08 April 2012

Batu 6 Banda Riang Bersia.

Seawal 8.00 pagi aku memotong rumput di sekeliling rumahku. Rumput yang dah panjang selalu perlu ditebas dahulu sebelum turun ke laman memikat. Hampir pukul sembilan baru siap. Selepas itu aku menghubungi Pak Karim kalau-kalau dia ada masa di waktu ini kerana aku pasti Otai Gerik ni selalu sibuk untuk memenuhi tempahan pelanggannya. Pak Karim memang terkenal di daerah ini sebagai pembekal susu kambing segar. Sesiapa sahaja yang berhajat untuk mendapatkan susu kambing pasti akan dipenuhinya. 
Pak Karim berhajat untuk turun ke laman pada pukul 10.00 pagi. Aku pun bersiap sementara menunggu Pak Karim. Sementara menunggu Otai Gerik aku beermain-main dengana anak ketitir yang aku pelihara. Kini dah boleh makan sendiri. sedang aku asyik melayan si anak ini tetiba Pak Karim menghubungiku menyatakan tidak dapat bersama kerana ada permintaan tambahan.
Aku mencapai tiang dan masuk ke kereta.Tiba-tiba Pak Ya menghubungiku dan ingin ikut serta. Jam dah hampir 10.30 pagi. Dapat sejam pun jadilah katanya.
Aku terus ke rumahnya. Pak Ya siap menunggu dengan tiang dan pikatnya. Kami terus ke Batu 6 Bersia untuk meninjau qua tandang yang belum berjaya dijaring oleh otai-otai Gerik. Aku dan Pak Ya terus memasang pikat walau pun suasana sunyi. Pak Ya memilih angga di pokok mengga dan aku memilih pokok jambu keling. Pikat Pak Ya terus meratuh manakala pikatku hanya berderak dua tiga kali. Rupa-rupanya BH ada berhampirannya. Hampir 10 minit pikatku berlawan derak dengan BH dan pikat Pak Ya juga namun BH tidak mahu juga terjun. Memang BH ini betul-betul liat. Hampir 30 minit kami menunggu akhirnya kami mengalah. Kami bergerak ke lokasi lain berhampiran dewan orang ramai Batu 6 tidak jauh dari lokasi yang pertama.
Pak Ya memilih angga di pokok petai belalang dan aku memilih angga di pokok teja. Kedua-dua pikat terus berkerja dan kelihatan BH mula menghampiri pikat Pak Ya. Pikatku juga kedengaran berderak bersilih ganti. Tak lama kemudian BH terjun ke angga pikat Pak Ya. Dia bingkas bangun untuk mengambilnya.

Otai Pak Ya tersenyum puas dengan pikat barunya yang baru menjaring BH yang ke7.
Kasar,cantik dan lebat sekali.

Hampir 30 minit BH berperang dan meracau dengan pikatku namun tidak juga mengena. Jam dah pikul 12 th. Aku mengajak Otai Pak Ya balik kerana mahu membeli makanan. Isteriku tidak memasak kerana ketiadaan bekalan air. Aku menuju ke arah pikatku untuk menurunkannya. Rupa-rupanya seekor BH telah tersangkut disana. Inilah kalau angga yang dipilih tersorok sukar nak dilihat. Aku lantas menurunkannya dan memasukkan BH ke karung. Selepas itu kami pun balik. Hampir 1jam 30 minit juga kami memikat hari ini. Jadilah untuk rezeki hari ini.

BH bersuara C kurang merangsangkan.


9 ulasan:

  1. Tahniah...lepas ni bolehlah tunjuk ajara saya mikat merbok ya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. buah cempedak diluar pagar
      saya budak baru belajar
      kalau nak pandai kena belajar

      Padam
    2. buah cempedak di luar pagar
      ambil galah tolong jolokan
      saya budak baru belajar
      kalau nak pandai kena tanya sifu

      kihkihkih

      Padam
  2. tahniah cikgu... 2 hari dengan dua posting. memikat merbuk memang mengasyikkan. tak semua antara kita mendapat nikmat ini...

    BalasPadam
  3. Memang mengasyikkan pak su dee. Kata seorang kawan berbangsa cina yang maik ketitir dengan saya: "kalau wa tau awal-awal syok main ini burung , ingat-ingat wa tak mau kawin loo". Harap-harap kita ni tak menggila sampai macam tu udah lee ya pak su.

    BalasPadam