Aku diajak Wan ke seberang Sungai Perak. Banyak Jambul bersuara kasar bermain di sana. Jambulnya pun cukup lawa. Oleh kerana ajakannya yang bertalu-talu aku pun pada hari Khamis lepas terus aja memenuhi undangannya. Pukul 2.30 petang aku bertolak ke rumahnya di Kampung Perah.Walaupun langit telah kelihatan mendung namun.. hajat hati diteruskan jua. Aku dan Wan menaiki sampan untuk ke seberang Sungai Perak...Walupun jarang menaiki bot nelayan sungai ini aku gagahi juga demi melihat kelibat jambul kampung yang hebat seperti yang dikhabarkan itu...
Belum pun sampai ke tempat yang dituju..hujan telah turun dengan lebatnya. Bot tidak berbumbung.. aku dan Wan kebasahan...30 minit dalam perjalanan meredah hujan dan arus sungai Perak.. kami sampai di tempat yang dituju. Sampan dilabuhkan... hujan masih turun....kami naik ke tebing.. tidak jauh dari tebing... lokasi permainan jambul yang dikhabarkan. Aku dan Wan terus sahaj ke sana... hujan masih turun dengan lebat... aku memotong daun pisang hutan untuk dijadikan payung sementara menunggu hujan teduh.
Hampir 20 minit hujan turun akhirnya reda dan berhenti... aku segera menyangkut jambulku di sebatang dahan pokok dokong lebih kurang 6 kaki tingginya.... jambutku terus memanggil.... itulah jambut Bukit Kelian yang aku dapat di sana....
Sebentar sahaja jambul menggulung di dahan dokong... kelihatan BH melayang di pucuk pisang hutan tidak jauh dari situ.. Jambulku terus menerus memanggil... BH menyahut... tapi.. tak ada rezeki....tak sempat jambulku melawan hujan turun lebat sekali lagi... aku pun tanpa fikir panjang...kelibat jambulnya dah dilihat, suaranya dah didengar walupun smar-samar... aku puas. Aku ajak Wan balik.....kami pun balik....hai jambul.... nanti ku datang lagi.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan