06 Februari 2012

Tanah Hitam Sg Siput

Sungai Siput memang tempat yang mesti dikunjungi oleh para pemikat. Belum cuba belum tahu. Apa sahaja unggas yang dibawa pasti di sini lubuknya. Ayam hutan, terkukur, ketitir, jambul dan lain-lain lagi. Atas keinginan untuk merasai suasana di sana aku diajak oleh Pak Teh Mat Ali Otai ketitir Gerik untuk ke sana.
Aku bertolak dari rumah agak lewat. Lebih kurang jam 7.10 pagi aku ke Tawai mengambil Pak Teh dalam perjalanan ke tempat yang dituju. Sampai di rumahnya, Pak Teh sudah siap menunggu dengan pikat titirnya. Tanpa membuang masa kami terus bertolak ke Sungai Siput.
Aku memang tidak tahu lokasinya. Aku mengikut sahaja arahan dari Pak Teh. Kami menuju ke Tanah Hitam. Kata Pak Teh tempat itu memang banyak BH untuk dipikat.
Sampai di sebuah kawasan perkuburan cina Pak Teh menyuruh aku berhenti. Kami menurunkan pikat deperti biasa. Aku mencari lokasi yang sesuai dan Pakteh dengan angga kegemarannya.BH memang banyak di kawasan itu.Kedengaran suara ketitir meratuh di merata-rata tempat.Tanpa membuang masa aku mencari kedudukanku. Setelah pikat dinaikkan, seperti biasa dia terus berkerja.
Beberapa minit kemudian kedengaran seekor BH berderak di atas pokok berhampiran pikatku.Pikat berderak menjawab cabaran BH. Tak beberapa lama kemudian BH pun terus terjun ke angga. Aku bergegas untuk mendapatkannya.

Setelah BH dimasukkan ke uncang, aku mencari angga baru. Aku kurang berminat untuk naikkan pikat kerana tiada yang mengancam. Namun aku gagahi juga sambil menunggu Pak Teh. Aku pasti Pak Teh juga kurang berminat kerana tiada yang menarik. Mungkin yang kasar dah dipikat oleh orang lain kerana lokasi ini memang menjadi tumpuan ramai samada pemikat dari sekitar ini atau dari luar.

Sebentar kemudian kelihatan Pak Teh membimbit pikatnya dan memberi isyarat untuk ke lokasi baru. Kami terus bergerak. Kata Pak Teh ke kawasan perkuburan orang-orang kaya. Aku ikut sahaja. Tiba di lokasi berkenaan memang untuk orang kaya. Siap ada jaga lagi. Kami hanya berlegar di kawasan berhampiran sahaja kerana tidak dibenarkan masuk. Cuaca semakin panas walaupun jam baru 11 pagi.

Di lokasi ini Pak Teh mendapat habuan seekor namun kurang menarik. Pikat aku tiada yang berani hampir. Tiada hasil. Kami bergerak lagi. Kali ini aku kena lagi. Asyik menziarahi kubur cina sahaja. Namun ku ikut juga. Sampai di kawasan perkuburan ini kami seperti biasa menurunkan pikat. Entah apa nama ini tempat ini aku pun tak tahu. Sedang kami menyiapkan pikat kelihatan beberapa orang pemikat ketitir berbangsa cina lalu di hadapan kami dengan motosikal menuju ke lokasi yang kami tidak tahu. Dalam hatiku berbisik patutlah ketitir yang ada belum kedengaran lagi yang mengancam. Mungkin dah diangkut oleh mereka. Kami berpindah beberapa laman namun tidak berhasil kerna tiada yang berani. Hampir ke pukul empat petang kami pun bertolak balik dengan hanya berbekalkan seorang seekor sahaja. Inilah pengalaman pertamaku di Tanah Hitam Sungai Siput. Tunggulah cuaca lebih baik aku akan kemari lagi.

5 ulasan:

  1. kehebatan terbukti dan berulang... tahniah cikgu.

    BalasPadam
  2. ada ke tuan nak jual pemikat merbuk atau terkukur..saya berminat tapi tak reti nak main..boleh join dan ajar ke?

    BalasPadam
  3. klau dtg Ipoh msj sy dulu....leh sy tunjukkan port mikat merbok...sy main kukur jer...

    BalasPadam
  4. InsyaAllah jika ada kelapangan saya akan ke Ipoh cuba nasib.

    BalasPadam
  5. terima kasih PakSu Dee. Tak ada hebat mana pun. cerita aja yang lebih.

    BalasPadam