hari minggu yang lalu aku ke Kula Rui sambil merayau-rayau mencari gu yang agak garang. Aku teringat pokok jambu rendang berhampiran dengan padang sekolah. Hari yang baik... aku terus ke sana. BH tidak kedengaran kerana masing-masing di atas padang mengutip makanan... aku pasang pikat. Beberapa mini kemudian Pikat aku terus berkerja seperti biasa. Seekor BH kedengaran menyahutnya dari jauh di hujung padang. Beberapa minit kemudian kedengaran BH semakin banyak meratuh disana -sini. Semakin lama semakin hampir denga pikatku. Tak lama kemudian kedengaran derakan bersilih ganti... dan... pikat melepaskan quanya bertalu-talu.. tanda BH sudah mengena. Aku bingkas bangun dan menuju ke pokok jambu. BH tidaklah kasar... tapi banyak deraknya..Ku turunkan pikat dan BH .. terus bailk... cukuplah untuk panaskan pikat sahaja...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan