Kawasan kampung ini terdapat banyak ketitir yang bersuara kasar dan berqua tandang. Mungkin titihnya diwarisi sejak dahulu. Dah banyak ekor yang berjaya aku bawa balik dan dijadikan buah tangan untuk saudara mara dan peminat yang berkunjung ke rumahku.
Hari Ahad 26 Feb 2012 hari yang agak tenang. Cuacanya cerah tetapi nyaman. Pak Teh Mat Ali mengajak aku ke Tanah Hitam tetapi aku tidak dapat ikut kerana ada kerja yang perlu aku bereskan pada sebelah tengah hari.Khabarnya Pak Teh berjaya menjerat seekor BH yang kasar dan cukup merdu.
Oleh kerana ada sedikit kelapangan aku pun mengambil keputusan untuk ke Kampung Perah bersendirian kerana dah lama aku tak ke sana.
Aku memilih lokasi di kawasan kebun getah belakang surau merah Kg Perah. Kunamakan ia surau merah kerana surau ini bercatkan merah. Jarang ada surau dicat dengan warna merah. Kebetulan pula sekarang ini pokok getah baru habis musim gugur dan pokoknya sedang berdaun muda. Semasa aku tiba ke lokasi ini, seekor BH kasar sekali sedang meratuh di atas pokok getah tidak jauh dari tempat aku berhenti. Aku terus memasang pikatku dan menuju sasaran.
Belum sempat aku menaikkan tiang, pikat dah mula kepanasan. berderak dan meratuh. Aku terkejar-kejar memasangnya.
Pikat terus sahaja memanggil gu. Aku bergegas dari situ.
Aku segera menaikkan semula pikatku dengan harapan kali ini BH bersuara kasar ini akan terjun.
Pikatku terus memanggil dan tidak lama kemudian BH bersuara kasar menghampiri. Berderak dan meratuh di atas dahan bersilih ganti. Pikat makin garang namun BH hanya berderak dan meniti di atas dahan tidak jauh dari situ. Aku sabar menunggu dan menunggu. Pikat terus memujuk namun BH masih belum juga mahu rapat. Mungkin dia dah cegar dengan dua ekor BH yang keliharan sangkut di jaring sebelum ini.
Jam dah hampir ke pukul 10.30 pagi. BH masih berderak, Pikat makin garang namun ada tugas yang sedang menanti.Aku mengambil keputusan untuk menurunkan pikatku dan balik. Hati masih tidak puas walaupun telah menjaringkan dua ekor BH yang tak kurang hebatnya. Aku datang lagi lain kali...BH bersuara kasar masih terngiang-ngiang ditelingaku....