25 Januari 2012

Parit 1 Parit Perak.

Cuti panjang Tahun Baru Cina tahun ini memberi kesempatan kepada aku untuk turun gelanggang. Aku balik ke Parit, kampung mentua aku di Kg Tanjung Dedalu Layang-layang Kiri. Kebetulan rumah mentua aku berhampiran dengan Kubang Aji kolam buatan yang penuh misteri dan mistik sejak zaman dahulu. Kawasan inilah yang dikatakan kawasan yang paling baik untuk mendapatkan bakal pemikat yang baik.
Sememangnya kawasan Parit 1 di sekeliling Kubang Aji ini adalah kawasan yang banyak unggasnya. Jika kita ingin melihat beberapa jenis unggas yang luar biasa berkunjunglah ke sini. Di sini ada tiong emas, belibis, beberapa jenis bangau yang berbagai warna (putih,kelabu, merah dll) ada juga bayan, serindit, puling, raja udang dan banyak lagi yang tak aku kenal.Dan sememangnya kawasan ini memang banyak merbuk dan tekukur.
Sebelum ini aku biasa memikat di sini dan membawa buah tangan balik ke Gerik namun tiada yang aku simpan. Semua diberikan kepada rakan-rakan yang berkunjung ke rumahku. Masa tu aku belum tahu kehebatan merbuk di kawasan Parit 1 ini. Setelah dikhabarkan oleh beberapa kenalan seangkatan di tinggal di sini bahawa kawasan ini burungnya sangat menjadi barulah aku tahu. Pernah suatu ketika dua tahun lepas ketika aku memikat di sini, seorang tua 50an menunggu aku memikat. Bila aku berjaya menjaring seekor merbuk yang suara agak kasar dia terus datang menghampiriku. Dia berbual-bual menceritakan hobinya memikat ayam hutan. Aku terus layan tetapi aku perasan juga matanya asyik dok kat uncang merbuk yang baru berjaya aku jaring. Dah agak lama berbual akhirnya dia meminta merbuk itu dariku untuk dipelihara. Dan memang menjadi tabiatku jika burung yang baru aku tangkap jika ada yang berkenan aku beri aja. Bagitu jugalah dengan merbuk yang baru aku tangkap itu. Aku terus sahaja menyerahkan kepadanya tanpa banyak soal.
Selepas orang tua itu mendapat merbuk tu dia terus buka beg ayamnya dan terus mengeluarkan 3 kepala racik ayam yang biasa dia guna untuk menangkap ayam. Lalu diberinya sekepala racik itu kepadaku. Terkejut aku dibuatnya bila dia serahkan racik tu. Aku masih simpan sampai sekarang walaupun aku tidak bermain ayam hutan. Selepas memberi racik itu kepadaku barulah dia bercerita bahawa merbuk atau tekukur kawsan itu sangat menjadi tetapi susah nak ditangkap kecuali orang yang tertentu sahaja bisa mendapatnya. Aku tak peduli sangat hal-hal mistik seperti ini. Katanya jika puak-puak Kedah turun (dari lokasi mana aku tak tahu), mereka akan berkampung di situ dua atau tiga hari sampai ada yang sanggup memasang pukat untuk dapatkannya. 
Bebalik kepada cuti ini aku berkesempatan untuk cuba memikat disini kali ini. Dah beberapa bulan aku tidak turun ke laman. Selepas ke Ganda dulu aku terus peram pikatku.Tak peduli janji ada makanan cukup lah. Aku terfikir juga apakah pikatku akan beraksi seperti biasa atau terus membisu kerana telah lama tidak dibawa.
Walaupun pertanyaan seperti itu bermain dibenakku aku tetap juga membawa pikatku balik ke Parit untuk mengisi masa terluang jika ada.
Ahad 22 Jan 2012 , 4.00 petang selepas majlis kenduri perkahwinan jiranku di Air Suda, aku bertolak balik ke Parit. Tiba di Tg Dedalu hari sudah malam.Terus aja berehat.
23 Jan selepas balik dari membeli roti canai aku bergegas menyiapkan pikatku untuk ke bendang Parit 1. Harap ada rezeki. Tanpa banyak cetita aku  mencapai tiang, beg dan pikatku dengan menunggang motosikal kakak iparku, aku meredah batas ban untuk mencari lokasi yang baik.
Kali ini aku memilih jalan sebelah kanan yang agak menyeramkan. Namun suara merbuk yang agak kasar sayup kedengaran menggamit rasa.
Aku ternampak sepohon pokok durian yang sederhana. Inilah angga yang paling aku gemari. Tanpa berlengah aku terus memasang pikatku dan dihatiku berharap ia akan berbunyi. Namun seperti yang aku jangkakan, belum siap dipasang, pikatku dah mendidih seperti biasa bila mendengar BH meratus tidak jauh dari situ. Kulihat aksinya seolah-olah tidak pernah berehat panjang. Aku terus bergerak ke harapan mencari tempat yang agak sesuai nak aku lepak sementara menunggu hasilnya.

Namun belum sempat aku duduk selesa seekor BH menerpa masuk ke pokok durian.Kedengaran BH melepaskan tandang dua tiga kali. Pikatku hanya berderak sahaja. Dua tiga kali berderak BH terus terjun.Garangnya dia.  Aku kegirangan.... aku terus menurunkan pikat dan memasukkan BH yang baru kujaring keuncang.
Aku terus bergerak ke lokasi lain. Namun tiada yang memukau. Malas rasanya nak tunggu. Aku terus bergerak dan bergerak mencari BH yang agak masuk telinga.Namun hampa... kawasan buruan begitulah.
 
Sedang aku memasang telingan untuk mengenalpasti lokasi BH dua orang penduduk Kg Tg Dedalu melepak pula di kawasan itu. Aku rasa agak terganggu. Aku pun balik selepas itu kerana urusan keluarga.

8 ulasan:

  1. Salam...Tahniah...menapau...,
    Saya pun dulu ade mikat kat kawasan parit 1,
    menapau sekor BH

    BalasPadam
  2. Kat kawasn parit 1, mmg menyeramkan...sy ingat saya sorang jer yang terkena..rupe neyr ade gak member lain...BH yg sy dapat, sy bwk balik, simpan dibelakang rumah, BH tu sore kasar gagap habis...selang 3 hari, pada waktu malam, saya bangun dr tidur untuk minum dalm pukul 2 pagi, ternampak bayang2 hitam dibawah sangkar layang....seram plak nk cerita...sya bertanyakan pendapat orang2 lama mengatakan BH kawsan sana perpenunggu....lepas seminggu dr kejadian sy pulang balik BH tu ketempat asal...

    BalasPadam
  3. Kata orang Parit 1 jika dah di beri simpan aja. Tak yah dok risau pasai dia dah bagi. Meremang bulu roma aku.

    BalasPadam
  4. wah...,sampai ada cerita seperti ini yach..
    salam
    jaka tingkir
    tekukur-pikat.blogspot.com

    BalasPadam
  5. tu dekat dgn kampung aku tu..sungai korok...

    BalasPadam