatera......

Hari ini hari minggu, kilang tidak beroperasi. Suasana tidaklah sebising selalu. Bolehlah mendengar bunyi BH meratuh di sana sini.
Mail (berbaju merah )dan Suhaimi dengan pikat mereka, kaki baru dalam memikat ketitir. Selamat datang ke dunia ketitir. Nampak penuh semangat... mudah-mudahan banyak menjaring nanti...Lokasi: Kilang papan RKT Bersia.

Kami melepak di sekitar kilang sehingga lebih kurang pukul  11.00 pagi. Namun tiada hasil. Mail dan Ah Cai mengajak pindah ke lokasi yang lain pula. Kami bersetuju untuk ke padang sekolah RKT Bersia. Ketika mereka sudah bergerak ke lokasi tersebut, aku masih menunggu kerana pikat ku baru diubah kerana gangguan sikucing. Aku menunggu untuk memastikan yang pikat aku tetap berbunyi seperti biasa walaupin telah diterjah dek sang kucing.Kedengaran BH maratuh tidak jauh dari situ. Pikatku menyahut seperti biasa. Lega rasanya ....
Beberapa minit selepas mereka bergerak, kelihatan seekor BH masuk ke pokok Kipas Sematera tempat ku menaikkan pikatku.Pikatku seperti biasa bila ada BH yang datang dia terus berderak dan meratuh bersilih ganti.Setelah berderak berulang kali akhirnya BH turun ke angga dan ... masuk karung seperti biasa.

Setelah pikat diturunkan dan BH dimasukkan ke karung aku pun bergerak ke Padang SK RKT Bersia. Setibanya aku di sana teman-teman mengajak pindah lokasi. Kami ke kawasan perkuburan RKT Bersia.Namun suasana senyap dan sunyi kerana tiada BH. Kami akhirnya diajak oleh Mail ke kebun kelapa sawit berhampiran Kg Bongor.

Suasananya pun masih sama. Kami memilih lokasi masing-masing. Sekor BH meratuh di atas pokok tetapi tidak mahu menghampiri pikat. Setelah puas meninjau akhirnya kami melepak dan bercerita hingga jam mencecah ke pukul 1 petang. Tiada hasil yang diperolehi. Kami pun bergerak pulang.. dan singgah diwarung untuk membasahkan tekak. Sembang-semabang akhirnya aku pun pulang dan teman-teman lain singgah di rumah Syukur untuk teruskan cerita.

15 Jun 2011

Petua Baru Menjinakkan Ketitir

Minggu lepas aku berkesempatan bekunjung ke rumah Otai Syukur di Kampung Bersia. Lama tak turun ke laman. Kebetulan pula ada masa terluang. Sembang punya sembang dia bawa cerita baru. Katanya minggu sebelumnya ada seorang otai ketitir dari Pahang berkunjung ke rumahnya. Otai yang tidak dikhabarkan namanya itu memberi petua baru cara menjinakkan ketitir yang baru diperolehi.      
       
               Kata Otai itu untuk menjinakkan ketitir ada petua mudah. Ambil sebiji tahi kambing. Masukkan ke dalam bekas minum burung tersebut. Salin airnya selepas 3 hari dan ulang seperti semula dengan memasukkan sebiji tahi kambing ke dalam air minumnya. Katanya dalam 6 bulan ketitir itu akan bisa dijadikan pemikat. Itulah petuanya.
 
              Aku belum cuba dan Syukur sedang mencubanya. Maklumbalas yang diberikan ada kebenarannya kerana ketitir yang baru diperolehi beberapa minggu yang lalu telah kelihatan jinak dan mula meratuh. Saudara peminat ketitir sekalian boleh cuba dan maklumkan jika ada kesan.... betukar-tukar maklumat apa salahnya dalam mencuba petua yang diberikan oleh otai dalam permainan ini.