07 November 2010

Berehat Panjang.

Musim hujan sekarang ini memberi banyak ruang kepada kaki burung merehatkan pikat masing-masing. Masa ini digunakan untuk melatih burung baru. Musim-musim hujan sebegini  adalah masa yang agak sesuai untuk mengajar pikat baru maklumlah kekadang hujan turun waktu pagi, kekadang turun waktu petang. BH juga kesejukan dan tidak mahu berlawan.
Petang semalam 7.11.2010 aku juga mengambil kesempatan untuk melatih pikat baru. Ada la bunyi sepatah dua. Kira ok laa tu. Masih baru, hujan pula.... Aku bersama Otai Pak Ya ke Felda Papulut. Tujuan untuk mencari lokasi baru dan mengajar pikat baru. Ternyata tidak sia-sia, tiga lokasi baru memikat ketitir ditemui. Bersuara dan berderak kasar cukup memikat. Mungkin lepas musim hujan ini lokasi ini akan menjadi tumpuan kami pula.
Jebak dan angga perlu disiapkan segera. Kelmarin seorang kawan dari selama mengkhabarkan tentang tren baru membuat angga.... tunggulah penampilan akan datang bagaiaman bentuk dan bahan untuk menghasilkan angga baru yang dapat menjinakkan BH yang sukar dijaring.



Bakal menjadi pemikatku yang menggegarkan penjuru alam....haa..haa.. ekornya..plaknya...matanya...paruhnya....kakinya..sisik depan dan belakanganya...suaranya..deraknya..siapa yang ahli bila mendengar pasti memukau....

Kayu angga ini telah berjasa besar mengundang ratusan ekor BH memijaknya. Terselit dihujungnya tanduk kerbau balar. Bentuknya yang melengkung itu cukup memikat BH untuk singgah sebentar...haa..haa...

3 ulasan:

  1. salam.Saudara kayu anggau tu dari jenis apa ya?

    BalasPadam
  2. Kayu senduduk.Untuk cadangan sekiranya sdr Wak mahu mencuba, yang terbaru angga jebak lebih baik dibuat dari bitol air mineral. Caranya bakar dan bentukkan dia mengikut kemahuan kita.Lepa itu semburkan cat yang berwarna kayu "Mahagoni/No:56" kayu angga yang lebih besar lebih bagus untuk ketitir. Gunakan botol ini kerana ia lebih ringan dan dibentuk sendiri. Selamat mencuba.

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum..Terima kasih saudara kerana menunjuk ajar cr membuat anggar jebak.

    BalasPadam