Memikat bersama otai sememangnya aktiviti yang sangat menyeronokkan.Suasananya yang santai menjadikan aktiviti memikat ini sebagai aktiviti riadah yang amat bermakna. Berbagai ilmu dan kemahiran dapat dipelajari semasa bersama mereka. Banyak petua dan kemahiran yang diperturunkan secara tidak langsung semasa bersama mereka.
Bukan mudah untuk mempelajari seni memikat burung ini. Tiada sebarang buku yang mencatatkan pelbagai kemahirannya. Tiada kelas formal untuk mengkajinya. Semuanya berlaku melalui pemerhatian dan perbualan. Malahan ciri-ciri pemikat itu sediri belum pernah dikaji dan dibukukan. Sehingga kini tiada seorang pakar pun yang berani mengenengahkan perkara ini ke dalam masyarakat. Ini disebabkan ilmu dan pengalaman memikat ini hanya untuk kegunaan sediri sahaja.
Sesungguhnya ilmu yang diwarisi oleh masyarakat Melayu dalam mengenali haiwan ini lebih tinggi dan mendalam berbanding ilmu yang berkaitan haiwan yang diketengahkan oleh para pengkaji haiwan. Ini adalah kerana ilmu yang dikaji oleh para cerdik pandai di pusat pengajian tinggi dan sebagainya lebih tertumpu kepada kajian biologi dan habitatnya. Persoalan bagaimana seharusya haiwan ini diberi perhatian dan perlindungan.
Keadaan ini nyata berbeza sama sekali dengan masyarakat Melayu. Ilmu haiwan yang diperturunkan melalu generasi ke generasi merangkumi segala aspek. Makananya, pembiakannya, tingkah lakunya, emosinya atau perangainya, perkara-perkara mistik yang berkaitan dan lain-lain lagi.
Para pencita haiwan dalam masyarakat melayu bukan sahaja mampu meniru bunyinya dengan tepat malah mengenali habitatnya, fizikalnya, ciri-ciri khusus yang ada padanya dan sebagainya. Dalam seni permainan ini, para penggemar haiwan bukan sahaja mampu membiakkan haiwan ini malah mereka juga mampu mengenali ciri-ciri induk untuk pembiakan bagi menghasilkan anak yang memenuhi kualiti dan fungsinyaketika beraksi dipersadanya.
Sebagai contohnya dalam seni suara burung merbok. Para pengkaji haiwan ini dengan kemahiran dan kepakaran, mereka mampu mengkasilkan induk jantan dan betina yang nantinya bakal melahirkan anak yang bersuara merdu dan dapat memenuhi ciri-ciri merbok yang bersuara merdu yang dipertandingkan. Malahan merbok ini juga dapat mencapai kematangan diusia seawal tujuh bulan berbanding merbok liar yang memerlukan masa sehingga 24 bulan untuk mencapai kematangan.
Inilah antara gambaran tentang kemahiran dan keilmuan masyarakat melayu dalam bidang ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan